Bulan empat nanti hakeem genap empat tahun. Sebelum masuk tadika jujur yea aku tak ada buat apa apa preparation lgsg nak mengajar kat hakeem. Silap aku ler duk manjakan dia sampai kadang kadang pia rasa tersisih. Mmg lain la anak yang kita susu badan penuh dgn susu botol feelingnya. Setakat nyanyi abc, alif ba ta adalah. Menulis mmg tak ada. Pia aku ada ajar abc sebelum dia masuk tadika. Sikit sikit itu dia tahulah juga. Lagi pun pia masuk tadika umur 5 tahun.
Hakeem bukan mcm pia suka offer diri nak belajar, banyak tanya. Akeem minatnya lebih pada ultraman dan lori. Tahap taksub dah. Kita ajar dia tak pay attention langsung. Pandai pulak buat alasan "akeem penat" " akeem ngantuk" "akeem nk tido" "akeem nk main" macam macamlah sampai skrg pun time buat homework. #urutdada mak kau.
Anak anak aku semua tak minat tulis ikut titik titik tu ye. Buku titik aku beli langsung diorang tak sentuh baik pia n akeem. Eh ke aku yang malas ajar. Muahahaha. Aku mmg risau lah hakeem tak reti menulis dan mengenal huruf dan nombor. Bukan aku 'M' nk ajar tapi klu mengajar akeem confirm temperature aku naik. Sudahlah sekarang tiap hari ada jr homework cikgu bagi. Isnin hingga kamis. Hari cuti tak bagi pulak. Pia dah siap akeem masih terkial kial menulis. Pegang pencil pun rupa orang tak larat. Riso.. Eh geram. haha.
Walau pun aku selalu kata aku jenis mak yang im okey jr anak slow kecik lagi, not expect much tapi klu dah kata nama ibu confirm sedikit sebanyak ada mengharapkan jugak. Mulut je kata gitu hati sebaliknya. Sape tak bangga anak pandai wei . Sedih ler anak lambat dari orang lain.
Dah dah malas aku nak tulis pnjg lebar pasal hakem lg menambah kegusaran hati. Kegeraman pun ada sbb tak mo dgr cakap mama.
First homework Muhammad Amrullah Hakeem. Punya lama nunggu baru siap. Tu pun senget benget aku pejam mata jer. Kalau tak tak beranta. Padam tulis padam tulis sehari pun tak siap. Rabak buku buku duk memadam. Actually nak upload video hakeem tgh tulis huruf a tu tapi lambat sangat uploadnya bateri tab pun dah nak kong. Dia tulis huruf a tu sambil kata " bulat tarik". Buat bulat dulu pastu tarik kebawah sisi a tu. Tak sabar nak tengok perkembangan hakem sebulan lagi dari sekarang. Berubah ker?
1 comment:
azi.. sabar yer.. momma pun camtu jugak.. tp bila pk blk.. anak tu baru 4 tahun.. sama mcm adam.. 4 tahun juga, boy mmg kurang minat skit nak belajar.. mmg btul suka main dan tgk ultraman. sabar jer la.. hihi.. masih awal tahun, dia terkejut tetiba kena buat keje skola.. InsyaAllah, nti ok la tu..
Post a Comment