Deco rumah anda : Beg letak charger hp, remote tv & etc

Bertemu kembali dengan cerita beg jeans sekali lagi. Sebab haku tak ada idea nak cerita pasal benda lain. Life akak setiap hari sama jer. As suri rumah sepenuh masa sekarang, bangun pagi basuh baju, masak sarapan, tak dan nak berehat teringat nak makan tengahari pulak, masak lagi. Pastu baru nak tengok sinetron dan telenovela, perut terasa lapar balik. Kedapur lagi akak mencari apa yang boleh dimasak untuk kudapan. Lewat petang kalau makanan tengahari ada selamatlah akak tak yah masak. Kalau tidak sekali lagi kita berkelentang kelentung kat dapur. Sape kata jadi surirumah tangga sepenuh masa ni seronok boleh berehat rehat. Lagi penat dari yang bekerja tau. Bestnya cuma kita tak terikat dengan masa dan jadual.

Malam baru aku boleh menjahit. Kalau letih alamat tak menjahitlah. Biasa aku akan tido dalam pukul dua tiga pagi. Tempahan so far so good. Alhamdulillah. Rezeki allah itu luas. hiks. Tapi kan sekarang susah nak dapat stock seluar jeans yang elok2. Yang elok2 semua mahal mahal belaka. Lining kosong dah habis. Kat kamdar, tewah tu semua jenis nipis nipis. Nak kena beli kat jakel jugak nampaknya. Yang tebal offcoursela mahal. Jadi andai kata ada yang tanya kenapa dulu post kat ig/fb harga lain sekarang bila tanya dah lain pulak sebab barang dah naik harga ye.

Sesiapa yang suka mendeko rumah ada satu produk keluaran bumiputera, aku nak suggest kat korang *terasa macam salesman pula*. "Poket jeans beg". Baru ni ada customer order poket beg jeans ni. Sebelum ni ada orang order sekali jer. Pastu aku dah tak buat buat lagi dah.Customer yang order ni kata nak letak bead kat poket tu. Dulu pun aku ada sekali letak bead memang unik dan cantik kalau kau tangan berseni. Boleh tengok yang aku letak bead kat SINI. Aku tak berapa seni + tak bersabar. Sekali tu je lah aku buat.




Beg ni sangat sesuai untuk letak hp time korang tengah charges. Kalau plug yang terletak kat tempat yang tak ada meja dan almari nak taruk mana hp tu. Taruklah kat dalam beg ni. Sangkut je beg tu kat plug charger tu. Atau pun boleh letak remote tv yang selalu hilang ntah mana anak main atau sangkut beg ni kat tepi almari boleh letak ketip kuku, kunci dan sebagai. Barang barang yang kecik yang selalu hilang dan tersembunyi di main oleh anak anak especiallynya kan.

Yang first time buat. Boleh request tali nk panjang pendek.

Harga beg jangan risau murah sahaja RM 8.00 tak masuk postage. Berminat korang boleh email edyeda@gmail.com. Nak tengok design beg yang lain lain boleh tengok kat ig/fb : aziazidah.

*buat-buat tak nampak jr rumah yang bersepah digambar itu*

No comments:

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY