17 September 2015

Tempahan beg jeans 2015 #4. Terima Kasih.

 



Tempahan semasa cuti ni alhamdulillah memberangsangkan. Baru je hari tu open order rasanya nak kena close dah. Aku cuti sampai hujung bulan sepuluh jer. Itu pun tak pasti lulus ke tak tu. Kalau tak lulus mati macam mana nak siapkan semua order sebelum bulan sebelas. Dah janji.... Aku buat waktu malam je tau. Airis masih tak boleh tak berenggang. Baru je pegang mesin jahit dah bergayut gayut kat kaki. Adoi. Malam pun kadang bukan tiap hari jahit. Banyak tido....

Atas tu semua order dari ex opismate untuk event kat RTC, Gopeng nanti. Kalau uolls nak tengok hasil kerja tangan aziazidah depan-depan bolehlah datang rtc gopeng pada 20/9/2015 ni. Kadang-kadang tengok pic tak puas. Tak dapat pegang pegang, belek belek kan.... Boleh jugak kalau nak beli beg ni. Limited design tau. 

Nak tengok banyak lagi design beg jeans boleh tengok kat ig/fb : aziazidah. 






1 Comment:

Cik Kumbang said...

wah kreatifnya akak
kagummmm cik kumbang tgk (^_^)

kipidap akak wink2!!

____________________

Cik Kumbang reply your comment at
http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/2015/08/wedding-review-bunga-tangan-fresh-flower.html

cik kumbang pun nasib baik dapat pree muehehe~ (^_*)