25 January 2017

Beg-beg yang telah dijahit sepanjang 2016

Last entry mengenai beg adalah bulan Ogos. Lepas tu dah tak ada. Begitu pun sepanjang empat bulan tu ada jugak aku amik tempahan dari kawan-kawan dan buat ready stock skit-skit. 

Blog pun last year update sebulan satu entry jer. Kekangan masa sangat. Sekarang ni aku jahit bukan sahaja beg jeans tapi beg heavy cotton jugak. Ikut permintaan customer. Bukan semua orang suka pakai beg jeans. Kalau aku memang prefer jeans sebab tahan dan tak mudah kotor. Kalau kotor sekali pun tak berapa nak nampak. Heavy cotton tahu-tahulah lebih lagi kalau kain dia tanah putih. 







Alhamdulillah atas ni semua beg heavy cotton yang orang tempah. Aku memang tak akan buat ready stock guna kain heavy cotton. Buat jika ada permintaan sahaja. Kebanyakannya yang order adalah kawan opis aku dan kakak aku. 








Beg jeans atas ni semua ready stock. Semua dah ada pembeli kecuali yang last tu. Kalau ada yang berminat boleh email edyeda@gmail.com. 

Walau bagaimana pun aku tak amik tempahan sekarang. Masa tak cukup. Dengan Hakeem yang dah mula sekolah. Banyak pulak homework cikgu bagi. Hakeem sekarang pagi sekolah pra petang sekolah tadika. Everyday ada keje rumah. 

So dengan masa yang terhad itulah aku menjahit dan buat yang ready made. Untuk yang ready stock korang boleh tengok kat MY SHOP atas header tu. Aku akan update dari masa k esemasa. Yang dah sold automatik aku delete. Tak nanti ada yang request buat beg yang sama. Memang tak akan dapatlah. Aku dah state dari awal lagi beg jeans ni limited. Satu design satu. Kalau ada yang kedua nya pun tak akan nak berapa serupa dari segi warna dan material kain. 

24 January 2017

Refarm Kampar

Aku pergi refarm kampar ni tahun lepas. The exact time tak ingat. Belek-belek folder ternampak gambar-gambar kat refarm ni. Sebelum hilang dari radar baik di blog kan. 

Pergi refarm ni masa balik kampung. Melawat abang aku. Pergi dengan kakak dan anak-anak je. Laki tak ikut. 

Mari layan gambar-gambar disekitar refarm ni. 

 Pintu masuk. Sejujurnya aku tak ingat berapa bayaran yang dikenakan. Sebab dah lama sangat.





 Fokus utama adalah kolam mandi yang ada kat situ. Untuk keseronokan anak-anak. Bagi aku tempat ni biasa-biasa aje. Tapi bagi budak-budak seronoklah.








Inilah abang aku.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai refarm kampar boleh baca di SINI. Aku totally lost info pasal refarm ni.

23 January 2017

Hasil jahitan Waistcoat & Flutter Dress

Selepas kejayaan menjahit izzy top tempoh hari aku teruskan penjahitan waistcoat pulak. Kenapa aku kata jahit izzy top satu kejayaan... Mana taknya dengan pemakaian izzy top di malam gala caw. akaun hari tu sofea berjaya dapat tempat ketiga. Mana tak hati membuak-buak nak menjahit dan terus menjahit. Hikss. Actually menjahit memberi kepuasan yang tak terhingga bila kita tengok anak-anak pakai baju jahitan kita. Menjahit jugak terapi bagi diri.

Waistcoat ni teramatlah senang nak jahit bagi beginner macam aku. Tampal je pattern yang dibagi. Gunting pastu jahit ikut instruction yang diberi. Boleh tengok kat sini WAISTCOAT PATTERN. Cuma satu je lah yang masalah waist coat ni aku tak pandai tebuk lubang butang. Asyik tak cantik je. Kena hantar kedai. 


Jahitan ketiga ini di panggil flutter dress. Aku buat untuk kawan anak aku. Memang dah janji nak buat satu baju untuk anak dia. Sebab selalu pinjam printer dia tuk print pattern-pattern ni semua. Segan i... Bahagian getah dia kurang cantik. Kena perbaiki lagi. 

Next dah fikir nak jahit kimono jaket for me. Dah print pattern tapi tak ada kekuatan nak buat sebab guna banyak kain. Kalau silap matilah... Kain dalam simpanan dah lah limited.


20 January 2017

Majlis Malam Gala Kesbac (Masquerade Night)

Bye bye 2016. Hello 2017.

Sejujurnya tahun 2016 adalah tahun yang sangat-sangat mencabar sepanjang perjalanan hidup aku selama 35 tahun bernafas dimuka bumi Allah ini. Alhamdullillah aku berjaya mengharunginya dengan baik. Walaupun di penuhi dengan linangan air mata. hiks hiks...

Kalau tidak masakan aku masih mampu menulis lagi. Tahu ada orang rindu dengan penulisan aku kan. Harapan aku semoga tahun 2017 memberi satu sinar dan harapan baru. 

Okey tahun 2017 berjalan dengan cantiknya. Dimulakan pada 07/01 berlangsung majlis malam gala caw. akaun dekat Bangi golf resort. Tema  untuk malam tu adalah Masquerade. Ikutkan malas nak pergi. Nak kena cari topeng. Malam pulak tu. Tapi laki i tu beria-ia sangat nak pergi. Moh ler kita. Sekali sekala. Release tension penat bekerja sepanjang tahun. Opis-opis yang aku duduki sebelum ni pun tak pernah buat dinner macam ni.

 
Sesampai di bangi golf resort. Di red Carpet... Aku tak pakai mask. Susah nak bukak cermin mata bagai. Tak nampak lak jalan kang. Aku beli mask gold tu online. Bukan kat lazada tau. Tak ingat laman web mana. Satu rm5.50. Topeng bebudak tu opismate bagi. Buat syarat je.. Pastu tu memasing bukak.


My anak dara yang so excited nak pergi dinner.

Dan sangat manja.

My laki yang beria tapi bila sampai macam tak ada napsu.

Malam tu ada macam-macam aktiviti. Ada kid runaway. Ada lucky draw. Tarian dan nyanyian & anugerah kepada opismate yang sporting, cool, serius & apatah satu lagi. Tak ingat. Yang pasti i tak menang. Dapat lucky draw powerbank. Selebihnya aku datang makan dan menikmati hiburan sahaja.

Cuma my anak dara ni masuk kid runaway. Baju tu aku jahit sendiri.


Menang tempat ke tiga. Suka amat budak ni dapat pencil case frozen.

Last but not least sempat bergambar dengan sorang kawan jer. I tak reti bersosial. (~.^)

 
Copyright by Aziazidah