15 March 2017

Jahit eloise top untuk airis

Aku sejenis manusia yang tidak boleh duduk diam. Otak ni ada je plan apa yang nak dibuat pada hujung minggu. Kalau orang lain hujung minggu suka kalau dapat beristirehat tapi for me perasaan bersalah mencengkam-cengkam jiwa jika asyik terbaring atas katil tanpa berbuat apa-apa. 

Selain memasak, mengemas rumah & membasuh kain (apa lagi rutin mak-mak), masa aku banyak dihabiskan dengan menjahit. Selalu menjahit waktu malam. Siang kalau berkelapangan. As u know, sekarang aku dah melangkah setapak kepada menjahit baju anak-anak. Dia punya gian menjahit baju ni semacam tau. Sampai lupa nak jahit beg. Tapi sekarang aku dah balancekan antara hobi menjahit baju dengan menerima tempahan beg. Sikit-sikit aku bukak tempahan jahit beg. Later aku cerita pasal beg k.

Kat rumah tu dah banyak pattern2 baju yang aku print. Aku tak reti nak buat pola. Jadi print je free pattern kat internet. Cari yang sama saiz dengan anak-anak. Aku sebenarnya terguris bila ada orang kata aku senang print je pattern orang punya. Salah ke? Ramai je orang buat macam tu kan.. Memang diorang publish untuk kita print kan... Maybe aku hati tisu sangat. Takpe, ini semua pembakar semangat aku untuk terus belajar dan belajar jahit baju. Maybe one day aku lebih berjaya, mana tahu. Jadi designer... (~.^). Not my dream pun.... 



Here eloise top. Untuk airis. Aku print kat http://suturesandsandpaper.blogspot.my/2015/02/eloise-top-free-pattern-and-tutorial.html. Cuba tengok sama tak dengan orang putih tu buat. Aku pilih yang basic. Tak buat pun lengkung2 pun kat bawah. Next time maybe.

Yang ni sama macam flutter dress yang aku cerita kat sini. Tapi ini versi pleat. Sesaja buat saiz 4 tahun. Kena tunggu airis besar skit baru boleh pakai.

07 March 2017

Pemeriksaan Kesihatan

Aku rasa sepanjang hidup aku tak adalah aku buat pemeriksaan kesihatan secara proper di mana-mana klinik. Dah rasa diri sihat kot. hihihi... 

Yang ada cuma setakat periksa BMI masa ikuti kursus dan pemeriksaan gula selepas mengandung. Coz masa mengandung aku dapat kencing manis. Lepas mengandung ok. 

7 Februari hari tu kastam ada anjurkan sesi Taklimat Kesedaran dan Pemeriksaan Kesihatan Siri 2/2017 serta perasmian program Fit Challenge. Program FIT Challenge ni dengan kerjasama celcom kalau tak silap. Pegawai dan kakitangan kastam yang masuk ni akan  bertanding satu sama lain untuk turunkan berat badan. Aku tak masuklah sebab aku kalau boleh nak tambah berat badan bukan nak kurang. 

Masa pemeriksaan kesihatan aku timbang berat badan 52 kg. Minggu lepas timbang kat opis 50 kg. Aku rasa penimbang yang diorang bawak masa pemeriksaan kesihatan tu silap. Lagi satu sepanjang aku mengandung aku ukur ketinggian aku 153cm. Hari tu ukur kurang 1cm pulak. Mana boleh tinggi berkurangan. BMI pulak 22++, gula 5.3. Actually diorang suruh puasa 8 jam sebelum pemeriksaan tapi aku bantai dah makan mee pagi tu. Lambat sangat check nya. Tahan result overall ok. Cuma tekanan darah rendah sikit. Itu dah memang diketahui dari dulu lagi. Sampai ada doktor suruh makan garam mentah secalit setiap hari. Tak kuasalah aku. 

Kemudian buat ujian pemeriksaan saringan minda sihat.

Kena jawab soalan-soalan ni. Cuba jawab. 

Kalau jawapan korang banyak 0 dan 1 makanya normal. Kalau banyak 2 dan 3 korang tergolong dalam golongan yang stress tu. Kena dapatkan khidmat nasihat. Kalau kat klinik swasta nak dapatkan khidmat nasihat sekali sesi pun ratus aku dengar doktor tu cakap.

Ini pulak ujian fleksibiliti. Ujian dia kita kena duduk dan lunjurkan kaki lepas tolak alat dia dengan tangan sampai mana yang boleh. Tak boleh bengkukkan kaki tak boleh bergerak. Aku dapat super. Paling baik resultnya. Padahal aku rasa aku selalu je sakit pinggang. Terus aku rasa bersemangat nak bersenam demi menjaga kesihatan.


Ini pulak senaman-senaman yang diorang suruh buat kalau lama mengadap komputer dan untuk belakang badan.

Pendaftaran sekolah kebangsaan dan agama darjah 1 tahun 2018 untuk hakeem

Tahun hadapan hakeem nak masuk darjah satu dah. Cepat betul masa berlalu. Last year dah daftar untuk sekolah kebangsaan. Memang kementerian pendidikan akan bukak dua tahun sebelum masuk sekolah. Pendaftaran melalui online di sini https://public.moe.gov.my/

Walau pun dah daftar tahun lepas, tahun ni kena buat pengemaskinian semula sebab ada penambahan  maklumat pada borang online. Kena isi tempat sekolah pra/tadika dan sejarah imunisasi bayi/kanak-kanak. Penting tau simpan buku rekod kesihatan anak. Member opis aku ni buku rekod kesihatan anak ntah kemana. Sib baik masih lagi tinggal kat tempat yang sama check up anak. Jadi pergi mintak salinan kat klinik kesihatan. Sebab tu ada dua buku kan. Satu klinik pegang satu kita pegang. Diorang tahu dah akan jadi benda macam gini. 

So lepas kemaskini siap peraku semua kena hantar balik borang yang dah dikemaskini kat sekolah yang dipohon. Cuma tak payah hantar dah salinan-salinan yang ada dalam senarai semak tu. Dah hantar tahun lepas kan. 

Nak dijadikan cerita aku hantar hari kamis lepas. 2/3... Awal kan. Sebab nak daftar sekali sekolah agama. Ntah macam mana borang perakuan ibu bapa membenarkan/tidak membenarkan anak di imunisasi tu tercicir. Aku rasa masa print tu aku tertinggal kat mesin fotostat. Dah kongsi-kongsi printer. Print pun thru mesin fotostat. 

Bila kerani sekolah check tak lengkap suruh print semula,  aku mintaklah kerani tolong bukakkan tapi tak di layan. Al sombong. Maybe tak nak kita pergunakan ke what ever. Nasib baik otak ligat berputar. Aku pergi kat petronas. Print kat cc petronas. Bagusnya usj kan. Kalau kat putrajaya tak ada cc dalam petronas. So selesai satu part.

Buat pengetahuan even kita mendaftar dua tahun awal sekolah kebangsaan, buat pendaftaran pada hari pertama pendaftaran dibuka pun bukan jaminan untuk anak kita dapat sekolah tersebut. Pengalaman aku dengan sofea mematangkan segala-galanya. Itu sebab aku mohon hakeem masuk pra kat sekolah yang aku nak. Lepas dah daftar online ppd yang akan select. Jarak rumah memainkan peranan. Sah-sah rumah aku lagi jauh dari sekolah berbanding kawan-kawan hakeem yang sama tadika dengan dia. Memang peratusan nak dapat tu tipis. Tapi insyaallah mungkin hakeem ada rezeki kat sekolah sama sebab sofea dah sekolah situ dan pra kat situ. Its bonus... 

Kemudian aku bergerak pulak ke sekolah agama. Sampai sana hujan lebat. Nasib baik dah naik pejabat baru hujan. Kali ni pendaftaran agak berbeza dengan time sofea. Dulu masuk opis tulis je dalam buku. Nanti bulan sepuluh datang buat pengesahan dapat sekolah kebangsaan kat mana. Sebab nak tentukan sesi pagi atau petang. Sekolah selangor banyak sek keb yang ada dua sesi.

Fyi, sekolah agama ini bawah jais. Tak sama dengan kafa. Kafa amik UPKK sahaja. Nanti darjah 6 diorang tak amik exam apa ntah namanya lupa. UPKK tak boleh guna untuk mohon sekolah agama kalau tak silap. Macam aku lah aku guna sijil sekolah agama darjah 6 tu mohon sekolah agama rawang dulu. Dan tak sure negeri negeri ada tak sekolah agama ni. Kat kelantan laki aku kata tak ada. Kedah pun tak ada tak silap. Bertuahnya selangor. 


Kerani sekolah bagi borang ni untuk di isi. Nampak tak hari kedua je dah 152 yang mendaftar. Pengambilan hanya 220 orang. Konsep sek agama ni sapa cepat dia dapat. Semalam ada ustazah sek agama kat dalam group tadika wasap pendaftaran tahun 1 hanya tinggal 26 orang je lagi. Kalau hari ni dah tutup dah la kot. Masa sofea dulu aku daftar pertengahan bulan tiga. Nasib baik la kan mak ko ni pantas dan tangkas. Itu pun hari kamis tu patut kursus sampai petang tapi di cepatkan separuh hari. Terus aku half day. Nasib la baik.... Antara sekolah terbaik katanya.


*Arwah my sister pelajar perempuan terbaik tahun 1992. Me? hihihi... non hado
 
Copyright by Aziazidah