14 March 2018

Shopping di shopee - Rak benang

Sekarang ni senang sangatkan. Nak beli apa-apa semua boleh beli online. Macam-macam ada. Ikutkan aku ni golongan pertengahan. Bukan sejenis yang memanjang shopping online. Kalau rasa berbaloi sangat-sangat baru beli. Itu pun 44 kali bukak web berkira-kira beli ke tak, tak beli ke beli.

Kalau rasa boleh tangguh dan tak berapa berkeperluan masih boleh kawal diri untuk tidak membeli. Bukan asal ada promosi, semua nak grab walau pun benda tu tak beli pun tak pe. Tapi sebab nanti tak beli tak dapat lagi harga murah macam ni. At the end tersadai tak guna. Kan dan rugi. Lagi pun duit online banking tak banyak. Hahaha.. Duit yang ada dalam tu cuma duit orang bankin beli beg atau aku masukkan sendiri. Jadi selamat sikit. Bank masuk gaji tak buat online banking. Kalau buat tak tahulah...

Walau pun ramai yang senang beli online sebenarnya masih ada lagi tau golongan yang memang tak pernah shopping online langsung. Salute dengan diorang ni. Boleh tahan nafsu. Langsung tak terliur ke bila macam-macam iklan lalu kat fb korang? 

Baru-baru ni aku ada shopping online kat shopee. Sekitar bulan satu hari tu. Shopee ni sapa je tak tahu kan. Aku je baru tahu. Budak opis bagitau. Diorang suka beli kat shopee ni sebab bila beli RM30 keatas free postage. Barang kat shopee ni pulak murah-murah. Harga lima enam posen pun ada. 



Rak benang ni dah lama aku cari. Sebab tak tahu nak susun macam mana benang-benang yang berlambak tu. Search kat lazada semua mahal-mahal dan pelbagai pattern. Cuma pattern atas ni je ada kat shopee dan harganya murah cuma RM15.00. Postage RM 5.04. Total baru RM 20.04 kan. Untuk tambah RM10 lagi untuk menjadikan free postage for me tak berapa berbaloi kot. Postage rm5.04 tu pun dah menyamai minyak dan parking kalau nak beli kat fizikal store. Mujur hari tu selain beli rak benang aku nak beli jarum jahit singer. Memang murah yang kat online lagi dari kat kedai. Pastu kawan aku pun ada nak beli barang jahit yang lain. So dapatlah aku free postage tu. 


Pertama kali tengok rak benang ni teringat kita buat projek KHB zaman sekolah dulu. Material dia sebijik macam tu tu. Langsung tak de varnish ke apa. Dia cuma pakukan je kayu tu. Kita buat sendiri pun boleh. Tapi dah tangan ko keras beli jerlah. Bgi aku oklah setanding harganya. Puasa hati gak. 


Bila dah start beli kat satu-satu laman web online ni aku perasan mesti pastu ko nak beli lagi dan lagi. Saka apa ntah. Dah setiap hari tengok. Dari tak nak beli pun boleh jadi terbeli. Maka tejadilah pembelian kedua. Tak sampai selang sebulan. 

Kali ni beli sebenarnya memang keperluan. Beli barang craft untuk jahit beg. 


Lupa nak snap gambar sebenar. Murah compare dekat GM. Tak sampai rm30 kenalah bayar postage.

Pembelian ketiga? Ye ada. Dah buat bayaran pun. Tunggu barang sampai dari China je ni. Kihkihkih...

1 Comment:

Mrs. A said...

Oh! baru tahu ada ya rak benang hehehee...
Kemas dan tersusun jadinya bebenang