Betullah orang kata kalau dah rezeki kan...
Bila terima email ni dari iproperty kata aku menang ikea gift card bernilai RM500 memang tak sangka dan percaya. Terus call tanya betul ke?
Sebelum ni memang aku ada masuk campaign iproperty gives back. Dapat tahu pasal campaign ni pun sebab Iproperty sendiri hantar email beritahu pasal campaign diorang.
Masa dapat email tu aku takde perasaan sangat nak masuk. Tahu mesti susah nak menang. Lagi pun iproperty ni unfamiliar bagi aku. Jarang kot masuk laman web diorang. Sebab bukan nak beli rumah pun kan. Memula dulu daftar pun sebab dapat tahu diorang bagi baucar mc RM20 kalau kita daftar. Tu yang register. Nak baucar punya pasal.
Kebetulan masa nak clearkan email-email ternampak sekali lagi email dari iproperty ni. Dah nak rezeki..... Dalam hati why not try kan. Bukan rugi pun. Syarat pun mudah. Just update profile kita kat iproperty tu jer.
So lepas balik kursus dari ipn, terus ajak laki teman amikkan gift card ni. Seksa betul nak cari bangunan iproperty kat tengah-tengah lubuk midvalley tu. Kalau pergi sendiri mau nangis nak cari bangunan dan cari parking lagi.
Dalam bangunan IGB. Gambar ni su jin tan sendiri yang snap. Aku suruh wasap hantar ke hp aku. (^.~).
Tak pernah lagi dapat dan tengok gift card ikea ni. Selalu dapat jenis baucer-baucer memang dah tulis nilai siap-siap. Ni kosong je. Mula-mula tak percaya jugak ada RM500 dalam gift card. Sebelum nak shopping kat ikea, pergi dulu kat customer service tengok ada nilai tak card ni. Yelah kang dah amik-amik barang kena bayar sendiri RM 500, mahu pengsan. Nasib ada... Pegi amik gift card 22hb Mac, esoknya terus pegi ikea. Nanti aku story barang yang berjaya dibeli dengan RM 500 tu.
No comments:
Post a Comment