20 September 2010

Bagus jadi anak Kelantan atau KL?

Masa lahirkan sofea dulu aku decide bersalin kat Kelantan, almaklum kalau kat KL tak ada siapa nak jaga. Emak & Ayah dah tak ada. Memang mengharap mak mentua jaga masa pantang. Masa bersalin tu alhamdulillah bersalin waktu pagi segala urusan ajar mengajar budak praktikal memang aku terlepas. Syukur sangat. Yang menyambut sofea pun masa tu cuma sorang misi, doktor pun tak ada.

Tapi semua berjalan lancar walaupun aku orang luar loghat dan dialek berbeza bukan penghalang untuk diorang menganaktirikan aku. Mungkin jugak  disebabkan aku gov. staff itu yang diorang layan baik aku tak sure la pulak kan tapi rasa skit-skit adala kot. Walau pun macam-macam yang aku dengar dari ipar duai masa diorang bersalin alhamdullilah urusan bersalin aku di permudahkan walaupun ada sikit-skit service yang kurang menyenangkan.

Sebenarnya aku nak story pasal isu bersalin dimana. Amboi mentang-mentang dah pregnant, awal-awal  lagi dah duk pikirkan hal ni. Disebab first deliver aku tak ada experience so nak tak nak terpaksa la bersalin di Kelantan, second baby ni insyaallah kalau tak ada aral melintang membujur lalu melintang patah ingat nak bersalin di KL dulu baru berpantang di rumah mertua. Kenapa aku nak bersalin di KL/Selangor sebabnya aku memang anak jati KL, IC satu empat  - 14 tau, so kalau boleh nak la sorang dari anak kami ni ikut jejak aku dapat kerakyatan KL atau Selangor. 

Act. kalau nak diikutkan, kalau jadi anak jati 14 pun yang aku lihat bukan ada apa-apa keistimewaan. Hanya title orang bandar, orang KL je. Itu ke sebenarnya yang dikejar. Kebanyakan kawan-kawan aku yang asalnya 03 pun aku lihat memang sanggup bersalin dulu di Putrajaya sebelum pulang berpantang di kampung. Bila aku tanya kenapa, diorang kata sebab nak dapat IC 14. Disebabkan nak dapatkan title 14 ramai yang gigih salin kat sini dulu walaupun seksa nak balik lepas bersalin dengan perjalanan 8 jam diikuti jalan yang berliku liki. Tabikla kat diorang nih.

Sebenarnya aku yang jadi anak jati KL ni rasa tak ada apa-apa keistimewaan pun kadang-kadang menyusahkan ada..Cuba korang bayangkan time raya semua orang pulang kekampung tapi kami yang memang orang KL ni berayala dalam kesunyian. Dulu sebelum kawin hari raya ke-3 aku dah start keje. Selain tuh aku tengok kalau nak isi apa-apa borang contohnya jawatan kosong ke, biasiswa ke korang perasaan tak syaratnya kadang-kadang ada tulis mesti anak jati Selangor, anak jati Negeri Sembilan, anak jati Kelantan...ada tak korang baca kata anak jati Kuala Lumpur, setakat ni aku tak pernah jumpa lagi tulis macam tuh.

Last but not least bila sampai satu masa aku lihat orang Kelantan ni tetap akan pulang ke kampung asal mereka. tapi kenapa bila soal kelahiran diorang tak nak menyambung tradisi mereka yea. Yang aku tahu jugak, kerajaan memang ada tetapkan kuota untuk orang kosong tiga ni kalau yang nak kerja kerajaan. Kan special orang kosong tiga nih.

note: KL ke Kelate?

9 comments:

Rohani Hashim said...

azi, u
mmm hany just nk bgtahu apa yg hany tahu la, mmbe hany org ganu, dia ckp better la, kalu org ganu/kelate nih, lahirkn anak kt ganu/kelate sbb byk keistimewaan nya...kalau kt ganu sbg cth, nnti sng la nk apply apa2 ms ank nk belajar...ada la bantuan yg memang dikhaskn utk anak ganu, mksudnya yg ic 11 tuh ler...

yg kelate pulak, kata dia nnti dlm mewarisi harta pusaka, selalu nya tanah la, akn senang diberi pd anak yg jati kelate...selain keistimewaan lain la....

itu apa yg hany dgr la azi, hany pon tak tahu la kan...azi pon ikot gerak ati azi la, pilih yg mana menyenangkn diri azi k...

**hany,kalau brsalin nk kat ganu, tapi kan hany ada simpan hasrat, nak tuan guru Nik Aziz lakukan cukur rambut utk anak hany, hehehe tinggi kn hasrat...erkkk semoga berpeluang...ameen**

**azie, as a mom, doakn gak utk hany yer dear...love u ;) take care**

puanstoberi said...

bersalin kat tpt IC 08 je lah. Hehe.. *tetiba*

Ken Wooi said...

KL!

Anonymous said...

Lahir anak di Kelantan memudahkan dia membeli atau membuat lain-lain urusan hartanah di Kelantan sebab Enakmen Tanah Kelantan 1938 mensyaratkan hanya "Anak Kelantan" sahaja yang boleh berbuat demikian.

Dlm enakmen tersebut, dinyatakan salah satu ciri2 Anak Kelantan adalah mana-mana orang Melayu beragama Islam yang dilahirkan di negeri Kelantan biarpun mak bapak bukan Orang Kelantan.

Dan lagi, orang Kelantan terkenal dengan "semangat kesatuan" ( orang bukan Kelantan sebut asabiyyah ! ) yang memang luar biasa, dan salah satu cari mengenalpasti "orghae kito" adalah melalui IC 03 .. Ini akan memudahkan dia "cari makan" bila besar nanti .. hehe ~

Pendek kata, IC 14 setakat nak glemer bley la tapi in practical, tabley lawan 03 ! Heheh ~

aziazib said...

hany, thank ye bg pendapat,mmg klu azi tgk pun kebanyakan jawatan kosong kat terengganu anak terengganu diutamakan,bagus btul diorg tak kasi can kat org luar lgsg, mengenai hasrat hati hany tu hrp2 tercapai secepat mgkin,azi pun nak gak g kenduri cukur jambul tu satu hari nnti, azi doakan mudah2an rezeki hany dipercepatkan,insyaallah..amin..

reen, ok gak nk brslin perak tp nnti susah lak takde org nk jaga.

ken, KL dihatiku...

anonymous, thank pendapat anda amat berguna.

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

rasanya kelantan kot.. hahaha

due bila nie?

aziazib said...

bulan 5 kot..

Anonymous said...

how are you?

Awesome post, just want to say thanks for the share

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casino online[/url] coincide the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]realcazinoz.com[/url] free no store bonus at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino
[/url].