26 February 2011

Nasi goreng simple mimple


Hari Sabtu adalah hari yang wajib masak sebab seharian ada dirumah. Kalau tak masak kebulurla jawabnya. Kalau hari kerja boleh jugak pergi foodcourt ke hapa. Tapi selalunya hari Sabtu mesti makanan dalam peti ais dah habis licin. Akibat malas nak pergi pasar jadi makanan yang paling senang di masak selain mengenyangkan adalah Nasi Goreng.


Hanya perlu ada bawang putih 4 ulas, bawang merah setengah biji besar, sedikit belacan dan ikan bilis yang ditumbuk sekaligus dalam lesong batu. 1 sudu cili kering yang di blender. 1 biji telur. Last off course nasi putih.




Panas kan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk. Selepas itu masukkan pula cili kacau dan masukkan telur. Selepas itu gaulkan nasi putih dengan bahan yang di tumis dan bubuh garam serta sedikit sos tiram. Done untuk nasi goreng simple mimple. Sangat sesuai bagi yang kehabisan makanan dalam peti ais.


Semua pun tahu cara masak nasi goreng ni kan, tapi untuk nasi goreng yang sedap beras yang digunakan juga memainkan peranan yang penting. Kalau tidak hasilnya pasti nasi goreng yang dimasak kadang kala lembik, kesat dan sebagainya.



Sila try menu ni yang mana aku telah mendapat pujian dari abang ipar. SEDAP! Yes!!! Gambar tak cantik bukan bermakna tak sedap.

1 comment:

ftrhd said...

wah nampak sedap..siap ada keropok lagi :)