22 February 2011

Tebal 10 inci muka aku kena makeup malam ni


Alkisahnya aku ni memang suka meminta tolong kat suami sendiri @ malas nak bergerak @ suka nak bermanja-manja la konon.

Pendek citer sekarang ni abang ipar aku tinggal seketika bersama aku dan suami. Dengan keadaan rumah yang tak sebesar mana, bila dua adik beradik ni duduk di dapur, aku pun dudukla kat ruang tamu sambil minum air soya dengan niat nak anak kedua ni pun putih macam sofea.

Bila seorang keluar ke depan, terus aku ingat suami sendiri dan dengan pantas terus hulur cawan kosong dengan harapan nak suh pi letak kat dapur. Dua beradik ni muka badan memang lebih kurang sama jer. Aku yang rabun ditambah tak pakai spek aku tengok suami aku berlalu pergi sambil sengih-sengih.

Owh sombong sungguh suami aku tak nak tolong bini dia yang tengah sarat ngandung ni ye. Bila di amati dekat-dekat baru aku perasan itu abg ipar aku ler.

Weh malu giler beb, tebal berpuluh-puluh inci muka ni ha..Sib baik aku cuma duk hulur cawan kosong, kalau aku duk hulur tangan mintak peluk ke apa mahu dikatakan buang tebiat.

3 comments:

Rohani Hashim said...

huhu kelakor la azie nih...hihi seb baek eh tak hulur tgn mintak pelok ahahah tak dpt nk bygkan...;)

aziazib said...

tu la org malas..sllu mintak husband buat itu ini...hi3

Rohani Hashim said...

xpe azie, time tgh pregnant ni la sronok nak bermanja dgn suami, mintak buat itu ini ;)