14 March 2011

Kurang Darah


Kurang darah adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi. Kekurangan darah boleh menyebabkan penyakit anemia. Terdapat 2 kategori anemia. Anemia sederhana adalah diantara 9 - 9.9hb. Anemia teruk adalah dibawah paras 8.9hb kebawah.


Untuk menambah zat besi dalam badan seseorang perlu makan makanan yang boleh menambahkan darah seperti daging, hati, ikan, ayam dan kerang. Manakala buah yang paling banyak menyumbang kepada pertambahan zat besi adalah buah jambu batu. Tapi dinasihatkan makan jambu batu yang fresh yakni bukan buah yang sudah direndam dalam air yang dijual ditepi-tepi jalan. (Tapi itu yang sedap kan?)


Selalunya apabila seseorang itu diberitahu oleh doktor bahawa dia kekurangan darah, mesti ada yang kata saya selalu makan kerang, makan hati tapi kenapa saya masih jugak mengalami kekurangan darah. Jawapannya mudah. Sebab anda minum susu dan makan makanan yang menambahkan zat besi dalam masa yang sama.


Apabila nak makan nasi dan susu jarak yang disyorkan adalah diantara dua jam. Sebab susu boleh menyahkan zat besi dari badan. Susu penting untuk menguatkan tulang. Jadi untuk mendapatkan kalsium dan zat besi yang seimbang, pengambilan kedua-duanya hendaklah diambil pada waktu yang berbeza.


Kekurangan darah bagi ibu mengandung boleh menyebabkan anak yang dilahirkan lembab dan membawa kematian, berkemungkinan anak lemas dalam kandungan dan faktor untuk melahirkan anak tidak cukup bulan.


Info ni aku dapat dari misi klinik desa puchong, tak ada google-google sebab aku sekarang dikategorikan sebagai anemia sederhana. Padanlah setiap hari aku pi foodcourt makan kerang tapi still kurang darah sebab pastu aku pi minum susu.


Next week nak check up perut, tak sabar nak tengok HB naik ke turun lagi. Hopefully darah tak kurang lagi, cukup-cukuplah ada kencing manis je.


1 comment:

Rohani Hashim said...

ok trima kasih azie. umm hany ni kurang darah gak ni adeihhh...