16 May 2011
Hari Guru - 16 Mei - Kenangan yang tak dapat di lupakan
16 Mei 1993 :
Pertama kali aku dapat hadiah sempena hari guru. Aku pun tak tahu kenapa aku di beri hadiah sempena hari guru walaupun aku bukan guru tapi hanya pelajar darjah enam. Aku terima cenderahati yang ada dua patung berdiri dibawah payung tempurung dari kawan baik aku Ernawati. Dia bagi semasa kami beratur perhimpunan menyambut hari guru. Simpan baik-baik katanya. Selepas beberapa tahun hadiah yang tak releven tu aku dah buang entah ke mana.
Februari 1998 :
Aku rela hati masuk pertandingan larian untuk pemilihan peringkat daerah. Larian melibatkan pusingan keliling sekolah dan asrama sebanyak lima pusingan. Semasa di pusingan terakhir dan disaat aku bakal dinobatkan juara kaki aku tiba-tiba tak boleh bergerak. Buku lali seperti berlaga dan kejadian betul-betul berlaku dihadapan asrama lelaki.
Hampir sepuluh minit baru ada yang perasan aku duduk berdiri tercegat kat depan asrama lelaki dengan muka tak malunya. Ustazah in charge usung aku ke bilik berehat dan bagi aku balik rumah selama seminggu untuk berehat.
Bila kembali ke sekolah aku terlepas menjadi wakil sekolah untuk pertandingan merentas desa. Kecewa sangat. Dan paling mengecewakan kenapa ustazah 'n' beri kata dua samaada nak ikut ke kem TLDM Lumut atau ke kem motivasi batang kali. Katanya sebab kaki aku belum benar-benar sembuh. Jadi tak boleh banyak bergerak. Lebih baik pilih ke kem motivasi batang kali dari ke kem TLDM Lumut sebab nanti aku tak boleh nak berkawad. Frust. Peluang sekali seumur hidup terpaksa dilepaskan begitu sahaja.
Mac 1998 :
Aku diarahkan masuk pertandingan bola jaring walaupun aku boleh diibaratkan seperti kaki bangku kata orang. Tapi dek kerana pantasnya aku berlari aku ditugaskan menjadi 'centre'. Tapi untuk menangkap bola haram dapatnya. Akhirnya aku jatuh terseliuh semasa berusaha menangkap bola. Ustazah yang in charge iaitu ustazah 'n' buat tak kisah je akan kesakitan aku. Sedih betul. Katanya sakit sikit je tuh.
Mujur ustazah yang ku panggil cikgu Sharifah, cikgu sains ambil berat pasal aku lalu mengoffer aku tinggal seminggu dirumahnya. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, bosan owh duduk asrama, aku ajak member se dorm ikut sekali beserta kain baju belum dibasuh setinggi gunung. Boleh basuh pakai mesin basuh nanti, automatik lagi.
Dirumah cikgu, kawan sedorm buat hal senggugut pulak. Cikgu bawak ke klinik dan dia tido seharian manakala aku main dengan anak-anak cikgu. Terpaksalah aku jadi kuda mengendong anak anak cikgu sementara cikgu sibuk memasak dan membasuh baju kami yang sebeban itu. Kami jugak diberi sebuah bilik berhampiran bilik air bagi memudahkan aku yang terkehel kaki senang bergerak. Tapi kami dilarang menonton TV yang ada siaran lagu, nyanyian dan tarian. Syok ooo...seminggu dapat rest dari pergi ke sekolah dan prep (study petang dan malam).
Seminggu berlalu, hari yang tak ingin dilalui tiba, masa untuk kembali ke asrama. Cikgu hantar aku dan member ke asrama dan hadiahkan sepasang kurung hijau. Cantik sangat tapi kainnya longgar sedikit tapi belasah aje janji bertambah baju untuk dipakai diasrama nanti.
Walau apa pun yang berlaku semasa sekolah dahulu, itu semua kenangan. SELAMAT HARI GURU.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...
2 comments:
hihihi selamat hari guru...eh eh...kenangan semua ni kan azie...
slmt hari guru hany
Post a Comment