Tips create by me.
{lain orang lain cara}
{lain orang lain cara}
Saiz Baju
12 = 3 - 6 month
14 = 6 - 12 month
16 = 12 - 18 month
18 = 18 - 24 months
.:Brand:.
Beli jenama Pureen. Jenama yang sangat sesuai untuk baby newborn. Walaupun agak kurang glamor tapi saiz baju memang lebih kecik berbanding jenama lain. Taklah gedoboh bila bayi anda pakai. Sangat sesuai bagi baby yang below 3kg. My baby semua 3kg above. Untuk tujuan penjimatan jenama ini sangat tidak sesuai kerana baby cepat membesar.
.:Mix & Match:.
Baju-baju baby yang dijual di pasaran kebiasaannya menjual baju dengan seluar secara berasingan. Macam aku kalau aku nak beli baju baby, kalau seluar saiz newborn bajunya mesti aku beli yang saiz 3-6 bulan. Kalau seluar 3-6bulan bajunya pulak 6-12bulan. Kiranya baju up satu saiz. Sebab sepanjang aku beli baju baby selalu bajunya cepat tak muat, manakala seluarnya masih besar dan panjang bedooh. Sayangkan kalau seluar masih boleh di pakai lagi tapi bajunya kena cari yang lain.
.:Sales:.
Better beli waktu ada warehouse sales. My second baby memang aku tak prepare baju baru langsung. Tup tup sebelum bersalin banyak pulak masalah timbul. Sebab nak release tension, 4 hari sebelum Hakeem dilahirkan kebetulan ada Pureen Warehouse Sales. Terus serbu kesana. Memang berbaloi.. bayangkan baju selai RM3 je. Satu masalah beli kat warehouse sales ni, baju dengan seluar kengkadang tidak didatangkan bersama. Tapi sama jugak macam beli kat mall baju dan seluar jual berasingan. Sebabkan aku beli baju besar seluar kecik so takde masalah bab mix & match.
.:Colours:.
Pilih baju yang berwarnakan warna asas seperti putih, peach. Jikalau anak yang bakal lahir, jantinanya tidak sama dengan yang di scan kan susah. Kalau dapat baby girl memang boleh masuk dengan semua warna. Tapi kalau dapat baby boy, tetiba dah beli warna pink, purple karang terjadi kekeliruan identiti pulak. Memanglah boleh nak pakaikan warna pink untuk lelaki tapi nampak tak berapa molek. Macam warna biru khusus untuk boy tapi aku selamba je pakaikan sofea warna tu. Alih-alih ada pulak yang menegur. Better biar bagi budak tu identiti yang jelas. Ye tak?
.:Material:.
Belilah baju dari jenis kain yang 100% cotton. Kalau baju cotton ni kata orang sejuk bila pakai. {aku pakai xsejuk pun o_o}. Kalau baby asyik kena panas nanti naik ruam pulak, kesian baby. Tapi aku kalau tetiba jalan jumpa baju menarik, tertarik, da bomb, 90% cotton 10% polyster pun aku rembat jugak. hi3
2 comments:
wahh nice tips..senang nk beli baju kat ank buah nti.pureen ok what?
tq
Post a Comment