Bila rumah korang ada TV?
Aku masa darjah enam. Sebelum tu kalau nak dapat tengok TV time bertandang ke rumah jiran je la.
Kalau nak kata rancangan Oshin, Cun, Kesatria Baja Hitam semua tu memang aku tak merasalah nak tengok sampai abis. Rancangan ni semua disiarkan sebelum aku ada TV kat umah.
Bila mak dah mampu beli TV sokmo je memasang TV 24jam sampai TV tu pernah meletoplah dek kerana asyik terpasang.
Zaman dulu kalau nak baiki memang payah, mana ada kedai baiki barangan letrik sebanyak sekarang. Kalau nak baiki call lah tempat kedai yang kita beli TV tu. Kalau beli dekat-dekat takpelah ini mak beli kemain jauhnya. Nak call diorang berpuluh-puluh kali barulah muncul.
Then dulu-dulu mana ada handphone. Tepon rumah pun tak ada. Kalau saper ada talian telekom tu kira hebatlah. Orang bandar la tu.... Kita yang duk pendalaman ni ke public phone je lah jawabnya. Public phone pun sebatu jauhnya.
Bab rancangan TV pulak bukan macam sekarang. Kebanyakannya asyik disogokkan dengan cerita dari negara Indon dan Korea. K-pop kata orang. hi3... Pastu program realiti. Memula tengok macam sedap tapi lelama jadi bosan dan kadang-kadang ceritanya tersasar, tak logik akal.
Cerita-cerita zaman dulu jugak yang terkesan dihati. Macam aku dulu suka tengok cerita kartoon 'Kickers'. Pernah tengok tak? Cerita pasal bola yang dialih bahasa ke bahasa Melayu. Bila tengok cerita camni rasa hanyut ke dalam dunia sendiri. Rasa dunia ini semua indah-indah belaka. Tiada sengketa dan pergaduhan. Cewah...
Satu lagi rancangan TV yang aku suka tengok tiap petang hari isnin sampai jumaat, cerita cina. Satu citer ni tajuknya 'The Drifters'. Cerita cinta ni. Minah bungalah pulak aku ni. Memang best. Terkesan sampai sekarang. Pastu TV3 beralih ke cerita cina citer polis-polis. Syok ooo...
Sekarang rancangan TV memang banyak. Nak cerita melayu vs indonesia bukak TV3, cerita islamiah bukak TV Hijrah, nak cerita cina vs korea vs taiwan bukak 8TV, nak coulourful langganlah astro...
Tapi semua ni tak dapat menandingi rancangan tv dolu-dolu. Cerita cartoon sekarang yang ok skit 'upin ipin' sebab my doter suka. Kalau cerita 'boboi boy' tu my doter selalu cakap takut...takut...
Jadi sekarang aku nengok CD CD lagu-lagu baby kepunyaan my doter jela...
5 comments:
Tp citer indon tu.. every each channel ada rasanya kan.. hadoii..
betul tu puanstoberi...apsal lah citer indon ni banyak sgt disiarkan pagi petang siang malam
tang cite indon tu memang bosankan dah ler ada saluran 24 jam indonesia.. tv lainpun berebut2 nak gak cerita indon yang dianyer jalan cerita boleh baca punya... nak salahkan orang tengok tak lehr gak.. sebab itu yang terhidang..
cho zila itulah...mgkin permintaan cerita indon ni tinggi kot
azi.. mmg boring la rancangan tv skrg.. pastu byk merosakkn minda generasi skrg ni.. contohnyer citer2 indon.. cam duk kat indon la pulak.. bila bukak tv jer citer indon.. dan citer2 hantu.. benci la.. gugurl momma pun skrg ni dah pandai takut momok.. hurmm... membantutkan perkembangan kanak2..
Post a Comment