28 July 2012

Episod Tersentuh Hati

Tajuk dah macam cerita Upin Ipin daaaa....

Ini kejadian waktu pagi tadi semasa lepas aku sahur (Ramadhan ke-8). Hari ni sahur awal. 4.30 pagi. Lepas sahur terus on lappy. Pepagi internet laju senang nak buat keje.

Sedang asyik sakan menaip tetiba tercegat sofea kat sebelah aku sambil pegang botol susu. Bila aku pandang, sofea terus cakap Jomlah....

Memula ingatkan sofea nak pergi dapur tengok TV. Tengok cd upin ipin. Memang sofea ni jenis mengadap TV sokmo.

Kemudian sofea cakap Jomlah masuk tido. Aku tanya kat sofea, sofea nak tido dengan mama ker? Sofea angguk.

Masa aku bangun dari kerusi sofea cakap lagi Tutupla.... Tutuplah piter (komputer) sambil tunjuk jari kat lappy atas meja.

Tak sangka aku sofea boleh cakap cam tu. Dah besar rupanya anak dara aku. Aku je yang duk merasa dia masih kecik.



* Bln 10 ni sofea bakal menginjak ke usia 3 tahun.

4 comments:

Riena Haiqal said...

alahai comelnya dia cakap macam tu.. dah jadi anak dara dah Sofea yer... laju jer masa berlalu...

Unknown said...

As salam Zi,

Sofea sebaya Iman rupanye... 3 hari lg Iman genap 3 yrs old :))

Budak2 ni kdg2 unexpected kan :))

ecadwinkyasha said...

comelnya sofea ckp camtu.hehehe

eh,eca dah buat entry tuk akak..semoga bisnes nya tmbah maju k :D

IntaNBerliaN said...

dia xnak bg mama dia asyik ngadap kmputer lah tu :-)