05 December 2012

Habis barang sofea

Hari tu aku ada tulis pasal sofea buang air besar atas lantai dalam bilik air bila dia dah tak pakai pamperskan. Sekarang pun sofea masih aktif meneruskan aktiviti tersebut. hehhe... 

Aku idak mencari inisiatif pun untuk menyekat aktiviti tak bermoral sofea tuh.. Tunggu la nanti bila dia dah besar sikit. Tak pun nanti bila sofea masuk nursery semula mesti bolelah tu dia buang air besar dalam tandas. Ayoyo aku masuk kerja lagi empat bulan. Maknanya dalam tempoh empat bulan ni jugak sofea akan terus buang air besar atas lantai. Huh! dasar ibu pemalas nak fikir sungguh...


Ok, lepas sofea selesai qada' hajat, aku akan cuci vontot dia dulu dan suruh sofea keluar dari bilik air sementara aku take part membersih t**k tu. Selalunya sofea tunggu je kat tepi pintu tengok aku bersihkan t**k dia.

Masa aku jirus t**k sofea ke dalam lubang bilik air, t**k itu mestilah pecah dan bertaburkan. Korang tau tak apa yang sofea cakap bila t**k dia bersepai?. Boleh pulak dia cakap "mama.. abis barang pia" dengan nada marah tanda tak puas hati.. 

Aduh ada ke sofea ingat t**k tu barang. Tiap kali buang air besar tiap kali tu la dia cakap macam tu. Tiap kali tu jugaklah aku kena bagitau itu bukan barang. Tapi sofea tetap tak faham-faham. Agaknya dia ingat t**k tu barang dia sebab dia yang keluarkan agaknya.. hihihi...

3 comments:

Tasao Yumiko said...

:P
sofea oh sofea.. hikhik...

Riena Haiqal said...

hahahahahah lawak la Sofea.. habis barang dia..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

haha kelakat pulak sofea ni...habis barang dia kan