Straight to the point, hari ni aku nak share pasal mesin jahit. Pasal kenapa bila kita jahit baju ke, kain ke, beg ke *aku jahit beg jer* tetiba jahitan bahagian bawah / jahitan bahagian atas tak cantik, tak kemas atau melompat-lompat. Tak grip kata orang.
Sepanjang sembilan bulan aku ada mesin jahit dah tiga kali jahitan bawah buat hal. Tension aku. Kengkadang rasa nak nangis. Tengah syok syok jahit tetiba mesin jahit buat hal. Baru lima minit tadi aku jahit ok. Tak ada ribut taufan tetiba problem.
Selalu bila mesin meragam, yang aku tahu hanya call dan call technicion. Suruh diorang datang check. Mesin under warranty lagi kan. Tapi diorang ni bukan senang nak datang. Datang free siapa yang nak. Kita call hari ni seminggu kemudian baru nak datang. Itu kalau bernasib baik. Kalau bernasib buruk, aku kena tunggu dekat dua tiga minggu. Itu pun lepas dah puas aku beramuk bagai dalam telefon. Siap buat report kat HQ lagi.
Then bila diorang datang check,tak sampai lima minit dah siap. Tak berbaloi dengan air liur yang telah aku keluarkan. Tunggu pun sikit punya lama. Tengok-tengok kecik punya hal jer.
Kalau korang pun pernah alami situasi macam aku, jangan risau aku tahu dah kenapa. Tiga kali mesin jahit bermasalah makin banyak benda yang aku belajar.
Nampak anak panah tu. Itu tempat laluan benang bahagian atas. Kalau jadilah jahitan bawah tak kemas cuba korang korek-korek sikit dengan benda tajam kat tempat laluan benang tu.
Dah dua kali jahitan bawah mesin jahit aku tak kemas disebabkan ada benang yang terputus dan tersangkut kat tempat laluan benang. Selagi benang putus tak keluar selagi tu lah jahitan bawah tak kan ok.
Haaa... macam mana pulak kalau jahitan atas yang tak ok. Minggu lepas mesin jahit aku jahitan bahagian atas pulak tak kemas. Aku try perodi sendiri. Tak kuasa dah nak memanggil technicion. Bercinta tunggu... Berjaya aku baiki..
Ini skoci. Tempat untuk letak benang bahagian bawah. Mesi korang tahu kan.
Kalau kes jahitan atas tak kemas, korang boleh adjust skrew yang ada kat tepi skoci tu. Sebelah laluan benang. Adjust bagi ketat sikit. Kes aku hari tu tetiba je skoci tu melonggar sendiri. Kalau tak reti nak adjust beli je skoci baru. Habis cerita.
Kemudian bersih-bersihkan bahagian tempat letak skoci. Mana tahu ada jugak benang yang tersangkut.
Yang ini tension. Mesin pun tahu tension macam manusia. Tujuan tension ni dicipta untuk mengawal kegrippan benang. Lepas adjust skrew skoci korang kasi adjust tension tu sikit. Tahap ideal tension adalah antara 4 ke 5.5. Confirm jahitan akan kembali cantik.
Ingat tau kalau jahitan atas tak ok korang pergi tengok tempat benang bahagian bawah (tempat skoci). Kalau jahitan bahagian bawah tak ok korang tengok tempat bahagian benang atas.
Ini berdasarkan pengalaman aku. Kalau tak boleh jugak cara ni korang rujuk lah pada yang pakar ye.
28 comments:
adik eca ada gtau pasal ne...heheh ;)
sy xphm sgt bab2 ni sbb xreti pun mnjahit.. hihii
*adiah dh pos smlm.. normal pos.. nanti dh dpt gtau ek :)
xtau bab ni sbb xrety kansung menjahit kihkihkih
BtOl sgt2...trime kasih infonyee
BtOl sgt2...trime kasih infonyee
Tq byk2 info..memang prob ni pun..tension..benang putus..terlompat2..
Ya Allah!! Tankx sesgt atas info ni! Dah selesai mslh sy ni. Tankx sgt tau!
Terima kasih. Membantu. Sy keterangan. Ini
Br try...tp still mengecewakan
Hmmm... dh try..tp xok jgak... huhh
Jazakallah sangat2! Saya dok kejap ketatkan sekoci kejap longgarkan.. padahal benag bawah yang tak lekat..
Lepas ni kena adjust tempat laluan benang kat atas try tengok camana.
tq sis
Sya dh cuba..dh cantik jahitan sya...terima kasih 4 sharing,,
Masyaallah kak thanks sgt ! Hampir nak tutup mesin tetiba jumpa link nih dah okey dah. Terima kasih share ya :)
Yaa Rabbi thank you so much sis!
Jahitan atas problem lepas tu jumpa link ni.
Moga Allah balas kebaikan sis ni. Muah ciked hihi
Terima kasih atas perkongsiannya
Saya ambil ilmu yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya
Alhamdulillah...
Seriously sgt2 berterima kasih atas prkongsian...baru beli mesin jahit ptg td balik umah try2 jd masalah jahitan yg atas problem..sharing yg sgt2 mmbantu..thankz ! ;-)
Tq good info
Tq! Info yg b'guna.. jahitan mesin singer saya dh pulih
Terima kasih byk2 mesin dah lama xguna sbb xtau punca sudahnya dekat 6tahun mesin jahit jd perhiasan.... Alhamdulillah.... skrg dh boleh guna😍 terima kasih di atas ilmu yg sgt berguna
Tk atas sharing. Nak pakai tukang repair sekali dtg rm50 blm lg charge repair benda senang je.
Tk byk2
Alhamdulillah... thanks sgt2 atas ilmu yg d kongsi...😊
Tq
Terima kasih banyak atas perkongsian, moga Allah memberkati dan ilmu menjadi jariah.
Alhamdulillah..lepas baca yg kak azi share ni...elok mesin elok jahitannya..terima ksh ye kak😻
Thank u so much for the tips.. it helps me a lot.. 🥰 Moga dipermudahkan semua urusanmu spt mana dirimu memudahkan urusan kami.. 🕊️♥️
Salam puan, terima kasih sangat2 atas tips. Masalah saya jahitan atas tak ok. Rupanya laluan benang di sekoci yg tak betul padahal setting mesin tak ubah pun.
Post a Comment