Minggu lepas aku ada bawak anak-anak pergi main playground kat giant putra height. Masa main tu adalah sorang budak perempuan pakai jubah dengan adik lelaki dia datang nak main jugak. Memang ramai je orang yang datang main kat situ tapi mata aku lebih terfokus kearah budak perempuan tu. Seraya dalam hati berkata baiknya budak ni, kecik-kecik dah pakai tudung & jubah. Mesti mak pak dia alim orangnya.
Aku tengok budak perempuan tu tak main apa-apa pun. Dia duk perhatikan adik dia main jer. Sambil tu aku tengok ada sorang perempuan usia dalam hujung 20-an/awal 30-an memerhati sama pergerakan mereka dua beradik.
Kemudian masa aku tengah tunggu hakeem main gelongsong, perempuan yang usia dalam hujung 20-an/awal 30-an tu tegur aku. Dari percakapan dan perbualan baru aku tahu dia orang indonesia. Kerja sebagai maid.
Jom baca isi perbualan aku dengan maid ni....
Maid : Bawak anak main kat sini ker?
I : Haah.
Maid : Ada berapa orang anak?
I : Dua.
Maid : Saya jaga anak majikan. Letih lah jaga budak-budak ni.
I : Berapa orang budak kena jaga?
Maid : Lima.
I : Dah besar-besar ke?
Maid : Ada besar ada kecik. Paling kecik setahun lebih. Itu pun ada lagi dalam perut. Saya tak mahulah kerja jadi maid lagi. Mau kerja lain. Diorang ni semua degil sangat. Tak nak dengar cakap. Saya pun ada anak dua orang. Yang kecik baru enam bulan.
I : Tinggal dengan sape?
Maid : Dengan mak mertua.
I : Keciknya anak dah kena tinggal.
Maid : Iyelah. cari rezeki kat sini. Tapi itulah penatla keje jaga budak. Degil sangat. (perkataan degil ditekankan beberapa kali)
I : Kalau macam tu kerjalah kilang (punyalah bodoh suggestion aku kan)
Maid : Hah...(macam terkejut dengan suggestion bodoh aku tadi) Saya kerja baru seminggu. Agaknya berapa diorang mahu bayar gaji saya? 900 sebulan ada ker?
I : Awak tinggal dengan diorang ke? Makan diorang tanggung tak?
Maid : Haah, tinggal sana. Saya dulu orang jaga anak saya sebulan saya bayar satu juta.
I : Satu juta tu berapa duit Malaysia?
Maid : Tak tahu..... (gaya cakap dgn nada menyombong) Tiga ratus (dengan nada riak)
I : Makan, tempat tinggal dah diberi mana boleh dapat banyak tu...
Maid : Saya nak cari kerja lainlah... Baru keje 12 hari. Nasib pasport saya ada kat suami. Saya pun tak ada permit. (aku suruh imigresen tangkap baru tahu)
I : Kejelah cleaner. (baru terfikir kerja yang layak untuk dia)
Maid : Iyelah saya ingat mau keje cleaner jugak. Kul 5 boleh balik. Tak ada penat keje sampai malam.
Perbualan kami terhenti di sini sebab majikan perempuan ni dah panggil balik.
Semasa perbualan aku dengan maid tu, budak perempuan yang aku ceritakan tadi cuba mendekati hakeem dan bermain-main dengan hakeem. Tapi macam biasalah hakeem penakut dengan orang.
Tapi dari cara percakapan dan perlakuannya sangat lemah lembut. Tak ada pulak menampakkan kedegilan, keganasan atau sebagainya. Kalau budak yang degil kat mana-mana pun kita boleh nampak degilnya. Tak ada pulak aku tengok dua beradik ni menjerit ke , berlari sana sini ke atau kacau orang ke macam anak-anak orang lain yang ada kat situ. Elok je main sendiri. Mana mungkin kalau budak yang degil dirumah boleh bertukar jadi baik ditempat awam. Lebih-lebih lagi budak yang baru berumur empat lima enam tahun.
Aku suspek maid ni yang malas nak jaga or kalau tegur pun cara yang tak betul. Mana budak nak ikut. Anak dia pun dia boleh suruh orang jaga. Baru enam bulan dah kena tinggal. Macam ni ke orang yang nak kita harapkan menjaga anak kita.
kalau aku, aku tak prefer la indonesia. Tengok jelah kes baru baru ni. Ada ke budak baru berapa bulan di tebarnya macam roti canai. Maybe tak semua macam tu kan tapi majoriti. Pengakuan ni pun dah membuktikan... Dalam drama-drama sinetron jugak boleh kita lihat macam mana sikap diorang ni. Drama kita wajah kita. Betul tak?
4 comments:
Tapi kakak hampir 13 tahun menggunakan perkhidmatan bibik Indon. Banyaklah cerita tapi nak buat macam mana terpaksa cekal hati.. sekarang anak dah besar lega...
azi, skrg ni dah start keje balik ker? kat putrajaya kah???
As salam Azi,
Sungguh tak ikhlas maid tu kan... Org indo ni ada yg baik & ade yg mcm zie ckpkan tu jugak... tp kalau gini mmg marya pun takut nk amik maid fulltime jaga anak... skrg ni fulltime h/wife boleh lah jaga anak 24/7 nnt kalau dh start kerja balik...runsing jugak ni...hikhik...
kalau dengar bibik2 indon ni rasa tkt jer
Post a Comment