20 June 2013

Sambutan Ulang Tahun LPF ke - 59

 
Pagi tadi berlangsungnya majlis sambutan Ulang Tahun Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang ke 59. Tahu tak LPF ni apa? LPF ni lembaga yang menapis semua movie tak kira drama atau filem kat negara kita.

Sepanjang tujuh tahun aku duduk KDN inilah pertama dan julung kalinya sambutan ulang tahun LPF diadakan. Boleh tahan menarik. Ramai penggiat seni yang hadir. Antaranya Dato' Mustapha Maaraf,  Dato' Aziz Satar, Shuhaimi Baba, Dato' Yusof Haslam, David Teoh....




Wajah ceria dapat goodies. Benda free wajib kutip okeh..

 Dapat dua notebook. Bukan notebook komputer. Buku nota jer... Jadilah.

 Tu Dato' Yusof Haslam..


Dato' Aziz Satar tu. 

Petangnya LPF buat tayangan percuma filem baru kat Panggung LPF. Antara cerita yang diorang tayangkan Tanda Putera, Lari, Aku Pilih Kamu dan Star Trek Into Darkness. Kena amik tiket yang diagihkan dulu sebelum nak masuk panggung tu.

Tadi aku balik awal tak join sampai habis program sebab perut meragam.

Info :
Lembaga Penapisan Filem (LPF) ditubuhkan pada tahun 1954 di Singapura. Dua jawatan kuasa diwujudkan iaitu di Singapura (untuk Negeri Selat) dan satu lagi di Kuala Lumpur (untuk Persekutuan Tanah Melayu). Pada tahun 1966 ibu pejabat LPF Malaysia dipindahkan ke Kuala  Lumpur. Fungsi LPF ialah melaksanakan dasar penapisan dan menapis filem untuk seluruh Malaysia. 

2 comments:

Unknown said...

wahhh bestnya, artis artis pun datang yerrr. :3

Myra Jay said...

Wahhh bestnyer..

Untung la dapat event macam ni..

Ada bergambar dgn artis2 tak? :)