16 August 2013

5th Anniversary

Wuuhuu tak sangka 10 Ogos lepas adalah hari ulangtahun perkahwinan aku ngan mr. mama yang ke-5. Jatuh hari raya yang ketiga. Aku sebenarnya macam ingat tak ingat jugak bila tarikh aku kawin. hahaha... asyik ingat 16 Ogos. hari ni. 

Memang masa nak kawin tu aku dah cop nak kawin tarikh 16 Ogos. Sekali tok kadi nak pergi haji 17 Ogos. Katanya dia tak nak tergesa-gesa menikahi orang. So suruh aku percepatkankan atau perlambatkan nikah. Bila diskus ngan mr. mama, keluarga dia ramai yang tak boleh lepas 16 Ogos. Dah abis cuti sekolah.  Mintak diawalkan dalam cuti sekolah jugak. So aku pilih 8 Ogos.

Patut aku nikah 08.08.2008.  Hari jumaat. Sanding 09.08.2008 hari sabtu. Tapi tukang makeup pulak tak free hari sabtu tu. Kalau nak nikah hari jumaat tu boleh tapi sanding suh buat hari ahad. Sabtu tu aku nak buat apa??? Fikir punya fikir baik aku nikah sanding 10 Ogos. Buat semua satu hari. Senang. Jimat pun jimat duit aku. hihihi... Itu yang macam lupa eh sebenarnya anniversary aku 16 ke 10 ke 08 Ogos eh...

Dalam lupa-lupa tu sempat jugaklah hari akhir posa tu aku beli hadiah untuk mr. mama. Pes time beli hadiah anniversary ni. Sebelum-sebelum ni tak bagi apa-apa pun. 


Sebab esok raya aku beli baju kemeja je senang boleh pakai time raya. Malam tu jugak aku bagi kat mr. mama. Tak sabar dah nak tunggu hari anniversary.


Beli hadiah sebab nak pujuk mr. mama yang sedih kena saman ngan JPJ ngan lori hampir nak kena sita.


YA ALLAH terlalu banyak dugaan dan rintangan yang berlaku sepanjang 5tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah kami berjaya mengharunginya walau pun pahit untuk ditelan. Pada yang berusaha memisahkan kami semoga allah akan membalasnya. Tak lambat cepat balasan Allah itu pasti!



6 comments:

pd said...

muda2an kekal ke syurga..

amin...

puanstoberi said...

oh..kita berkahwin pada tahun yg sama... adoi..tak sedar dah 5 thn.. nyumm...nyum.. :D

Suria Amanda said...

Happy belated anniversary dear...

ajumohit said...

happy 5th anniversary dear ;)

mama3heroo said...

selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 5 ye azi

Mimie said...

Happy belated anniversary