Korang dah dapat ke kuih raya yang diorder tu? Mesti dah dapat semalam. Gov bonuskan semalam... Aku? Memang tak reti aihhh nak beli beli kuih raya. Dari zaman bujang sampai dah kawin beranak dua takdenyer beria nak membeli. Nak kata pandai bukan kuih hareemmm. Memang tak reti. Takat kuih ros@loyang bolelah. Dulu bujang penah jugak buat kuih almond london ngan tart nenas. Tapis sebagai assistant tukang gulung ngan curah coklat. Bila dah bekerjaya lagi haram jadah nak pegang oven.
Masa belum kawin memang setiap tahun aku punya sumbangan kuih raya adalah kerepek. Dulu aku keje kat KL. So hari last posa tu memang aku akan balik half day then merayau sorang-sorang kat jalan TAR. Beli kat situ boleh dapat empat bungkus kerepek dua puluh hinggit. Murah kan..
Lepas kawin aku pandai sikitla beli. Selain kerepek aku akan beli tiga jenis kuih ni je. Kuih samperit coz my favorite. Popia mr. mama favorite. Dan kuih batang buruk mak mertua punya kegemaran. Mak mertua memang tiap-tiap tahun request beli batang buruk. KL punya sedap kayanya. Kalau ada nak tambah satu lagi kuih, tart nenas. Yang ni pun mr. mama suka. Tapi selalu aku maleh beli sebab bajet. hahaha.. So penjual kuih raya selain dari kuih yang disebut diatas please far away from me. Buat penat air liur uolls promote je. Sedap cam mana kuih hangpa iolls tak akan tergoda...
Sejarah gambar diatas, kuih samperit RM19.00. Ada yang lagi murah tapi beli ni sebab tolong kengkawan. (",) Popia adik ipar yang buat. RM16.00 setengah kilo. Murah kan? Kat luar aku tengok ada yang RM20 lebih pun. So lain kali sape nak makan kuih popia goreng inti ikan sardin homemade contact me k. Lepas raya pun boleh buat kudap kudap. hehhe.. sempat promote. Almond london@purplish handmade bukan aku yang order. Tumpang letak atas meja je bagi mencantikkan gambar. Batang buruk lom dapat lagi.
Sampul duit raya dari public bank. Tahun ni tukar duit semua RM10. Motif? Daku sudah kaya dapat bonus semalam. Sila semua beratur kalau nak duit raya RM10. Duit singgit nanti aku tukar je dengan hakeem sofea. Diorang lagi kaya time time raya ni.
Duit raya pertama hakeem dan sofea. Opismate bagi. Thanks yaa... Aku tak ada ke?
*Thanks pd yg bookmarks my blog as a favorite. Tak sangka my blog ada loyal readers..
3 comments:
biskut raya tahun ini sgt la mahal.. jd beli kepek2 je..lantak.. sok balik kg kalo sempat nak buat cornflakes madu yg sonangbaitu.. kalo smpt la.. tak sempat.. takyah... hahaha
Biskut raya ada yg beli ada yg dpt. Tp x buat byk sbb mmg dah tau x habis punya ..
tak sempat nak buat kuih raya tahun ni T_T
Post a Comment