Vahvahvah banyak ilmu sangat ke nak share ciri-ciri isteri yang tergolong dalam golongan derhaka ni. Ini aku dapat ni dari fb Cinta & Rumahtangga Bahagia. Aku mana pandai nak kasi tips-tip ni. Apsalla aku baru tahu kan kewujudan pages ni. Kalau tak friend yang share sampai mati kot tak tahu. hiks... Bagus tau para isteri diluar sana like pages ni. Suami jugak. Sebagai motivasi diri.. Supaya tak khilaf. Macam aku. Aku rasa aku macam banyak dosa jer ngan mr. mama. Selalu keluar high pitch. Pehtu mr. mama pulak jenis yang senyap. Redha jer bini dia practice suara vibrato setiap hari . hahaha..
Penuh pulak new feeds fb aku sal tips hari ni..
ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI JIKA...
1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."
2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".
4. Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".
5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.
6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."
7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.
8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.
9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt
tips menyemarakkan rasa cinta meh lihat selalu gambar pasangan anda.
tapi aku kalau tengok gambar time nikah ni aku stress. Baju nikah tu aku tempah lima ratus lima puluh belum masuk harga kain. Sekali pakai dua jam jer. mintak permission mr. mama pakai time raya tak dapat.. hiks..
tapi aku kalau tengok gambar time nikah ni aku stress. Baju nikah tu aku tempah lima ratus lima puluh belum masuk harga kain. Sekali pakai dua jam jer. mintak permission mr. mama pakai time raya tak dapat.. hiks..
3 comments:
terima kasih sebab share betul2 bermanfaat..
erm.. lepas ni banyak perkara nak kena berbetul ni..hehehe
wah..so romantik gambar kawinnya..kalau saya tengok gambar kawin saya, selalunya saya rasa nak tergelak.. :P
wah, mahalnya...
nape tak dpt guna time raya
Rm500 tu...sayag la pakai 2 jam je kn
Post a Comment