Hari tu, masa gaji bulan lepas aku ngan mr. mama pi mydin beli barang dapur. Actually mr. mama jarang dah temankan aku beli barang dapur. Ni pun sebab aku bebel baru nak ikut.
Bab beli beli makan aku strict jugak. Expecially bab makanan fast food. Kalau iolls pi sorang memang tak merasalah anak-anak akan makanan segera ni. Tapi anak-anak dah terlepas jugak makan KFC. Zaman sekarang susah nak handle bebudak yang otak kemain cerdik. Jalan sikit ma nak ayam goreng EP C nak ayam goreng EP C.
Teringat dulu my lecture kat UiTM selalu cakap uolls ni suka sangat makan KFC, MCD. Ingat elok ke makanan tu. Itu semua SAMPAH bukan makanan. Diulang SAMPAH ye uolls. My lecture cakap lagi cuba uolls try simpan nugget, burger uolls tu kat bawah tudung saji dua tiga hari. Tengok elok lagi tak. Ada hurung tak dek apa-apa binatang. Mesti tak denyer. Makanan tu masih elok lagi. Binatang pun tak mahu makanan sampah macam tu. Haa... jangan ingat makanan yang tahan lama tu elok. Fikir sikit kita yang makan makanan duk perangat dua tiga hari tu pun boleh sakit perut.
Berbalik pada kisah barang dapur tadi. Since mr. mama yang jaga anak-anak. Aku bagilah permission ke dia pilih barang yang dia nak. Harapnya dia pilih biskut ke roti ke budak kudapan masa di rumah. Faham duk rumah je sepanjang hari memang cepat lapar. Tapi nak tahu apa mr. mama pilih. Daging burger. Haippps rasa nak babab je tangan tu...
Daging burger yang di pilih.
Perhatilkan cop separuh yang aku dah tutup tu ye...
Berhati-hatilah...
Tarikh luput lama lagi.
Yang kuning-kuning tu aku not sure apa kebendanya. Kulat ker?
Satu malam tu aku suruh mr. mama masak burger ni. Aku malas nak masak. Masa mr. mama masak tengok daging burger tu pecah pecah, rapuh. Tak kenyal macam yang biasa kitaorang makan. Rasa off course tak sedap. Tapi i is ok je. Telan saje. Anak-anak pn makan tapi tak tambah. Sorang satu dah stop. Mr. mama tak makan. Cuit sikit je.
Esoknya hakeem sofea muntah-muntah 3/4 kali sehari. Aku lemah syahwat seluruh anggota badan. Kami bertiga kelesuan seharian dan terbaring sahaja.
Dah tahu kan makanan fast food tak elok nak juga makan. Rasakan memasing.
*tak sure sebab brand atau nasib kami yang malang hari tu.
4 comments:
pelik ni...tarikh luput lama lagi....macam mana plak leh jadi mcm tu..
nice share..
memang menimbulkan syak, kalau makanan jenis tu boleh tahan 2 tahun.....
awak memang teliti Azi.. ^_^
expired date lmbat lg tp apsal lak jd mcm tuh
even tarikh luput lama lagi.,sometimes cara penyimpanan memainkan peranan tuk buat daging ne cepat expired..maybe xckp beku..mcm tu.
Post a Comment