Malas betul aku nak taip pasal percutian budget ni. Gambar pun banyak nak kena resize. Harap korang bertabah baca sampai habis macam aku bertabah menaip entry ni. Kalau dibiarkan malas memang tak terpublish entry ni kang.
Aku pergi Goldcost Morib Resort ni 16 Dec. Sempena birthday aku. Happy birthday to me, happy birthday to me. Happy birthday yang ke -32 tahun. Sehari dua lagi nak masuk usia 33 pulak. Pftttt...
So package E ni include breakfast, dinner and pas ke taman tema for dua orang. Dapat kek, hadiah dan sijil. Kalau nak deal paling murah RM168 tak de dinner ngan birthday set. Deal ni memang sokmo ada. Kalau tak de kat groupon ada kat living social. Kat streetdeal pun ada. Orang kata lagi murah. Tapi aku tak jumpa.
Aku bayar guna duit syiling yang selalu aku jumpa dalam poket seluar mr. mama. Tukar kat kios puspanita dapat dua ratus. Anggap macam mr. mama belanjala. #pujukhati.. Dapat laki tak romantik plus tak reti online-online ginilah. Lebihnya baru guna duit aku. Ntah duit aku ke duit mr. mama. Semua duit mmg aku yang pegang.
Kiddos..
Laki macam apatah mood. So kita tak payah amik gambar dia.
Bertolak pukul 12.00. Kul 1.30 sampai. Check in sepatutnya pukul 3 tapi sebab tak ramai orang kot boleh check in awal. Sebab aku pergi time cuti sekolah kena surcharge RM50.00. Memang dah state awal-awal. Atter tiap tahun bulan 12 cuti sekolah. #redha. Sebelum check in pi makan dulu kat area tepi pantai tu. Sekejap lagi nak bertarung dengan air confirm lapa kata mr. mama. So kita mencekik dulu. Padahal aku dah siap bawak bekal nasi goreng dari rumah. Balik main air melantak jugak nasi goreng aku tu.
Order ABC, air bandung, tembikai laici, carrot susu, telur dadar, kailan ikan masin, sup ayam, ikan kembung tiga rasa, udang celup tepung total rm 40.00. Okla cuma mr. mama tak puas hati ikan kembungnya kecik. Kuah meladung. tapi fresh..
Bilik hotel. Tak suka katil kena camtum asyik gerak.
Tv merangkap ruang tempat kitaorang celebrite birthday.
Semua kotak tu aku bawak balik. Ada sewing kit, shaver, berus gigi, ubat gigi. hehehe...
Tarikan kat sini off course jakuzi dalam bilik ngan taman temanya. You now what aku ngan mr. mama tak mandi pun dalam jakuzi tu. Mmg tak romantik langsung laki aku. Yang duk ulang mainnya hakeem ngan pia. Sampai kul 12 malam duk berendam malam tu. Tak kasi chance langsung mama papa nak privasi.:p
Lepas check in terus kitaorang main kat taman tema. Gambar dalam taman tema tak de sebab tak bawak kamera. Sebab package tu dapat dua pass untuk sofea kena beli lain. RM20.00. Hakeem tak kena sebab kecik. Masa masuk tu aku tengok ada budak yang lebih lebih sofea tak de pun pakai gelang pass tu. Si mr. mama tu yang bagus sangat pi tanya tu yang tukang jaga tu suh beli. Tak ukur pun ketinggian. So pesanan aku ler lain kali kalau bawak anak yang age dalam 4-5 tahun buat buat derk je masuk, jangan memandai tanya kecuali ditanya. Sebab masa aku dinner malam tu aku bagi je dua voucher makan pastu terus nonong jalan. Penjaga pintu macam eh eh budak itu.. Cakap sesama diorang. Aku buat derk je. Sebenarnya diorang tak kisah pun.. hihihi..
Taman tema air dalam resort. Senanglah nak turun. Aku duk tingkat satu guna tangga terus sampai taman tema. Tak yahla nak kena tukar-tukar baju. Basah-basah pun boleh naik bilik.
Resort dia kalau nak tahu tak lawa mana. Dari luar nampak kusam. Aku memula masuk macam ini ke? Tapi bila duduk ok jer. Pastu orang kata memalam ada bau busuk tu aku tak bau pun. Ada yang sendal pintu ngan tuala ke apa aku tak buat. Elok molek aku tidur sampai pagi. Then sofea bebangun pagi terus nak pergi taman tema lagi. Asal korang tak koyak pass kat tangan tu korang boleh pergi masuk lagi taman tema ni. So worth it jugak aku bayar dua puluh hinggit boleh masuk dua kali.
Resort dia kalau nak tahu tak lawa mana. Dari luar nampak kusam. Aku memula masuk macam ini ke? Tapi bila duduk ok jer. Pastu orang kata memalam ada bau busuk tu aku tak bau pun. Ada yang sendal pintu ngan tuala ke apa aku tak buat. Elok molek aku tidur sampai pagi. Then sofea bebangun pagi terus nak pergi taman tema lagi. Asal korang tak koyak pass kat tangan tu korang boleh pergi masuk lagi taman tema ni. So worth it jugak aku bayar dua puluh hinggit boleh masuk dua kali.
Orang kata kena request kalau nak bilik menghadap taman tema. Aku tak request pun dapat jugak. hihihi.. #nasib.
Malam tu kitaorang turun dinner around 8.30pm. Masa bagi voucher dinner kena tunjuk ic sekali. Nak bukti hari kelahiran. Pastu amik makanan macam biasa dengan semua visitor. Tak ada keistimewaan tempat pun. Makanan semua tak kena dengan tekak aku. Kari ayam, kari kambing... kemamakan sangat nih. Anak-anak pun macam ermm je nak makan. Pastu pia sakit perut, mr. mama bawak naik kat bilik, aku still ngan hakeem cari makanan. Tekak lapar lagi. Then jumpa satu menu nama subu subu ke apa ntah. Rasa cam mee kuah/sup gitu. Kena sangat dengan tekak aku and hakeem. Dua kali mengulang. #dasar..
Masa makan waiter datang bawak kek, hadiah ngan sijil. Aku expect kek besar rupanya alahai kecik ciput je. Tapi sedap. Ingat nak bawak balik rumah tak dan malam tu jugak habis. Hadiah dapat bear. Not my taste. Sijil birthday Malaysia book record aku lupa snap. Naik kat bilik baru kitaorang potong kek. Terharu anak-anak ngan laki sama-sama nyanyi lagu tua kat mak encik. Sayang korang...
Esok pagi pi mandi taman teman sekali lagi ngan pia then dalam kul 9.50 am baru pi breakfast. Kena sound dengan waiter kat situ kata cafe dah nak tutup. Pedulik. Sekali lagi nonong masuk. Ada 10 minit lagi kan.. Pastu pi kat ruang makan terus amik makanan banyak-banyak. Sebab waiter dah remind kalau pintu ruang makanan tutup dah tak boleh amik. Ala 10.15 baru diorang tutup pun. So makanan sedap pagi ni.
hok aloh baiknya dua beradik ni. Kalau time naik sheikh memasing. #urut dada.
Hakeem tu geram nak pi mandi. Pagi tu dia bangun lambat aku mandi ngan pia je. Fun sangat berdua-dua ngan pia. Rasa dah besar anak dara aku ni. Lulus jadi peneman mama jalan-jalan lain kali.
Hakeem tak mandi terus breakfast.
Mr.mama makan nasi dagang. Tak tahu apa rasa. Aku memang tak makan nasi dagang.
Sian pia kena makan cam gitu. Kerusi rendah sangat.
Favrite aku honey star. Tak de pulak...
Last-last pia mintak kerusi macam hakeem. Tapi sempit... Awak tu dah besar pia oi...
Birthday girl. (^.^)
My lovely family.
Kek palsu. Memang dibuat untuk orang tangkap tangkap gambar kenangan.
Kek palsu. Memang dibuat untuk orang tangkap tangkap gambar kenangan.
Masa nak berangkat balik. Aku upload gambar ni kat fb. Ramai boleh tanya apa motif aku. Ramai kata kasut tu cantik. Hah.. Petang tu aku pi kedai craft pun orang kedai tu tanya kat mana aku beli kasut ni. Cantik sangat katanya. Mana lagi. Bundle i la...
4 comments:
ahhhhh bestnya gi morib :DDD Huhuhuhu
happy belated birthday huhuhu
As salam Azi,
Hah Marya dah pulang ke gagang..hihihi skrg ni poll kat JSM Lhdnm... Marya kerja kat hasil cyber...
Mmg comel ler jasut tu mcm tuannye gak ;)
Happy belated birthday! Tak mcm 30an pun...muda remaja sukmo! :))
*kasut
bestnya bercuti..
Post a Comment