28 February 2014

Bekal sekolah sofea

Okey aku bukan mommy yang rajin nak membekal bekalkan anak. Dah sekolah pia memang sediakan makan pagi tengahari dan petang. Senanglah hidup akukan... Aku walaupun masak tiap-tiap pagi tapi macam tak sesuai pulak rasa nak tapau tuk anak yang tadika cam sofea. Maybe sekolah rendah nanti akan bermula aktiviti bento membenti nih. Makanan kat luar not so good right? hihhihi.. Dan sebagai langkah penjimatan..

Bukanla aku tak pernah bekalkan sofea kat tadika. Pernah sekali aku bekalkan ayam goreng KFC (buat sendiri tau). Sofea yang beria nak bawak. Sebelum sampai umah ustazah ayam seketul habis. Nasib tapau dua ketul. Itu kena suruh stop makan.

Petang bila aku amik pia tengok ayam seketul tu tak berusik. Penyelia pun cakap dia tak nak makan. Tapi dalam kereta dia makan pulak. Memang selalu aku amik tiap petang nampak dia macam orang kebulur. Balik sekolah mesti mintak nasi. Kalau lauk takde kena bagi susu botol dulu. Pelik jugak. Aku fikir maybe dia lebih berselera makan ada family kot kan. Walaupun makanan yang mama dia masak tiap hari balik balik ikan goreng ayam goreng. :). Tapi dalam hati aku kecurigaan jugak sofea ni dapat makan ke tak. Sebab bila tanya kat sekolah makan apa asyik jawab makan mee/bihun atau nasi kosong. Bila kita tanya lebih-lebih baru cakap makan sup. Haishhh.. riso mama.. Tak pe hari ni mr. mama akan buat spot check. Samaada sekolah jadual pemakanan tak betul atau pia yang cakap tak betul nih.


Setiap kali amik dari tadika confirm cobek beg cari makanan.

Perangai sofea yang aku perasan dia memang mudah ngikut kawan. Hari tu kawan dia bawak shampoo gambar cartoon. Dia pun mintak jugak nak bawak. Walhal kat tadika tu bawak shampoo ke baby bath ke bukan cikgu suruh guna pun. Guna sabun sekolah jugak. Semalam sofea nampak kawan dia bawak bekal air dia pun nak bawak jugak. Ha yang ni baguslah. Hari pertama dulu aku suruh bawak botol air dia tak nak.

So aku fikir esok aku nak letak air putih dalam botol mineral. Mungkin itulah yang mak shirah buat kot. Dijadikan cerita malam semalam kitaorang pergi kedai runcit nak beli sardin, biasalah nak nak weekend barang aisbok pun dah licin. Dalam kereta tu sofea mintak air kotak. Sampai kat kedai dia nak air tropicana twister (tt) pulak. Aku bagikan jelah walau pun mama  ko ni minum air tt pun jarang. Kalau tak bagi dengarlah dia menangis + mengamuk sampai rumah pastu boleh sambung lagi dalam rumah. Tak sanggup aku.... Pastu dah minum separuh air tu pia cakap  nak bawak air tt pergi sekolah macam shirah. Oooo shirah bawak air tt rupanya gi sekolah. Class ko shirah.

Malam masa pia tido tu, hakeem pi minum air tt sampai licin. Erm bagus takpe esok pia tak ingat kot air tt tu. Tapi daya ingatan pia ni kuat awal pagi lepas mandi dah tanya mana air tt dia. Streess mama. Kalau tak bagi confirm mengamuk. Terpaksa mama pagi-pagi pergi stesyen petronas semata-mata nak beli air tt. Bukan satu jalan pulak stesyen petronas tu. Pastu belikan sekali roti 70sen. Nak tengok hari ni dia kebulur lagi ke tak. Jadinya sarapan pia hari ni berharga RM 3.40. Ish ish ish mama punya bf pun nasi goreng seringgit kat tepi jalan je nak.. Paling-paling mahal nasi lemak baru dua ringgit setengah. Kenyang terlebih lagi.

So moral of the story ibu bapa memainkan peranan penting mengawal siapa kawan anak-anak mereka. Dan aku tak tahu nak rasa geram ke apa dengan mak shirah ni..

1 comment:

IntaNBerliaN said...

so, apa hasil dr spot check tu azi?