20 March 2014

Sofea Pray for MH370

Agak terlewat mengeluarkan entri tentang kehilangan pesawat MH370. It doesnt means aku tak prihatin. Sangat-sangat mengikuti perkembangan MH370 sejak dari hari pertama kehilangan. Tiga hari pertama kehilangan pesawat, cerita cartoon telah dibekukan pada pia dan hakeem. 

Sekarang setiap pagi datang opis mesti bukak internet baca semua online paper dulu. Petang pukul 5.30 balik dari opis dengar pulak press conference kat tv. Setiap hari berharap akan ada perkembangan terkini mengenai MH370. Tapi semua masih lagi samar-samar. 

Yang jelas sekarang sana sini kedengaran pelbagai spekulasi dan teori. Orang yang kita tidak pernah dikenali tetiba menjadi sangat cerdik pandai dalam menganalisa kehilangan pesawat MH370. Aku pun bila baca ada sikit terpengaruh... Itu yang sekarang malas nak baca dah pasal kehilangan MH370 kecuali dari surat khabar. Kalau ada yang duk nyebang tu aku dengar sepintas lalu kat telinga jer.. 

Kalau korang tak tahu apa-apa pasal MH370 dan cuma bercakap berdasarkan firasat masing-masing. Hentikanlah..... Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah permudahkan urusan menemukan pesawat MH 370.



 Dimana-mana sahaja, seluruh dunia kini mengharap kehilangan pesawat MH370 dapat dirungkai secepatnya. Institusi sekolah juga dilihat memainkan peranannya.


Teruskan berdoa. #Pray for MH370.

3 comments:

Unknown said...

Suka sangat baca blog awk =) Saya pun ada blog, jemput singgah dan follow blog awksweetgitu.blogspot.com =D

Support each other =)

Mimie said...

sedih sgt kan bile kenangkan mh370

Mimie said...

dah isi tabung kfc dan sharp