22 May 2014

Buat buku pink

Seperti yang korang tahu aku appointment hari selasa. Dah banyak kali sebutkan dalam entry lelepas... Maafkan akak, akak over eksited pulak nak check up anak ketiga. Unexpected pregnant... Appointment pukul 9.00 pagi. Pukul 8.15 aku dah sampai klinik. Pergi sorang je kali ni. Eh dulu dulu pun mmg pergi sorang. Tak yah lah nak berteman-teman. Amik nombor. Aku orang yang 37. 

Klinik desa kat tempat aku ni dah banyak sangat perubahan. Baru je tiga tahun tak datang. Nurse dah bertambah. Nurse pelatih dah buat tugas yang hampir sama dengan jururawat kemasyarakatan. Dulu just tengok tengok then failing maklumat. Kalau dulu check up untuk ibu mengandung yang ada semua ibu mengandung. Ini dia campur sekali dengan check up anak. Banyaklah perubahan buat aku rasa macam baru first time datang sini. Aptb... 

Ibu ibu yang nak buat buku kali pertama ni akan di entertain oleh nurse pelatih dulu sebelum jumpa nurse. Dari mula isi buku, amik darah dan test urine semua nurse pelatih yang buat. Nasib pandai amik darah... Kalau kena urat jaga... 

Aku sampai pukul 8.15 kul 12.30pm baru siap. Buku aku diaorang tak keluarkan dari bilik test air kencing. Sabo je lah.. Yang akak ni blur blur sebab tak tahu prosedur yang baru ni duk la tunggu. Memang lah jadi orang yang terakhir keluar dari klinik tu. 

Ada sorang mommy to be ni lagi teruk, dia nombor 7, jadi orang kedua terakhir. Yang no 70, 80 awal lagi dah balik. I is geram dengan nurse pelatih tu tau. Memain je kejenya. Macam tak biasa, bukan sehari buat benda tu semua. Kalau uolls nak tahu lepas habis dah semua dia testkan urine, si nurse pelatih tu tutup pintu buat ujikaji apatah sendiri. Pastu dengar ketua jururawat sound suruh keluar. Nak kerja buat cara kerjala dik....

(^.~)


Kandungan sekarang 19w 4d. Berat badan sekarang 53.6kg. Satu perkembangan yang bagus untuk diri sendiri. Kalau tidak selalu lima bulan ni dah lebih 55kg. HB 11.7. Kalau bawah 11 nurse kata kena datang check up dua minggu sekali. Oh tidak!. Tak kuasa nak hadap itu nurse habsah tiap tiap hari. Sebabkan aku ada masalah keputihan dan gatal-gatal minggu depan kamis kena jumpa doktor pulak. Pastu jumaat kena minum air gula sebab ada history sebelum. Malasnya...

Oh ye sekarang diorang dah bagi satu patient satu jururawat. Jururawat tu la yang akan handle patient dari mula sampai bersalin. "Akak mulai hari ni saya yang akan handle kes akak smpi bersalin. Kalau akak tak dapat datang check up bagitau awal-awal. Saya tak suka patient saya tak bagitau awal-awal. Jadual kat sini sentiasa penuh. Tak dapat datang call saya". Amboi.... Aku dapat nurse habsah. Budak lagi ni. Panggil aku akak.... Ketuaan sangat! 

Lagi masa first check up tu ada buat pemeriksaan kanser payu dara. Dulu tak ada. Nurse kata waktu yang sesuai check payudara adalah selepas period. Time kita subur. Masa tu breast kita akan membesar. Senang nak kesan time tu. 

Nak check senang je uolls angkat tangan sebelah letak kat belakang kepala, sebelah tangan lagi lagi uolls raba-raba lah breast uolls tu kan atau angkat letak dua dua belah tangan kat belakang suh husband check macam nurse check aku semalam. Malu i tau... Tiga orang menyaksikan pertunjukan itu. (-.-). 

Kalau ada bijik tu ha jaga jaga. Tak semestinya itu kanser. Mungkin lamb@ketumbuhan. Nak kenal pasti antara kanser dan lamb ialah kalau kanser biji tu boleh bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Kalau lamb biji tu bila kita tolak dia statik je duduk situ

Apa-apa pun kalau uolls dah rasa ada bijik tu pergilah jumpa doktor. Sebab lamb lama-lama boleh jadi kanser. Ini kata nurse ye.... Aku pernah buat pembedahan lamb tahun 2005 kat HKL. Tak sakit mana pun. Sehari je dah boleh balik. MC pun dapat dua hari je... 


21 May 2014

Keputihan dan cara mengatasi

Semalam pergi klinik desa check up pertama kalinya. Dah berapa kali nak bagitau nih...Over eksited tiga tahun tak jejak kaki ke klinik desa katanya.

Semalam pergi klinik aku orang paling last sekali jumpa nurse. Dapatlah sembang lama sikit. Banyak rupanya yang aku tak tahu pasal pregnancy. Sian anak dah nak masuk tiga....

Sejak mengandung ni aku mengalami masalah keputihan yang agak teruk. Hari tu dah jumpa doktor swasta dan dah dapat ubat yang kena masuk kat bawah tu pun still tak jalan. Laki aku pun dah risau sangat-sangat. Takut kena penyakit apa...

Tapi ini sebenarnya biasa tau bagi ibu-ibu yang mengandung. Perubahan hormon. Mr. mama bila aku kata sebab perubahan hormon dia tak percaya. Ni kamis depan ada check up rasa nak bawak dia sekali jumpa doktor biar kasi dengar sikit.

Selalu tak tengok couple couple yang baru nak dapat anak pertama selalunya teman bini check up. Siap masuk dalam bilik doktor. Kalau kat swasta tak heran tapi kalau klinik desa macam tak sesuai kan. Dengar seramai umat manusianya... Semalam pun ada nampak one couple ni anak pertama kot, asyik duduk berkepit ngan laki je. Nasib baik kerusi banyak kosong... Kalau tidak... Ada jenis lelaki ni dia buat derk je tengok perempuan tengah sarat mengandung berdiri. Siap boleh tido lagi kat kerusi tu. I is geram tengok lelaki macam ni tau...

Semalam nurse bagitau antara cara nak mengatasi keputihan adalah dengan...



  1. Memakai panty liner. Selalu kerap tukar panty liner tu kalau dah penuh.
  2. Kena pakai panties yang jenis cotton.
  3. Banyakkan minum air putih.
  4. Kalau boleh jangan minum air soya (yang ni aku kurang pasti kenapa, lupa nurse cakap apa pastu. Faktor ketuaan sangat!)


Masa mengandung ni jugak aku mesti mengalami masalah gatal-gatal. Tiap-tiap kali mengandung pun. Tapi kali ni paling teruk. Kat tangan tu dah macam kena chicken pop dah. Ada pulak yang tegur. I is malu.

Tapi tapi ini pun disebabkan perubahan hormon jugak kata nurse. Boleh dijadikan alasan kalau orang tanya. Alahai bukan senang tau nak mengandung ni uolls. Mungkin orang lain alami alahan yang teruk. Tapi aku tak kena yang tu dapat yang ni. Lain orang lain simptomnya.

Free Pampers Hakeem Part 2

Amboi siap ada part part bagai ye...hihihi. Iyelah hari tu aku cuma cerita aku cerita pasal free pampers hakeem time siang hari. Time dia kencing. Kali ni nak share pulak dengan korang macam mana free pampers hakeem time dia uk uk dan time tido. 

Actually kalau korang nak tahu, masa mula-mula nak freekan pampers hakeem, aku rasa macam hakeem tak mampu lakukan. Mesti makan masa nak berjaya. Sebab hakeem suruh kencing pun dia tak tahu. Inikan lagi nak suruh buang air besar. Itu pasal masa nak berhentikan susu badan dah dua tahun setengah pun aku ilex lagi tak stop. Kalau bukan sebab mengandung agaknya sampai sekarang tak berenti lagi tau. 

Tapi bak kata orang belum cuba belum tahu. Bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu allah tunjukkan jalan. (-.-). Betul tak? Jangan mengalah sebelum berjuang. ececeh... Berbanding sofea, hakeem sebenarnya lagi mudah diajar. Tiga hari belajar dah boleh kira cemerlang. Sofea hampir seminggu jugak nak belajar kencing dalam bilik air. Pastu banyak jugak cabaran yang nak kena hadapi. Walaupun dah berjaya kencing dalam bilik air tapi still kena pakaikan pampers waktu  nak buang air besar masa mula-mula tu. 

Hakeem lepas dah pandai buang air kencing, dia agak kurang buang air besar. Selalu sehari sekali mesti membuang. Tapi sekarang dua hari sekali baru nak membuang. Aku agak dia macam tak leh nak buang air besar sebab tak ada pampers kecuali bila benar-benar tak tahan baru dia membuang. Sekali buang kaw kaw punya. hihihi...

Kali pertama lepas dah tak berpampers tu seperti di dugalah kan, dia terbuang air besar dalam seluar. Dalam bilik jahit akak tau.. Ohmaiii... Masa tu dah bau busuk dah. Ingat kan dia kentut. Bila tanya jawab akeem kencing je tapi kat lantai dah nampak dah seketul t**k. Aduhai tak pasal-pasal mengemop akak malam tu. 

Kali kedua dia dah boleh rasa nak uk uk. Tapi cakap nak kencing. Pelik jugak sebab hakeem baru je kencing tadi, tak sampai lima minit. Masa tu aku tengah jawab telefon. Lepas dah melepas dalam bilik air dia panggil mintak cucikan. Tengok dalam bilik dia berak rupanya. Then lepas cuci bawak masuk bilik nak pakaikan seluar dia tak mahu. Duk menonggek bontot. Masa tu aku still tengah cakap kat telefon. Jadi tak perasan dia menonggek tu sebab nak berak lagi. Habis akak punya tuala pulak. 

Sekarang dah ok. Bila nak membuang dah tahu nak pi bilik air. Cuma ada jugak yang dah terlepas baru bagitau. Adatlah tak sampai sebulan kan belajar. Aku dah tahu hakeem kalau membuang mmg lama. Macam kita yang tua tua ni.. Ada dua tiga kali pusingan. hihihi...  

Bab kencing malam pulak, actually hakeem masih pakai pampers lagi. Sepatutnya dah tak payah pakai pun tak apa. Malam aku pakaikan lepas dia dah tido dalam sejam dua. Hakeem bukan jenis yang kerap kencing malam pun. Kalau dulu masa sofea, aku tiga jam sekali dukung bawak pi tandas kencing. Tapi hakeem ni agak payah sikit sebab bila kita nak angkat dia kencing malam tu dia menangis rupa orang kena sebat. 

Kalau uolls nak tahu anak yang fully bf ni sangatlah istimewa. Compare dengan sofea, hakeem sangat2 sensitif. Kita tegur sikit mula nangis.  That why mama is tak sampai hati. Tu yang setakat ni biar je dia berpampers dulu.  

Bagi aku freekan pampers hakeem ni dah kira hampir berjaya. Cemerlang dah ni. Mama proud of u, hakeem....

20 May 2014

Weekend dengan anak-anak

Penatnya hari ni pergi check up for the first time. Nak tahu akak orang yang terakhir dicheckupkan oleh misi-misi tersebut. Banyak sangat masalah nih. Dah lima bulan baru nak check up maunya kumpul story. Ok full cerita pasal check up next entry k... Banyak aku nak share info pasal pregnancy. Tiga tahun tak mengandung banyak benda yang aku dah lupa. Masa bila time yang sesuai makan ubat. Zat besi itu apa. Ingat nak amik exam ke nak kena jawab semua tu... 


Weekend dengan anak-anak. Mr mama outstation sokmo...
 Dalam fb cikgu banyak dapat ucapan hari guru. Jeles i. Terus bersemangat nak jadi guru jugak. hehehe.... Untuk anak-anak je lah. Nak mo jadi ibu yang malas-malas lagi. Ni azam sempena hari guru. (>.<)

Banyak buku warna sofea, dia pi koyak koyakkan. Baru beli dia pi koyak. So lukis sendiri lagi senang. Aku tiru kat tadika pun buat cam gini. :). Tadika jimat namanya....

Duduk baring  semua gaya ada. Sofea kalau suruh belajar tak ada masalah. Ada citer cartoon pun dia jeling-jeling tengok. Pelajaran nombor satu....


Ermm.. budak ni kurang sikit. Keje nak menconteng dan main pencil color jer..

Pastu bergaduh, menangis itu je yang dia tahu. Next week kita nak belajar apa pulak ye anak-anak? Color air nak?

Malam tu kitaorang buat aiskrim pulak. Sofea la... mama mama jom kita buat kek nak. Rumah mama mana ada oven nak baking baking ni. Yang kukus-kukus, masuk peti ais boleh...

Seronok bukan main dua beradik ni.

Tapi yang seronok terlebih hakeemla. Bunyi mixer tu dah dia ingat bunyi lori pulak. Tak nak berhenti henti mixer. Sofea tak sampai lima minit dah boring nak putar mixer tu. Sabo je lah. 

Pagi-pagi dah ingat aiskrim dia. "Mama aiskrim dah boleh makan". Hakeem tak bangun lagi. Tapi aiskrim kat kedai jugak sedaplah kata pia. pfffttttt....

19 May 2014

Mainan kegemaran hakeem

Kalau nak tahu lori adalah mainan yang paling digemari oleh hakeem. Memang anak bapak nih. Semalam pergi otk merayu-rayu mintak aku belikan lori.. Habis mama kena pau dekat tiga puluh ringgit. Actually hakeem mintak lori yang murah . Pastu nak sekali lori pasir @ traktor. Dah rambang mata la tu dia nengok. Macam mama nak belikan.. Aku memang strict sikit bab beli mainan. Yang tak berkepentingan tolak tepi, yang ada kegunaan je baru boleh...

 Sebab mama rasa macam dah lama nyer hakeem tak ada mainan so boleh la beli yang ni. Kesian pulak anak merayu rayu.. Dalam lori tu siap ada empat biji kereta. Lori bersendi tu nak hantar pi pusat service proton kekdahnya.. hihihi...

Hakeem kalau main siap ada bunyi press2 lagi. Sebijik bunyi lori papa dia. Pagi tadi angkat nak naik kereta mata tutup tapi angan sebelah sempat lagi capai lori... Sampai umah ustazah puas mintak balik takut hilang nanti. Mahal tu ooo... Nangis pun nangis la tak larat dah mama nak beli kan banyak2..

Sofea pun mintak jugak barbie. Yang ni aku kurang berkenan sebab sofea tak sayang sangat kat barang mainan dia. Sekejap je main tangan dah tercabut, kaki dah hilang... Rabak mama kalau tiap kali keluar mintak beli mainan. 

Tu dah mereka next kita beli barbie yang ada rama-rama ye mama, hakeem pulak nak atomen.. nak lori pasir... Siap mengadu kat mr. mama lagi.. Ni sebab papa kau outstation, mak ngah tak ada rumah je mama belikan. 


15 May 2014

Perkembangan penulisan ABC, Alif Ba Ta, 1 2 3 sofea...

Sekarang sofea tengah exam. Mama walaupun orangnya ok ok sahaja tidak memaksa tapi jauh disudut hati seorang ibu tentu nak anaknya menjadi antara yang terbaik dikalangan yang terbaik. Siapa yang tak mahu anaknya pandai dan berjaya cer cakap?.. Arwah mak ayah dulu pun sama....

Aku akui pia rajin belajar, rajin bertanya tapi masalahnya mama tak berapa rajin nak mengajar. Pia tak sama macam hakeem. Hakeem kurang minat belajar secara terus menerus. Pia setengah jam pun elax lagi. But sejak masuk taska ni nampakla minat hakeem nak belajar tu ada.  

Teringat aku masa sekolah rendah dulu, tiap-tiap malam kitaorang eh ke aku sorang je kena baca sifir, baca apa-apa artikel BM depan ayah. Masa tu tertanya-tanya Why?? Aku penat siang dah belajar malam kena belajar lagi. Ayah pulak garang sangat. Seremmmm oooo bila dengar suara saprono ayah.... Igauan ngeri nak hadapi malam hari. Berharap sangat setiap hari, malam cepat-cepat berlalu dan menjelma pagi yang indah tanpa penghujungnya. Gitu!... Nampak bahasa melayu akak yang bomb... Nampak akak jadi apa sekarang. Pembantu akauntan. Hasil ajaran arwah ayah tu. (^.^)

Itu cerita masa sekolah rendah... Naik form two baru aku rasa sedikit bertuah ada ayah yang nak ajar aku Bahasa Melayu tiap-tiap malam. Sedikit je rasa bertuahnya... Masih belum ada kesedaran sepenuhnya. Aku ada sorang kawan sekelas ni. Dah tingkatan dua pun masih tergagap-gagap membaca. Time subjek bm je mesti paling tidak satu paragraph cikgu suruh dia baca. Sikit punya lama la nak tunggu dia habiskan bacaan tu. Side kitorang boring tunggu dia selesai baca, side dia.... mesti malu kan...

Sejujurnya sekarang aku dah ada kesedaran tentang pentingnya kita mengajar anak kita. Tak boleh nak harapkan cikgu seratus peratus. Tapi kalau korang ingat boleh nak hantar pergi tuisyen, tuisyen lah.. Aku tak pernah amik tuisyen kat luar dulu. Hanya tuisyen yang sekolah buat jer. Itu pun memula aku tolak sebab tak mampu. Masa tu cikgu suruh bayar RM 20.00 sebulan. Aku ngan kakak aku dah RM40.00. Nak mintak duit kat mak ayah aku kesian... Faham faktor kewangan mak ayah tak berapa mengizinkan. Nak guna duit belanja asrama sebulan yang mak bagi tu berapa lah yang tinggal kalau ditolak makan pagi, tambang bas dari empat puluh ringgit tu nanti tinggal berapa. Sedih pulak bila dikenangkan zaman duduk asrama dulu.... :-( Nasib baik ada cikgu yang murah hati bagi diskaun 50% kat kami adik beradik. 

Eh sudahlah cerita sedih tu, menyimpang sungguh dari tajuk asal. Mari tengok pembelajaran sofea bagaimana. Jom layan gambar yang aku tangkap...

 Tulisan sofea. 
Kalau tak ada rancangan cartoon yang dia suka memang dia suka menulis. Senget benget, besar pulak tu. Sekali tu makan space. Masih tak reti tulis dalam garisan.

 Jangan ditanya macam mana pintu bilik tu boleh pecah. Orang dalam rumah ni semua ganas-ganas belaka..



Ha inilah yang dikatakan pembelajaran dan pemantauan dari ibu bapa. Hasil ajaran aku sofea dah reti tulis dalam garisan. Atas tu tulisan aku bawah sofea... Sekali ajar jer...

Kat sekolah dah bulan 5 masih belajar 1 2 3,... 10. Ha.. tugas ibu bapalah ajar sampai nombor 20. 
Syabas... Selamat hari guru in advance cikgu azi....

Sofea bangga with her homework...

12 May 2014

Perasaan nak buat buku pink anak ke-3

Ini baru perasaan nak buat ye. Belum lagi perasaan lepas dah buat buku, dah buat check up. Tapi debor nye ya allah umpama nak bersalin dah. Hujung bulan ni kandungan dah nak masuk lima bulan. Sengaja buat lambat kali ni sebab tak larat betul nak mengulang ke klinik dengan parking yang super tenat kat kompleks D ni.

Hari ni mesti ramai yang amik cuti direct empat hari kan. Aku sampai opis kul lapan suku pun masih dapat petak. That why nak first check up hari ni. Dah tiga tahun tak jejak klinik ibu dan anak. Malas sangat ok. Last jejak sebelum hakeem lahir. Pastu bila hakeem lahir check up kat swasta. Ikutkan aku nak jugak check up kat swasta tapi mengenangkan kisah KPMC, baiklah berhati-hati. Jangan harap pisang boleh berbuah dua kali.

Malam tadi kan aku sampai mimpi-mimpi berada kat klinik desa tu. Termimpi mimpi daripada kena amik air kencing, ambik darah sampai kena masuk bilik jumpa nurse. Seminggu sebelum tu hidup memang tak tenang. Asyik fikir pasal check up jer. Bila fikirkan macam vodo jer.. Check up je pun. Nak kena mimpi-mimpi bagai.

Aku memang cam tu. Macam-macam fikir. Parking kat klinik tu sikit sangat pun risau. Kalau boleh aku tak nak block kete orang. Padahal kalau block pun apa salah, orang nak keluar kita alihkan je lah. Bukan kita pi mana pun kan. Dalam klinik tu jer. Parking kat opis tak ada pun risau jugak. Nak kena berulang alik dua tiga kali sebulan, ke dua tiga kali seminggu sebab kencing manis pun rungsing. Tapi makan manis tak beringat. kihkih kih. Semua nak risau. Bila risau mulalah nak marah-marah. Yang jadi mangsa mr. mama...kehkehkeh...

Ni anak dah masuk tiga dah. Malam tadi sebelum tido sembang dengan mr. mama " pa ini last la ye.." "takutlah nak beranak" "malaslah nak pergi check up" " Pastu mr. mama jawab "Ok yang ni last, papa pun sian ngan baby baru tiga bulan dah kena tinggal ngan pengasuh". Aku... Erkkkk... Kesian ngan baby? Bukan dengan mamanya? Sabo je lah...

Pagi tadi sebelum pi klinik hantar sofea kat rumah ustazah pastu ajak hakeem teman. Hakeem tak nak tapi ku paksa jugak. Orang lain hari pertama laki temankan, kita anak pun jadilah. Buat hilangkan bosan dua jam menunggu tu. Pukul 7.20 klinik bukak. Dapat no. 6. Tunggu 5 minit bagitau nurse nak bukak buku pink.

Nurse : Berapa bulan? 
Aku : Empat bulan
Nurse : Ada appointment?
Aku : Tak ada..
Nurse : Kalau nak bukak buku kena ada appointment. Hari ni ramai pesakit yang nak bukak buku saya kena handle. 
Aku : (Diam)
Nurse : Hari ni tiga orang nak bukak buku.
Aku : (3 ramai ker) *Plus pesakit ulangan ramai la kan...
Nurse : Dah buat scan
Aku : Dah, nak ker?
Nurse : Eh tak payah. Nanti datang 20/5 bawak buku lama dengan scan tu sekali.
Aku : Pukul berapa? Kena amik nombor ker?
Nurse : Pukul sembilan. Kena amik pastu bagitau nurse nak bukak buku... Ada masalah tak mengandung dulu?
Aku : Ada kencing manis.
Nurse : Lepas mengandung
Aku : Tak ada (a.k.a tak pasti sebenarnya hihihi)

Nampak na kenaifan aku. Nak amik nombor ke tidak pun nak tanya... hihihi... Nasib baik hari ni hari jururawat kan. Nurse pun nampak baik je layan aku. Lagi pun orang tak ramai lagi. Kalau aku ucap selamat hari jururawat tadi mau ke dia kasi aku terus check up eh. Dah tiga tahun tak datang misi masih orang yang sama...

07 May 2014

Cara & cabaran free pampers hakeem -

Bila anak dah tiga tahun ni mesti dalam hati semua mak mak risau kalau anak masih lagi berpampers. Me also. Hakeem ni lain sikit. Bukan kata masih berpampers. Suruh kencing pun dia tak tahu apa itu kencing. Acaner nak bagi tak pakai pampers.

Sebagai ibu i ok ok saja. Anak tak nak berenti bf aku tak paksa. Anak tak nak kencing kat tandas kita pakai kan je pampers. I is ok... Malas nak paksa-paksa anak dengan lebih tepat aku yang MALAS... hahaha... Pernah suruh hakeem tak pakai pampers. Memang dia suka tapi sehari kena tukar 4/5 helai seluar. Rentikanlah...

Ikutkan hakeem mula berjinak tak pakai pampers masa mr. mama jaga lagi. Dalam dua tahun setengah lebih macam tu. Tak tahu sebab apa mr. mama tak pakaikan. Penjimatan mungkin. Tapi itulah bagi je free pampers tapi kencing dalam bilik air tak diajar pulak. :-( Tiap hari balik kerja mesti kena mop satu rumah. tksk...

Cuma sehari lepas hakeem 3tahun, baru aku betul-betul ajar tak pakai pamper. Itupun lepas mandi dia duk berzikir "mama akeem nak pakai seluar panjang jer, akeem tak nak pampers". Duk ulang ayat tu je bila lepas mandi. Tak sempat kita nak suruh lap ke apa dia dah cakap dulu.


Coz hakeem tak tahu apa itu kencing, cara aku ajar hakeem nak kencing diri sendiri ialah "kami anak beranak kena kencing secara berjemaah". Kalau nak suruh hakeem kencing, pia ngan aku kena kencing sekali. Eeeww buruk benar rupanya. But menjadi tau uolls... Aku pun tak tahu mana mana boleh dapat idea ni... hihihi... Try and error....

Macam biasa hari pertama semuanya berjalan lancar. Selang sejam or satu setengah jam aku ajak hakeem pi bilik air. Sebab hakeem bangsa yang susah nak  masuk bilik air. Jadi kita kena sogok sogok sikitla. "Kalau hakeem kencing nanti mama beli air kotak". "Hakeem pia jom kencing, mama pun tak tahan nak kencing ni". "Hakeem jom kencing sikit lagi kita nak naik car pergi jalan". Gitu laa...

Hari kedua macam worst dari hari pertama sebab hakeem kuat pulak minum susu hari tu. Jadi selang 15/30 min asyik nak ke bilik air. Kadang-kadang tak sempat pi tandas dah terkucil. Tension mak.. Hampir hampir nak pakai kan pampers balik. Nasib anak tu memang dah tak nak pakai langsung. Tu yang mampu bertahan...

Masuk hari ketiga dan seterusnya nampaknya dah ok. Dah ada rasa bila nak kencing. Dah boleh tinggalkan pi bilik air sendiri. Reti dah nak basuh kencing sendiri. Cepat kan.. Iyelah dah tiga tahun dah... Ada jugak terkucil sekali dua. Adatla..

Kena a lots of practice. Kekangan masa. Masa sofea dulu aku ctg. Kena rajin bawak pi bilik air. Kena rajin tanya nak kencing ke nak kencing ker. Oh ya ini aku baru step buang air kecil. Belum ajar lagi bab buang air besar tau. Bab buang air besar memang tak pas lagi. Sokmo creet dalam seluar. #urut dada.

Malam pun pakai lagi pampers. Kat taska masih pakai jugak. Hakeem pun faham dia belum pandai sepenuhnya jadi dia tak mintakla tak nak pakai pampers kat taska. Free pampers cuma masa hari aku cuti. Start dia bangun pagi terus bukak pampers tu. Sampai dia tido malam baru pakaikan balik pampers. Slow slow la kan. As aku cakap tadi i mama yang ok ok aje. Tak memaksa... Take your time hakem..



06 May 2014

My Passion - Jeans Beg

Walaupun dah slow menjahit beg jeans ni tapi aku masih lagi amik certain certain order selagi termampu. Kalau ada sesiapa yang berkenan nak order beg jeans boleh email edyeda@gmail.com ye. 

Yang kat bawah ni kalau berminat bagitau eh. Ni yang ready made. Nak tengok ready made yang lain boleh klik SINI

Tote Beg 
Saiz : 14" width X 11.5" height X 4.5"
Price : RM 28.00

Bahagian dalam ada dua compartment. Lupa pulak nak snap...



Sling beg
Saiz : 13" width X 15" height 
Price : RM 25.00


Sling beg ni kalau nak bawak pi kuliah sesuai sangat sebab panjang keatas. Muat nak letak kertas a4, buku-buku segala bagai. Dalam ada poket. Luar kat depan pun ada poket nak letak hp, pencil/pen pun boleh. Tali tak leh adjust.

05 May 2014

Ke Hytex Warehouse Sales

Sabtu lepas kitaorang pi hytex warehouse sales kat Bukit Tinggi Klang. Kebetulan mak ngah nak tempah baju ngan ahsoo. Bagus satu jalan. Harapkan mr. mama asyik keje sekarang, ahad pun kerja...

 Harga serendah RM 3.00 Aku banyak amik yang bergantung nyer. Mahal sikitlah rege. Harga antara RM 15.00 ke RM 25.00. Yang longgok-longgok banyak yang dah kusam. Pastu banyak untuk gegirl dan saiz kecik-kecik.

 Pia merengek-rengek nak kasut tu. 


Kecik sangat. Untuk infant. Kali ni kids punya tak ada. 

 Kalau korang nak beli benda-benda macam ni kena tengok tarih luput. Memang mana-mana hytex warehouse sales diorang jual banyak yang dah expired. Masa aku tanya pasal tarikh  luput tu, cashier bagitau shampoo tu buat cuci tangan bolehlah. What for? Makngah beli jugak wipes tisu buat lap dapur gas dia. 

Boy tak banyak pilihan. Dapat beli hakeem baju ngan seluar selai. 

 Even dah try kat sana baru sedar seluar ni kecik tang pinggang. Dia punya tali adjustment tu dah yang paling hujung rupanya. Tak perasan masa try tadi. RM 22.00.

 Suka sangat tengok pia pakai baju ni even singkat. Aku kalau material jeans je memang adore. Nak pakaikan dengan lengging nanti.

 Nampak tak poket bergantung tu unikkan. Buat kutip duit raya. hahaha... RM 20.00

Actually kalau korang nak tahu seluar ni aku amik kat bahagian gantung tu tulis RM 20.00. Pastu aku belek-belek kat bahagian longgok jumpa tag RM 12.00. Terus cepat-cepat masuk dalam bakul. Satu ni je yang tag dia RM12.00. Lain semua RM20.00. Rezeki....  Seluar macam ni je pun harga asal RM 59.00....

Pia jarang ada seluar camni. Sebab selalu pakai macam tak kena je tang celah kangkang tu. Tapi kali ni nampak ok. Nanti kalau dah senteng aku ingat nak potong buat seluar steng bubuh reben kat kaki. Macam blog blog orang putih selalu buat tu...


Hasil rembatan keseluruhan. Tak payah sangat choice. Serendah RM3.00  tu seluar dalam tau. Botol susu tu RM11.00 dua. Baju t-shirt hijau tu untuk hakeem. Suka corak belakang dia. Ikutkan depan dia biasa-biasa aje. RM8.00. 

Ada jual stroller jugak. Lupa amik gambar. Yang buggy aku tengok RM 90 ke RM 120.00. Paling mahal RM 160.00. Ok jugak. Tapi itu semua tak berkeperluan sekarang. T-shirt harga antara RM 5 - RM 8. 

Aku kesini niat sebenar nak cari seluar panjang coz hakeem suka pakai seluar panjang sekarang. Tapi tak ada. Baju tido one suit pun mahal dah. RM 16 -RM 18.00. Baju kuning tu for baby dalam perut ni. Kebetulan satu ni je yang lawa and murah. RM 4.00 selai. Tetap tak leh lawan Pureen warehouse sales kan.....

Ini hytex warehouse sales yang ketiga aku pergi. Pertama pergi kat kepong. Kedua kat shah alam. Eh ke shah alam dulu. Tak ingat. hihihi... Semua tempat yang berbeza. Bagi aku yang paling best kat kepong. Banyak pilihan. Baju pun lawa-lawa.