14 October 2014
Kos bersalin di hospital kerajaan
Kali ni sbb keluar dah nk lewat petang, dh tak sabar empat hari duk dlm hospital tu yg ngikut ke kaunter. Baru nampak bil hospital ni.. Tambah sikit lg amaun boleh bersalin kt swasta dah...
Masa bersalin hakeem hari tu aku kan memula nk bersalin swasta. Survey bersalin kt kpmc dalam 1200 - 1400 klu normal. 3 tahun lepasla.. Sekarang tak tahula kalau dh naik.
Sapa2 nk bersalin tu prepare2 la duit yer. Yg ni aku duduk kelas ketiga. 6 orang satu wad. Duduk selama empat hari. Bersalin normal. Caeser harga lain tau. Nasib aku keje gomen so tak yah kena bayar. Swasta boleh claim kat majikan kan? Cuma ada terkilan sikit semalam kena duduk kat bilik transit. Aircond kipas xdak. Plug pun xde. Susah blogger ni nk update blog tau... hi3...
Disebalik nama Airis Sofea
Kemudian sibuk nk balik kg dn brulang klinik sbb kuning. Hari ke-12 baru dpt buat surat beranak. Itu pn sbb esoknya hari jumaat jpn kelantan cuti. Klu tak maunya hari ke-14 hari last sebelum kena denda tu baru nak buat.
Kitaorang sepakat pilih nama AIRIS SOFEA. hihi actually aku yg pilih nama Airis. Suka nama Airis sebab maksudnya sejenis bunga. Kan anak i perempuan. Sebelum dpt nama Airis aku selalu terpanggil Airis tu Hakeem. Dan selalu teranggap Airis ni lelaki. Sebab aku idam anak lelaki masa ngandung. so dengan nama Airis mmg sah Airis bunga hati kitaorang. Acewah...
Ni perbualan antara mek ngn pia...
Mek : siapa nama adik bby?
Pia : Nama sama jer...
Mek : Kenapa dlm byk2 nama, mama nk letak nama sama ngan pia?
Pia : Entahnya...
Act. nama Aizara tu kitaorang amik sempena nama klinik Ani Aizara. Dengan harapan mana tahu suatu hari pia jadi doktor ke kan. Airis pulak masa kuning hari dah nk kena msuk nicu. Tapi kitaorang merayu mintak tak nak masuk. Sorang doktor lelaki ni ckp sy dulu pn masa kecik pun kena masuk nicu sbb kuning. Mana tau nnti dh besar bby awak jd doktor macam saya.. Mudah mudahan... Amin...
09 October 2014
Barang ibu dan baby yang perlu di bawa ketika nak bersalin
Masih lagi cerita bersalin bersalin dan bersalin.. ha3.. muak dah yer...
Apa nk buat kengkadang ramai yg tak tahu apa barang yg nak di isi dalam beg bila nk bersalin. Like me .. tertangguh tangguh ngisi barang dalam beg sebab rasa semua kena bawak. Sudahnya misi cakap beratnya beg awak isi batu ker? kihkihkih...
Ada ke aku bawak baju persalinan sampai tiga helai belum masuk kain batik, barut, bedung berlai lai. oi selai jr cukup baju kita tu tuk keluar spital nnti. Dalam spital dari mula sampai terus dibagi pakai baju spital lor... Ishhh.. kata jer anak dah tiga...
Eh prosedur hospital ni berbeza beza la aku tgk tiga tahun lepas mcm lain. Kalau kt negeri lagi lain. Nak kuar wad dulu pn check out ada kaunter khas sekarang dah lain. Pemodenan namanya.. (^.^)
Ok ni aku nk share barang apa yg betul betul korang perlu bawak klu nk bersalin. Yg ni aku duk hospital serdang. Hospital lain mybe lain skit but asasnya inilah yg kita kena bawak. Xyahla nk bwak beg besar besar buat susah jer bg aku. Satu beg cukup untuk baby dan ibu. Ada tu aku tgk bawak beg plastik besar jer..
1. Baju dan kain batik.
Bawak selai jer ye. Tuk kuar spital nnti. Dalam wad nnti tiap hari boleh tukar baju spital tu. Ada bilik utiliti yg sediakan baju bersih. Ambik jer...
2. Baju baby
Dulu masa hakem lps bersalin diorg mintak bju dari kita. Tp la ni diorg pkaikn bju spital. So lepas salin klu xsempat nk bawak beg kita pn actually no hal... Pastu klu kita salin normal esok boleh balik. Bawak selai baju baby pn dh cukup. Klu kena thn sebab kuning lagila xyah pakai bju kn... Klu bersalin caeser bawakla 3/4 lai. Kat spital serdang ni diorg tak mandikn bby pn tau. Inisiatif kitala lap sendiri. Diorg cuma tlg cuci tali pusat waktu pagi jer.
3. Bedung
Bawak selai je cukup. Bedung pun diorg sediakan. Boleh tukar setiap hari. Amik je kt bilik utiliti. Bilik utiliti dekat je dr wad. Setiap wad ada bilik utiliti sendiri.
4. Barut
Masa pia n akeem aku barutkn sejak dari dlm wad. Tapi yg ketiga ni xbarut pn dlm wad. Sebab kuning kena pakai pampers jer. So bawak dua lai cukup bgi yg salin normal. Caeser bawak lebih sikit sbb duk lama skit kt wad kn. Klu malas nk barutkn kt spital xyah pn xper. Huhu...
5. Mandian bayi
Batu yg misi cakap tu act. mandian bby tu aku bawak. Berat amat .. better xyh bawak ler. Bukan guna. Dah xmandi bby nk guna apanya kan. Tapi minyak telon bawakla sebab nk guna tuk barutkn bby. Aku guna minyak bayini mestika. Dulu guna minyak yuyi tp sejak kata ada dna babi tu xberani nk guna dah. Bawak jugak lada hitam@lada bena. Aku xbawak pn. Hari tu aku kena duk bilik transit sbb wad penuh. Mlm tu ada sorg bby mcm meracau sbb katanya bilik tu keras. Waulahua'lam...
6. Underwear dan barang mandi ibu
Actually kn lps bersalin korang bkn pakai bra pn. Hehehe... Misi pn kata xpyh. Senang nk menyusu ank nnti. Berus gigi ubat gigi pencuci muka semua tu bawakla sesuai dgn keperluan.
7. Pad dan pampers.
Dua ni terpaling penting tuk dibawa yer. Xde ni habis ler... Nak nak anak aku mmg jenis budak berberak sokmo... Dalam wad hari tu 10pampers sehari selamba je habis.. parah dik oi...
8. Stokin dan sweater
Untuk elak masuk angin, sejuk. Mil punya pntg xpakai stokin pn xpe kata dia.
Ini jelah yg aku teringat Yg lain lain tu kalau uolls rasa perlu dan nk guna bolehla bawak. Aku hari tu bawak beg mcm nk pergi bercuti. Nasibla duduk lama jugak 4hari...
06 October 2014
Pengalaman bersalin anak ketiga
Hari ni aku nk share pengalaman bersalin anak ketiga. Buat pengetahuan semua pengalaman bersalin setiap anak mmg berbeza beza. Semua orang pun rasanya begitu. Jangan expect anak pertama pecah air ketuban anak kedua pun cam tu...
Cuma satu yg aku boleh kata sama iaitu pasal jangka masa kesakitan. Rasanya sama antara ketiga tiga anak. Tak lama... Dari cerita kawan kawan pun ramai yang kata jangka masa sakit bersalin antara anak anak diorang semua pun lebih kurang. Kalau lama sakit anak pertama begitu juga anak kedua ketiga. Dan sebaliknya... waulahua'lam...
Actually kalau nak tahu due date aku 11/10. Ahad pagi 28/9 pukul 2 am aku bgn pagi sebab nk siapkan satu tempahan beg. Dah janji dgn customer nk pos hari isnin sblm bersalin. Aku jangka dan harap bersalin dalam 1 oct keatas. Sempatla pagi potong lengan baju my sister. Jahit beg customer tak siap tang tali jer...
Dalam tengah jahit tu dua tiga kali jugak gi tandas sbb asyik nk terkencing. Perut pulak asyik senak senak but aku ignore jer sbb mmg biasa dah rasa camtu diakhir ptegnancy. Last dlm pukul 4 terkeluar darah. Ini first time aku lalui kes keluar darah. Masa pia aku kena thn wad sbb dah smpi due. Masa akeem pecah air ketuban. Ingt yg ketiga ni pun akn pecah air ketuban. Mmg aku tak nak klu boleh keluar darah sbb ramai kata keluar darah sakit. Oh bagi yg tak tahu darah yg keluar tu mcm darah period. Ada ketulan hitam lagi mmh buat aku takut.
Cepat cepat call my sister suruh hntr ke hospital serdang sbb mr. mama tak ada outstation. Sampai wad bersalin terus pi register dan check bukaan. Semua urus sendiri. Tengok mommy to be yg lain dtg ditemani husband memasing sedih rasa. My sister tunggu kt kereta sbb anak anak tido.
Masuk bilik pemerhatian doktor kata bukaan dah 3 cm. Yg check doktor pelatih. Kemudian diorang cucuk jarum kt tgn dan suruh tunggu kt sofa sbb nk bgi masuk wad katil penuh. Pukul 8 pagi doktor check sekali lg untuk pastikan betul ke bukaan dah 3 cm. Klu 1/2 cm doktor nk suruh balik dulu. No point tunggu sbb awal lg kata doktor. Bila check2 mmg bukaan still 3cm sbb dh keluar darah n lendir so tak leh blik. Masa check tu sempat aku sempat bgtau kt doktor dulu anak kedua bukaan 3cm seminggu pastu baru bersalin. Dengan harapan bolehla balik kan. Not ready yet...
Dah confirm doktor tolong bukakan jln bgi cepat. Dalam pukul 9am aku mula rasa sakit perut 5min sekali. Masa ni sakit ni biasa2 jer, boleh tahan. Doktor bgtau akan check bukaan balik dalam pukul 11.30am. Dalam pukul 10 tu sakit lima minit sekali mkin kuat. Rasa mcm ada benda sekat kt bawah tu...Nk jln pn dh tak berapa nk boleh.
Aku tnyala kt penunggu2 yg nk bersalin kt situ patut ke bgtau kt doktor. Semua suggest tunggu waktu 11.30 nnti. Mybe time tu bukaan dh 6/7cm. Sakit keluar darah ni selalu main2. Ntah2 mlm karang baru bersalin...
Sbb aku dah xleh nk thn, rasa mcm nk bersalin dh. Aku pi bilik air then tengok darah keluar balik. Keluar dari bilik air terus berpaut kt sorang misi ni sbb dh xleh nk jln.
Kemudian doktor check dh 9cm. Terus bergegas masuk labour room. Tepat pukul 10.52cm aku selamat lahirkn bby girl.
Nak tahu sepanjang tempoh aku sakit lebih kurang sejam tu mmg aku tak duduk lgsg. Aku sentiasa jalan. Bukan sbb nk jln sgt tau tp sbb berjalan lg mengurangkn kesakitan dari duduk. Compare masa brsalinkn hakeem mmg diorg kasi katil dan psg ctg jd tak dapat nk jln. Tp sakitnya ya amat... Lagi satu ada patient yg sama kes dgn aku hari tu, masuk sama sama check sama sama tp aku tgk mmg dia duduk jer lgsg xjln brsalin pukul satu tghari. Kesimpulan aku boleh kata berjalan mempercepatkn proses bersalin aku.
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...