Showing posts with label airis. Show all posts
Showing posts with label airis. Show all posts

15 October 2015

Airis dah boleh jalan

Yeayy finally. Penat mak tunggu. Dari tujuh bulan hari tu. Duklah meniti. Jalannya tak tak juga-juga. Ikutkan airis yang paling lambat jalan dibandingkan dengan abang dan kakak dia. 

Sofea juara. 10 bulan dah boleh. Hakeem setahun dah slow slow. Means sebelas bulan lebih dah mula belajar jalan. Airis setahun seminggu baru nak bermula. Itu pun aku pulun ajar guna stroller. Suruh dia tolak stroller tu bagi bergerak dan dia ikutlah stroller tu kemana. Ntah sebab tu ke bukan tapi nampaknya berhasil. Seminggu selepas tu baru macam airis sedar akan kewujudan kaki dia. 

Video airis jalan. 

Aku sekarang dah start bagi airis dengar cd bacalah anakku. Kaedah phonic tu. Airis suka sangat belajar. Anak ketiga ni baru ada macam sikit kesedaran nak ajar dari awal. Dulu masa hakeem langsung non ada. Kuat na berkelek si hakeem tu. 

10 September 2015

Jangkitan kuman & Cuti separuh gaji

Dua minggu lepas airis kena warded sekali lagi kat hospital putrajaya. Macam sebelum ni kes jangkitan kuman dalam paru paru dan ada virus influenza A. Bukan influenza A H1N1 tu tau. Kalau yang itu tak senang duduk aku. Panas bontot .. Ini masih boleh lek lek lagi. Menikmati hidup di hospital. Makan minum ditanggung. Kihkih. But still worried. Sapa tak risau oiii... Anak asal malam suhu 39 tak pun 40 darjah. Panas giler time nak menyusu.


Doktor masukkan air, pakai oksigen, amik nab dan antibiotik. First time melalui semua pengalaman ni. Susah betul nak nabkan airis sampai kena bedung. Setiap 4 jam kena nab pastu dah ok sikit continue 6 jam pulak. Lega. Tak sanggup tengok tiap kali nab melalak meronta ronta. Gambar nap tak de. Tak de sapa nak tolong amikkan. Tak kan time aku nak bersilat sambil nak selfie kot. 


3 hari pertama dapat duk bilik selesa. Dua orang satu bilik. Pastu kena tukar bilik empat tapi katil ada enam. Sebab tak cukup tempat patient ramai sangat. Sempit. Terus rasa nak balik....

Nowdays macam normal pulak budak budak dapat jangkitan kuman ni. Korang pi lah wad kanak kanak tu, boleh tanya hampir separuh sakitnya sebab jangkitan kuman. Dunia sekarang dah tak selamat.


Sebabkan laki tak dapat datang, rumah pun jauh, semua makanan pagi tghari, minum petang, mkn mlm semua aku belasah habis. Tak sedap belakang citer. Janji perut kenyang. Duk spital manjang lapo. Nak turun cari makanan, tak leh. Badan airis penuh wayar.

Lima hari duk wad doktor bagi keluar walaupun belum baik demam sepenuhnya. Lepas keluar dari wad, esoknya terus pi opis buat surat mohon cuti separuh gaji. Sebelum ni cuti tanpa gaji, sekarang ada peluang cuti separuh gaji kita mohon jelah. Aku tak nak nanti menyesal kalau jadi apa apa kat airis. At least dah buat apa yang termampu walaupun ada yang kata tak yah cuti pun tak apa. Kang jadi apa apa kat anak aku depa boleh kata apa "sabar lah naaa".....

Setakat ni cuti separuh gaji selama 14 hari dah diluluskan. Aku mohon cuti dua bulan lebih. Yang lebihnya kena mohon kat treasury. Harap harap lulus.....

03 August 2015

Airis, gigi dan kehidupan 10 bulan

Dah lama rasa tak cerita pasal airis. Sejak aku keje rutin harian hantar dia kat rumah ustazah seawalul 6.50 pagi. Balik amik dalam kul lima suku. Bulan ni berubah sikit sebab aku masuk wp2. Amik kul 5.45ptg lah jawabnya. Makin lambat. Kesian airis...

So far airis ok. Sikit sikit punya hal kita kasi pejam mata jr. Bukan senang nak cari orang yang boleh tolerate dengan jadual kita. Pepagi bibik akan sambut airis, kadang dia nangis kadang tak. Hari tu tayar pancit betul betul masa hantar airis, mintak tolong adik ustazah tukarkan tayar, aku tengok airis ok je memain lego dengan bibik. Pia panggil bibik 'orang tua'. Hakeem pulak pepagi kalau bibik lambat amik airis dia akan jerit 'bikkkkk janganlah menyorok'. Macam macam ragam ko nak. Mama pepagi asyik jadi hulk hogan tak larat melayan kerenah korang.



Seawal lima pagi aku dah bangun bersilat kat dapur masak makanan airis. Kalau sempat masak sarapan sekali kalau tak beli je. Budak ni asyik kejap kejap nak nenen. Petang sampai rumah terkejar kejar pulak nak masak untuk makan malam. Airis jenis yang asyik nak menempel je kat kita. Tak nak duduk bawah langsung. Cuma bebaru ni masa aku masak dia dah ok main sorang sorang kat rak pinggan mangkuk ni. Lantak bersepah situ janji aku dapat masak. Setakat ni baru satu mangkuk kecik pecah. What to do... Bahagian bawah tu dia suka main yang plastik2 ngan besi. Paling dia suka kole besi sebab boleh bunyik kuat kalau ketuk. Bingit tahu tak?



Kamis malam aku perasan airis dah tumbuh gigi. Suka okeh. Senanglah pas ni masak xyah nak blend blend. Selama ni aku tahankan je geli tengok makanan baby yang lembik lembik tu. Cannot go. Tapi nak buat camna, kang kat taska di bagi makanan ntah apa2 kang. Setiap bagi wajib masak bubur untuk dia. Dah ada gigi bolehlah pelbagaikan menu. Gigih sabtu hari tu nak snap gigi airis. Punya payah. Dia tahu kita nak snap dia larikan muka. Pastu ngekek gelak kan aku. Pandai eh.

Setelah cubaan hampir sepuluh kali akhirnya berjaya. Haishh rindu pulak kat budak ni. Apalah dia buat kat taska tu.....

13 July 2015

Airis di taska

Nampak nau banyak masa duduk kat kastam ni ye. Boleh edit edit blog lagi. Pastu sakit kepala aku bermain dengan code html. Lama dah tak dapat pegang pc. Sekali dapat kerja pun tak dak lagi moh ler buat perubahan sikit. Bohsan dah aku dengan kaler merah. Berpinar mata aku nengok.

Actually aku nak tukar terus template tu pakai yang basic template yang blogger sediakan tapi xreti pulak nak pasang balik iklan nuffnang yang kat in between entry. Berbeza pulak code htmlnya. Xdapat aku nak cari so boleh tukar macam ni je la. Ubah ubah kaler sikit pastu buang buang border ngan tukar font je lah. Aku bukan reti sangat pong. Nak upah orang mahal. Gaji pun belum dapat...

Pasal airis kat taska, panjang pulak mukadimah atas nu. Aku start hantar airis kat taska seminggu sebelum kerja. Sempat hantar selama tiga hari je. Isnin sampai rabu. Lepas tu airis terus jatuh sakit balik. Kena jangkitan semula. Nasib baik tak warded. Kalau tak memang tak naik kerja lagilah jawabnya. Dalam pada sakit sakit tu one day before masuk keje sempat lagi iolls merayau ke sogo bawak airis. Dasar!

Selama tiga hari kat taska so far so good. Aku hantar half day sampai pukul dua. Dapatlah tiga hari tu aku menjahit siang hari. 

Gambar ustazah wasap. Ustazah kata airis sekejap sekejap main sekejap nangis. Sama lah macam kat rumah. Tak boleh tak ada orang kat depan mata. Dia nak kita duduk jr tengok apa dia buat. Angkat bontot sikit mula ek sana ek sini.

Dalam pukul dua belas lebih ustazah wasap kata airis dah tido kalau aku datang nak amik airis tengah tido jangan amik. Sebab nak setting time tido dia bagi sama dengan budak budak lain. Tapi aku tak baca wasap tu terus masa nak hantar sofea n akeem kat tadika amik airis dulu. Selamat hari pertama airis ditaska.




Ini lepas balik taska. Kemain ligat dia main sorang sorang. Ceria je. Mama ingat dah pass la duk taska. Tak sangka hari keempat bangun pagi tengok banyak taik mata. Actually hari sebelum tu mata airis mmg dah sembab. So hari keempat tu x jadi hantar airis kat taska. Hari kelima (jumaat) tu airis demam sampai hari isnin pagi aku bawak pergi klinik kesihatan lepas check up 9 bulan kat klinik desa. Aku pergi berempat. Laki keje. Terasa supermom sangat. Kih3.

Doktor kata ada jangkitan. Kali ni darah naik 21. Normal kita manusia sepatutnya 9. Kena refer kat hospital putrajaya. Doktor putrajaya kata since dia tengok airis aktif so tak payah masuk wad.

Hari rabu first day keje gamble je aku hantar airis full day. Alhamdulillah sampai ke hari ni dah lapan hari kat taska nampak ok. Hantar pagi pagi kat rumah ustazah dengan abang kakak dia bibik akan sambut airis. Off courselah menangis gitu gitu. Balik aku ambik tak nampak pulak mata bengkak ke merah macam mata sofea dan akeem kat taska kdn dulu. Cuma pengasuh kata airis tak mo minum susu. Jadinya sepanjang 10 jam ditaska dari pukul 7 sampai 5 petang airis hanya minum air masak dengan makan bubur yang aku bekalkan. Amik dari taska masuk je dalam kereta memang diterkamnya nenen aku. 

Tak per ke tak minum susu 10 jam lamanya?

Until next.

10 March 2015

Story check up airis 5 bulan

Rabu lepas pi klinik check up airis 5 bulan. Pergi berdua jer. Malam sebelum tu pia ngan hakeem tido lambat jd diorang tak bangun lagi, kebetulan pagi tu airis bangun awal sebab eyak. Mandi mandi laju start enjin kereta tinggalkan diorang berdua ngan mr. mama sekejap. Senang pi berdua. Duk klinik tu bukan sekejap. Kang mama nak air kotak, mama lapar, mama nak balik... #pitam.

Tak sabar tau nak checkup airis sebenarnya. Sebab byk hal nak tnya kat misi. Walau pun anak dah tiga tp byk benda yang masih tak tahu. Yang dah lupa pun ye. Airis ni dah hampir sebulan batuk tak renti renti. Asal malam je mesti membatuk. Pernah sekali dua tu batuk sampai termuntah susu. So risau. Misi kata mybe sebab sejuk kalau bukan sebab habuk. Kitaorang tak pakai aircond. Kipas dah bersih tapi still batuk. Maybe sejuk kata misi. Aku syak pun yer. Sebab bila selimutkan airis mesti nak bangun menyusu lagi tengok selimut dah ntah kemana. Ganas mek ni tido. Lagi satu kalau mandi misi kata kena mandi badan dulu baru kepala. Pas mandi kena cepat cepat keringkan rambut katanya. Takut baby sejuk. Boleh jadi penyebab selsema. Eh ini batuk... Susah susah bawak je lah pi klinik. Haha bukan sekarang saya berada di klinik ke nurse?

Update perkembangan airis @5bln:
Berat : 6.3 kg naik 300g dari sebelum.




Yang lain lain perkembangan tak yah tulislah. Berat tu yg selalu ditunggu tunggu kan. Malas pulak aku nak membelek buku pink tu. Sian airis demam pas kena cucuk. Nangis je kejenya...


Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.




12 November 2014

Bawak airis jalan

Semalam aku pi giant putra height. Tempat favorite aku ngn anak anak. Sini tak padat senang nk park. Ada playground dan uncle jack fried chicken. Byj kali dah ckp.

Al mementang semlm dh merdeka berdesup keluar jln ye. Eh bukan sesaja tau nk bwk baby jalan tau tak bagus tp sebab nk pi pos beg jeans. Pukul 9.30am dah keluar kemain awal. Ngangkut lah airis ngan hakeem. Pia sekolah.. Selamba je ngendong airis gitu, tak fikir nk bwk bby carrier or stroller. Adeh nk patah tgn dibuatnya. Bukan setakat pi pejabat pos tawaf sekali giant tu. Penuh tgn ngendong airis ngan brg brg.

Mama kena pau lori sebijik. Pas tawaf giant singgah beli set kiddos yg ada nugget kt uncle jack tu kan dapat aiskrim.. Tertelan telan ailiur tengok. Tiga ringgit plus dua posen tax. Hakeem tak nk pulak aiskrim tu sebab dah ada lori. Nk bgi siapa pulak kan. Rasa nk slurp je sekali lelehan aiskrim itu....

10 November 2014

Checkup airis sebulan

Yeay hari ni dh hari yg ke 44. Esok merdeka... :). Boleh keluar kata orang. Aku dlm pntg ni berapa kali dh kelur/drive Balik kl hari tu aku drive dr felda kechau smpi rumah. Anta amik pia pergi tadika. Takpe ke ye? Risau jugak dh tua tua nnti effect sana sini....

Hari ke 32 hari tu aku pi check up airis. Check up kt kg. Heaven tak de orang. Tak sampai sejam dh siap timbang, ukur, cucuk dan jumpa doktor. Klu kt kl jgn harap klu dtg kul 10. Merasala dua jam duk kt klinik tu...

Berat airis masa lahir 2.78kg. Jika dibndingkn dgn kakak dan abg dia semuanya 3kg+ masa lahir. Tp tak sangka lepas sebulan naik dah nk sama dengan berat pia dan akeem. Timbang hari tu naik 1.52kg. Banyakkan? Mana taknya susu untuk airis meriah. Tu yg disumbat sumbat juga puting ke mulut airis wlpn dia dah kenyang....

14 October 2014

Disebalik nama Airis Sofea

Untuk anak ketiga ni agak lambat sikit kitaorang daftarkan nama baby. Sebab satunya hari keempat baru dapat keluar hospital. Keduanya tak tahu nk letak nama apa. Ikut perancangan aku nk kekalkn nama Aizara Nur. Tapi mr mama nk letak nama Anis Aizara. Dari anak pertama lg.  Patutnya nama sofea tu Anis Aizara bukan Aizara Nur Sofea... Aku yg tak berkenan...

Kemudian sibuk nk balik kg dn brulang klinik sbb kuning. Hari ke-12 baru dpt buat surat beranak. Itu pn sbb esoknya hari jumaat jpn kelantan cuti. Klu tak maunya hari ke-14 hari last sebelum kena denda tu baru nak buat.


Kitaorang sepakat pilih nama AIRIS SOFEA. hihi actually aku yg pilih nama Airis. Suka nama Airis sebab maksudnya sejenis bunga. Kan anak i perempuan. Sebelum dpt nama Airis aku selalu terpanggil Airis tu Hakeem. Dan selalu teranggap Airis ni lelaki. Sebab aku idam anak lelaki masa ngandung. so dengan nama Airis mmg sah Airis bunga hati kitaorang. Acewah...

Ni perbualan antara mek ngn pia...

Mek : siapa nama adik bby?
Pia : Nama sama jer...
Mek : Kenapa dlm byk2 nama, mama nk letak nama sama ngan pia?
Pia : Entahnya...

Act. nama Aizara tu kitaorang amik sempena nama klinik Ani Aizara. Dengan harapan mana tahu suatu hari pia jadi doktor ke kan. Airis pulak masa kuning hari dah nk kena msuk nicu. Tapi kitaorang merayu mintak tak nak masuk. Sorang doktor lelaki ni ckp sy dulu pn masa kecik pun kena masuk nicu sbb kuning. Mana tau nnti dh besar bby awak jd doktor macam saya.. Mudah mudahan... Amin...