11 November 2014

Abang hakeem yang penyayang

Hari ni usia airis dah 45hari. Dah boleh post gambar airis dah. Walau pun tak pernah post muka airis directly dlm blog tp dalam hp ni ha berlambak tau gambar airis. Antaranya gambar airis dengan abang hakeem. hehe bukan aku rajin bahasakan diri akeem abang tp dia yg bahasakan diri dia sendiri abang depan airis. Maybe kt taska dulu dia ada jaga bby dan cikgu kt situ pggil dia abang. Klu pia dia jarang bahasakan diri dia kakak. Main ckp pia pia jer. Pia kurang tunjukkan kasih sayang dia kt airis berbanding akeem. Tp klu orang yg tak rapat pegang adik dia pun dia dh tak keruan menangis...




Hakeem ni jenis payah tido. Klu dia nk tido mesti cari 'port' dulu. Samaada tido bawah kipas, yg ni selalu sampai terkencing kencing kesejukan... tido celah celah lemari atau tido sebelah airis smbil pegang hp pun jadi... 

Memang sayang btul dia dgn adik dia ni. Klu kita geram kt bby selalu kita cium cium gomol gomol atau cubit manja pipi bby tu dia pun sama jugak camtu. Sampai kengkadang tu aku risau kot ni tersakitkn airis. Jawab dia akeem buat pelan pelan jer... Pandai pulak jawab....



2 comments:

nita said...

Sayangnya abang Hakeem kat Airis ye..comel jew tengok diorang tidur bersama..

camtulah Asyraf ngan Amsyar mula2 dulu sekarang dah kurang.. :P

Rohani Hashim said...

Haaa senang ni azi. Ada yg boleh tgkkan airis. Senang la azi nk buat keje nanti ni ;)