Salam isnin semua. . Keje ke korang. Mesti ramai yang cuti straight sampai tahun baru bagi yg sambut krismas. Ada juga yg cuti sebab balik kampung lihat sanak saudara yg alami banjirkan. Aku cuti lagi. ekeke. Pagi ni nak pi checkup airis tiga bulan. Sepatutnya hari ni aku dah kena start kembali bekerja lepas bersalin. Jumaat lepas airis genap 90 hari.
Well u no me kalau tak cuti tanpa gaji (ctg) mmg tak sah. My trademark. Aku ambil ctg dua bulan. I know ramai yang geramss kat aku but ramai jugak yg dah jangkakan. Udahlah hujung tahun nak closing akaun. Nasib ler korang . Akak tetap nak ctg. Nasib tahun ni tak ada AKB.
Aku tak sure aku akan ctg dua bulan sahaja atau akan sambung dan sambung sampai setahun dua tahun maybe. Hurmmm. Tapi kali ni macam tak leh cuti sampai dua tahun sebab rugi. Kalau ctg dua tahun dah jadi keseluruhan empat tahun aku ctg. Tahun keempat dah tak ada kenaikan gaji tahunan. Aku setakat tak naik jadi cc ok tp tak dapat kenaikan gaji tahunan rasa rugi sangat.
Kali ni aku for sure kalau aku amik cuti lelamaa diorang akan kick aku dri kdn. Sapa yang sanggup simpan orang yg asyik cuti like me kan? Hari tu pun diorang dah cuba nak poolkan aku tp nasib baik AG cakap tak cukup orang nk ganti tempat aku.
Actually aku kat kdn ni dah lebih kurang lapan tahun plus minus. Disudut hati aku yang paling dalam aku sayang ngan kdn ni tau. Ecewah ayat. . Walau pun selalu aku berchit chat ngan my sister kata kdn tak best. Tapi kalau kena keluar off course sedih itu pasti. Banyak kenangan suka duka aku di sini. Aku bermula dalam perkhidmatan awam sebagai pekerja sambilan di kdn. Nanti aku cerita pasal kehidupan seorang pekerja sambilan. Ada ke yg nk tahu? huhuhu. Yang paling tak best kat kdn ni parking payah nau. Kemek kemek keta i dibuatnya. .
2 comments:
kita nak tahu..
wah, dah tiga bulan dah si kecik.. takpe demi anak kan.. ctg pun ctglah...
Hi.. Lama dah X singgah sini.. I dtg nak tgk baby.. :)
Post a Comment