Ceritanya begini aku daftar ensurvey sebab terpikat lepas baca kat blog sorang blogger ni. Siapa tak perlulah disebutkan. Ramai je blogger yang buat entry pasal ensurvey di awal awal kemunculan laman web ni. Tujuannya tak lain tak bukan kalau kita klik link tu duit dalam akaun diorang akan bertambah. Dapat duit dari referrel kata orang. Tapi aku jahat selalu lepas klik kat link yang diorang kasi aku akan klik home web tu baru daftar. Haha.. Situ je dah tak betul padan muka kena tipu ye dak. Eh kita kaji dulu la. Mana boleh main daftar sebarang sebarang. Kaji kaji pun tetap terkena jugak. Korang yang ada promote ensurvey ni baiklah korang delete entry tu. Buat lagi ramai orang tertipu nanti. Ensurvey ni makan duit hasil keringat orang. Penat penat kita jawab survey bukan nak bayar. Denai hati kalau tak silap aku pun ada tulis pasal ensurvey ni jugak.
Aku berminat nak mendaftar dengan ensurvey ni mula mula sebab cara nak collect duit tu senang. Rajin jawab survey cepat je amaun meningkat. Biasa survey yang aku pernah buat ada yang separuh jalan baru nak bagitau yang kita tak layak nak jawab survey tu. Buang masa betul. Dah lah panjang panjang soklan. Pastu nak tebus sikit punya lama ke. Bila dah cukup point pulak boleh redeem baucer je. Hoh alloh. Sape yang tak teruja bila ensurvey tawarkan cash. Last year mmg aku duk pulun jawab soalan2 pool dari ensurvey. Satu soklan dapat 50sen. Survey yang bayar byk tu tetiba kurang lepas web tu tak leh bukak utk certain period. Apsal ntah tak leh bukak that time pastu boleh bukak semula. Agaknya masa tu ramai dah tau kot ensurvey ni menipu. Tu yang close sekejap. Aku je yang tak tahu. Huhu malang.. Aku pulun jawab masa tu dapat kumpul rm98. Sikit lagi dah nak boleh cashout. Time tu dah nak bersalin. Memang despritelah nak cash out. Tiap hari bukak laman web ensurvey dengan harapan ada soalan pool atau survey baru. Di takdirkan sampai bersalin non ada.
Baru baru ni, minggu lepas ler aku dapat email dari ensurvey kata ada survey baru. Apa lagi gigih aku jawab by phone. Dapatlah tambah empat ringgit. Lepas dah kalau nak cashout. La la tu jugak aku tekan button cashout. Takut lambat lambat diorang tak nak bayar. Macam my survey yang aku pernah entrykan sebelum ni elok elok boleh dapat baucar kfc, mcd, pizza diorang tutup operasi pulak. Eh last week aku dapat baucar kfc rm10 dari my survey yang last aku redeem sblm my survey tutup. Sikit punya lama redeem dekat setengah tahun dah baru dpt.
Setengah tahun pun tak pe atleast diorang bagikan. Bukan macam ensurvey ni. Aku cash out 11hb kul 8mlm, kul 9mlm aku dah leh detect ensurvey ni penipu.. Sebab apa aku dapat tahu ensurvey ni syarikat penipu scammer dan bla bla bla. Sebelum aku bersalin aku dah siap siap tukar semua alamat surat menyurat aku. Sebelum ni semua letak alamat opis. Akaun nuffnang, akaun mysurvey, free free sample semua dah set alamat rumah. Tapi ensurvey ni aku tak sure tukar ke tak. So aku pi tengoklah kat setting akaun ensurvey aku. Ko tahu rupanya masa sign up dulu memang ensurvey tak pernah mintak alamat. Kalau tak ada alamat macam mana nak hantar cek yang akan diproceed dlm tempoh 45hari tu. Aku pergi baca komen kat fb ensurvey rupanya ramai yang dah terkena. Sejak pertengahan 2014 lagi ramai yang mengamuk kat pages ensurvey tu. Hantar email pun diorang tak balas. I je yang tak tahu. Tak baik betul buat macam ni. Pandangan akulah memang ensurvey ni kendalikan survey client client. Diorang dapat duit dari client tapi tak nak bayar kat penjawab survey like me. Kalau tak buat apa diorang create survey tu semua. Waulahualam.
Dapat email ni lepas cash out. Ingat aku percaya. Biasa orang mesti tulis camna nak contact jika ada problem apa apa kan. Satu lagi bukti nyata ensurvey memang penipu
Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.
1 comment:
Alahaiiii kesiannya... mmg ramai sblm ni yg buat en tu dulu2... sy xjoin sbb mls nk buat survey... hihii
Post a Comment