Hai hai hai...
Rindu sangat kat blog ni. Dah lama tak update. Tak tahulah nak kata tak sempat atau tak ada cerita. Malassssssssssssnye nak update laa.
Aku dah start keje. Pagi ni datang opis ramai yang mengeluh jalan banyak tutup sebab Formula E sabtu ni. Kata tutup malam ni pukul lapan. Tapi pagi ni dah ada certain jalan yang dah ditutup. Semalam sape yang tunggu bas kena halau. Nasib baik mak ngah cepat sampai. Kalau tak dengan aku aku kena halau.
Petang ni nak balik tak tahulah macam mana. Bisinglah mak ngah tu. Esok lagilah depan kastam tutup habis. Kena jalan jauhla nampak gayanya. Awatlah menyusahkan lagu ni. Tahun lepas tak pernah rasa pengalaman segini sebab keje kat presint 1 kan...
Antara laluan yang akan ditutup. Sila hindari jalan-jalan ini. Kalau tak boleh mengundang kepanasan hati.
Semangat kerja hari pertama. Yok kita puasa. Nak habiskan puasa ganti. Sekali tgk hari perut mendidih kelaparan. Bukan tahap mendidih menggelegak dah. Terus buka puasa dan pertama kali beli makanan kat foodcourt opis. Not bad lah. Hari ni ingat nak puasa sekali tengok apa mak ngah tulis tu terus tak jadi puasa. hahaha... Nasib baiklah kan sebab petang ni nak balik confirm kena jalan kaki jauh.
Banyak gila bekal nak kena sediakan pepagi. Anak-anak, diri sendiri dan kalau ada lebih bagi kat jiran sebelah rumah@makngah. Kalau tak puasa memang bawak bekal pergi keje. Petang balik keje terus masak tuk makan malam dan tuk bekal esok. Kalau rajin dan bun tak meragam pepagi buat breakfast tuk diri sendiri dan anak-anak. Bun punya bekal ke taska masih istiqamah buat sampai ke hari ni. *Bun nama manja airis* :)
Ni ustazah wasap gambar kata bun ikut dia amik bebudak balik sekolah. Amboi bun sebijik perangai abang akeem. Nasib airis behave cuma bun demand tak nak duduk taska. Nak tido kat rumah ustazah. Nak tido atas tilam empuk le tuuu. Dasar anak mama.
No comments:
Post a Comment