02 December 2015

Keputusan kemasukan murid tahun satu 2016 selepas rayuan


17 Mac 2014 aku mohon sekolah A *akibat kes anon hari tu aku rasa dah tak selamat nak letak nama sekolah bagai* Aku mohon awal dengan harapan dapatlah sekolah A tersebut. Rupanya tak ye. Ko isi lambat pun tak apa. Asal alamat yang ko letak nanti searea dengan sekolah. Maksudnya kalau nak sekolah seksyen 2 kena alamat seksyen 2 atau 3 gitu. Macam aku alamat dengan sekolah dengan alamat rumah totally menyimpang jauh. 

Aku nak sangat sekolah A ni sebab dekat dengan rumah, ada bus sekolah dan hanya ada satu sesi. Tak delah nanti darjah satu sekolah kebangsaan sesi petang, darjah dua tukar pagi, tahun depannya tukar petang balik. Pening mak.

Mohon 2014, 16 Julai 2015 baru keputusan keluar. Sofea gagal ditempatkan di sekolah A. Dapat sekolah B. Jauh sangat sekolah ni. Dah la jauh, jem pulak nak kesana. Kawasan tempat tinggal aku sekarang semua perkhidmatan bus sekolah tak nak hantar kat sekolah B. Rugi ke diorang masa dan kos. Kecewa sangatlah bila tahu ditempatkan kat sini. Tak faham kenapa dalam banyak-banyak sekolah di hantar nya tempat yang lagi jauh dan lain kawasan.

Aku positifkan diri insyaallah bila buat rayuan nanti akan dapat sekolah A balik atau sekolah pilihan lain. So 10 September 2015 aku buat rayuan mohon balik sekolah A. Semua ni buat online jer. Idaklah aku turun naik PPD. Tapi kesilapan aku kat sini patutnya aku pergi je PPD sebab kawan aku dia terus pergi PPD dan paksa ppd masukkan jugak anak kat sekolah pilihan dia.  Dapat... Tambah sorang je lagi murid tak kan tak boleh.....

Dalam sistem kita boleh buat dua pilihan. Aku pilih sekolah A dan C. Kalau tak dapat sekolah A, sekolah C pun quiet ok. Sekolah C adik aku pernah bersekolah kat sini dulu. PMR dapat 7B. SPM pangkat satu ujung-ujung. Budak lelaki oklah kan. Eh apa kena nak bagitau result bagai ni. hahaha....

Sekolah ni ada dua sesi. Sesi pagi dan petang. Takkisah kalau sepuluh sesi sekali pun, janji kemudahan bus sekolah ada senang. Kalau tak dapat nak naik bus sekolah ustazah sekurang-kurangnya tak adalah buntu sofea nak pergi sekolah naik apa. 

16 November keputusan rayuan keluar, aku check jangan kata sekolah A, sekolah C pun tak dapat ko. Memang rungsinglah. Tak kan aku nak berhantar berjemput sofea pulak. Jauh tu putrajaya puchong. Tol lagi... Nampaknya 18/1 tahun depan kena bersujud melututlah kat ppd.... Sebelum tarikh tu maybe banyak lomponglah sofea sekolah tak sekolah. 

No comments: