29 February 2016

Jangan tertipu dengan harga promosi

Semalam pergi giant. Walau pun sebelum ni bising pasal giant punya strategi promosi tapi tetap jugak nak pergi. Malas nak pergi otk. Jauh.... Nak beli lauk dan pampers je. Sayur banyak lagi. Anak-anak pun boleh main taman. Macam oklah setakat dua tiga jenis ikan + ayam. Taklah rasa tercekik. 

Sekarang ni giant tengah buat promosi "penjimatan barangan bayi". Kebetulan sangatkan aku nak beli pampers. Tak ingat sampai bila. Pampers drypers saiz s/m/l/xl yang besar harga rm32.90. Dari segi harga kira murah dah tu. Otk skrg dah jarang ada promosi. Selalu standart harga rm35.90. Murah tiga ringgit. Kata mr. mama. Gigihlah aku godek sampai ke bawah tong tuk cari saiz m. Yang tinggal banyak saiz l jer. Nasib lah ada satu lagi saiz m.

Sebelah kiri plastik pampers dari giant yang aku beli semalam. Yang sebelah kanan plastik dari otk. Aku memang suka simpan plastik pampers ni untuk isi sampah yang besar-besar. Selain tu kod dalam plastik pampers tu boleh guna untul redeem hadiah kat drypers.com.my. Nampak tak apa perbezaan antara keduanya. Jangan tengok bahagian free gift tu. Tengok jumlah pampers dalam plastik tu. Giant jual 74 keping free 3pcs drypers daynight. OTK 80 keping free 8pcs. 

Masa ambil semalam dah tertanya-tanya dalam hati bukankah kalau saiz M biasa akan tulis M80. Ini M74. Tapi itulah malas nak fikir dan malas nak ke kedai lain amik je lah. Saiz plastik pun dah beza banyak.

Persoalannya berbaloi ke sebenarnya promosi ni. Jom kita kira-kira. Kalau tak ada hadiah free tu kat otk harga rm35.90 bahagi 80pcs = 0.45 sekeping. Kat giant rm32.90 bahagi 74 keping = 0.44 sekeping.

Kalau ada hadiah free kat otk rm35.90 bahagi 88pcs = 0.41sekeping. RM32.90 bahagi 77pcs = 0.43sekeping. Yang ni aku rugi kalau beli kat giant sebab beza harga rm3 dengan 11 keping pampers gone. Satu pampers jatuh rm0.27 sekeping sahaja. Aku tak tau pun drypers ada packing beza sikit macam tu. Lepas ni kena berhati-hati jangan mudah terpedaya dengan promosi yang mengaburi mata. 

 Ini 3pcs drypers drynights yang giant bagi. Walau pun drypers drynight ni mahal dari wee wee dry still not worth it at all.

18 February 2016

Renew Roadtax Online di MYEG


Mungkin ramai yang dah tahu kewujudan MYEG ni kan. Aku just nak share pengalaman aku dengan myeg. Actually dah lama tahu pasal kewujudan myeg. Dah mendaftar dengan myeg masa mula-mula start keje dengan government. See.. hampir 13 tahun kenal myeg. Tapi guna setakat nak tengok ada saman ke tak. Itu jer. Pastu macam lupa dah kewujudan myeg ni sebab setiap kali check memang tak ada saman pun. I is pemandu berhemah. (~.^). 

Sehingga baru-baru ni roadtax kereta aku dah nak mampus hampir setahun. Ye bukan dah nak mati tapi dah lama mati. Bulan 3 ni dah nak setahun kereta tanpa roadtax. Ikutkan insuran kereta mati bulan 8/2015. Roadtax je mati bulan 3/2015. Sebab aku lambat renew roadtax lepas bayar insuran. Jadi bila nak renew roadtax satu tahun dah tak boleh. Boleh enam bulan saje. Tak cukup tempoh insuran. Kalau nak renew lagi kena bayar insuran balik. Pening.... Jadi aku biarkan je kereta tanpa roadtax. Bulan 8/2015 dah habis insurans pun aku tak renew sebab jarang guna kereta. Kalau jpj tahu mati.... :p. Setahun kereta atas jalan raya tak ada roadtax. Ini terpaksa renew sebab kalau lebih setahun susah pulak. Kena bawak kereta ke puspakom kan. Jadi nak taknak kenalah bayar.

Aku pakai insuran etiqa takaful. Renew online jer kat https://www.motortakaful.com/. Tak sampai sehari diorang dah hantar surat policy insuran kat email. Then dalam sebulan akan pos policy insuran kat rumah. Dah tiga tahun tak silap aku stick dengan etiqa takaful. Lepas bayar insuran pergi pulak pejabat pos untuk renew roadtax. 

Sekarang kan aku pergi kerja tumpang kakak aku. Jadi susah nak pi pejabat pos tak de transport. So aku pun terfikir nak guna service dari myeg. Takut tak sempat nak renew roadtax sistem hang ke apa kat pejabat pos tu rugi je insuran satu tahun tu. Service myeg ni sememangnya diyakini. Tak akan kena tipu nyer.

Bukak je laman web myeg (klik SINI kalau korang pun berminat). Makesure daftar dulu. Tak kena bayar pun daftar. Untung lagi ada. Macam-macam service yang ditawarkan kat situ.


Klik kat jabatan pengangkutan jalan tu untuk renew roadtax.  Tu ada banyak service yang ditawarkan dimyeg.

Boleh renew driving lesen, nak renew insurance kat sini pun boleh jugak. Banyak sikitlah pilihan syarikat insuran yang korang pilih. Aku stick ngan etiqa takaful. Dah biasa.


Pagi renew petang dah dapat. Kalau buat payment sebelum pukul satu akan dapat roadtax hari tu jugak. Lepas pukul satu dapat esoknya. Despatch myeg hantar sampai kedepan pintu rumah/opis korang. Mudahkan... 

Tak de la jadi kes tak sempat renew roadtax sebab tak ada masa, tak ada transport. Ada service charge RM2 lebih dan delivery charges RM6. Berbaloi dari tunggu berjanggut kat pejabat pos or jpj kan.

04 February 2016

Koleksi Beg Jeans

Mood menjahit tetiba datang kembali. Sebab dua tiga minggu ni banyak pulak cuti yang berderet-deret. Cuti thaipusamla, hari wilayahla, hujung minggu ni raya cina pulak. Sedaplah nak menjahit. Gian sudah...

Bawah ni semua order dari sorang akak NGO untuk project beliau. Alhamdulillah semalam dah selamat COD. Datang sendiri amik kat putrajaya. Harap-harap akak tu berpuas hati...

Beg dam ni akak ngo tu order dua. Menjadi-jadi pulak orang nak order beg ni. Waiting list ada tiga orang yang nak sama macam ni. 


Close up skit. Sebelum ni orang order tak nak buh zip kali buh zip taklah pencopet dapat mencopet kan.

Beg ni sesuai kalau letak bekal. Tapak dia besar dalam enam inci. Ini katanya untuk anak dia bawak pergi sekolah.

Lelebih kurang macam atas tu tapi tapak bulat. Atas tu tapak empat segi.

Beg ni besar. Boleh letak baju nak balik kg muatlah tuk duduk dua tiga hari. Aku buat ikut contoh gambar yang akak tu bagi.

Pencil box ni sebenarnya buat untuk pia. Tapi pia guna satu je yang jalur-jalur tu. Yang dua tone tu dah ada yang berkenan aku jual je lah. Buat macam ni unik skit dan mudah nak amik barang dalam tu.

Mudah kan nak tengok segala sampah sarap dalam tu.

Begini....


Sekarang dah jarang jahit sling beg sebab renyah. Lama baru siap. Lebih-lebih lagi kalau orang request memacam. Dalam beg tu ada satu lagi zip yang sama macam kat depan beg tu. Total tiga zip yang digunakan. So beg ni mahal skit sebab zip satu dah berapa. Tak masuk ring dan adjuster lagi.


Last but not least beg ni untuk beg conference. Mac ni kalau ada rezeki akak ngo tuk nak tempah beg ni dalam some quantity, insyaallah.


Sekian. Sori gambar kejap panjang, kejap melintang, kejap menegak malas aku nak edit. 

03 February 2016

Sekolah baru

Minggu ni minggu kedua sofea kat sekolah baru. Mendaftar selasa minggu lepas. Mudah sangat. Tak payah nak tunggu-tunggu sofea habis kelas. Hantar pastu nak pergi kerja pun boleh. Tapi dah mintak cuti, cuti je lah. Mula-mula ingat tengahari tu nak ajar sofea macam mana balik van sekolah. Sekali masa hantar kat kelas, ada kawan masa tadika dulu pun naik van sama dengan van ustazah. Ermm tak yah nak ajar-ajar la. Muka dia pun ceria semacam. Mintak tolong kawan dia si rayyan tu tengok-tengokkan je lah. Pastu dah pesan jugak dengan kakak-kakak satu transit dengan sofea incase sofea tertinggal van trip pertama boleh naik trip kedua dengan kakak-kakak tu. Balik dari sekolah tanya macammana naik van dia kata rayyan tertinggal van naik trip kedua. Pia naik trip pertama. Dah siapa harap siapa ni. 

.:Pagi hari kejadian pendaftaran:.

Sekolah baru ni sofea dapat kelas 1 jujur. Kat sekolah ni tahun satu tak ada kelas pertama kedua atau tiga. Actually darjah satu ada lima kelas. Tiga kelas pertama adalah untuk murid yang boleh membaca. Dua kelas lagi untuk murid yang tak boleh membaca. Sebelum tentu kelas cikgu dah buat ujian membaca kat sofea dan sofea pass. Ikut turutan kelas 1 jujur ni kelas ketiga untuk murid tahun lain kalau tak silap. Sofea masuk kelas ni sebab kebetulan kelas ni je ada kosong satu kerusi. Cikgu HEM kata letaklah kelas mana pun sebab semua kelas dah sedia pack. Sekolah hot katanya.

Bekal hari ni. Nasi lemak untuk pagi. 1 btg hotdog + 3 keping biskut untuk petang.

So far sofea happy sekolah sini. Ramai kawan-kawan tadika dia dulu sekolah kat sini. Tak macam masa sekolah lama monyok je. Dia kata tak ada sapa nak pergi makan dengan dia. Kat sini dia makan ramai-ramai dengan kawan-kawan yang bawak bekal sama macam dia. Itu yang dua minggu dua bekal tinggal kat sekolah. Selamat dah masuk dalam tong sampah pagi tadi aku tanya kat budak kantin tu. Sabar jelah. Hari tu botol air tinggal kat sekolah agama berjaya aku selamatkan. Ini hari sebab sofea tertinggal van sekolah, mak ngah hantar dapatlah masuk sekolah tanya bekal tu kat budak kantin. Bekal pulak tinggal dah 3 4 hari. Memang habislah my tupperware... hukshuks. Tak tahu nak buat macam mana nak atasi masalah tinggal-tinggal barang ni. Kaler, pencil box pun tinggal. Ada yang dapat jumpa balik tapi banyaknya lesap tanpa di kesan. Zaman aku dulu rasanya takde kot kes tinggal-tinggal barang. Sofea ni aku tanya cikgu sekolah agama, dia kata kuat main. Jalan sana jalan sini. Tu yang asyik tertinggal barang gamaknya. Kita tunggulah sebulan dua lagi ada tak perubahan. Penat train...