Showing posts with label my order. Show all posts
Showing posts with label my order. Show all posts

04 February 2016

Koleksi Beg Jeans

Mood menjahit tetiba datang kembali. Sebab dua tiga minggu ni banyak pulak cuti yang berderet-deret. Cuti thaipusamla, hari wilayahla, hujung minggu ni raya cina pulak. Sedaplah nak menjahit. Gian sudah...

Bawah ni semua order dari sorang akak NGO untuk project beliau. Alhamdulillah semalam dah selamat COD. Datang sendiri amik kat putrajaya. Harap-harap akak tu berpuas hati...

Beg dam ni akak ngo tu order dua. Menjadi-jadi pulak orang nak order beg ni. Waiting list ada tiga orang yang nak sama macam ni. 


Close up skit. Sebelum ni orang order tak nak buh zip kali buh zip taklah pencopet dapat mencopet kan.

Beg ni sesuai kalau letak bekal. Tapak dia besar dalam enam inci. Ini katanya untuk anak dia bawak pergi sekolah.

Lelebih kurang macam atas tu tapi tapak bulat. Atas tu tapak empat segi.

Beg ni besar. Boleh letak baju nak balik kg muatlah tuk duduk dua tiga hari. Aku buat ikut contoh gambar yang akak tu bagi.

Pencil box ni sebenarnya buat untuk pia. Tapi pia guna satu je yang jalur-jalur tu. Yang dua tone tu dah ada yang berkenan aku jual je lah. Buat macam ni unik skit dan mudah nak amik barang dalam tu.

Mudah kan nak tengok segala sampah sarap dalam tu.

Begini....


Sekarang dah jarang jahit sling beg sebab renyah. Lama baru siap. Lebih-lebih lagi kalau orang request memacam. Dalam beg tu ada satu lagi zip yang sama macam kat depan beg tu. Total tiga zip yang digunakan. So beg ni mahal skit sebab zip satu dah berapa. Tak masuk ring dan adjuster lagi.


Last but not least beg ni untuk beg conference. Mac ni kalau ada rezeki akak ngo tuk nak tempah beg ni dalam some quantity, insyaallah.


Sekian. Sori gambar kejap panjang, kejap melintang, kejap menegak malas aku nak edit. 

21 December 2014

Tempahan beg jeans

Lama dah tak cerita pasal beg jeans. Kat ig, fb sentiasa je upload gmbr cuma kt blog je baru nk publish. So sila follow my fb n ig klu nk update terkini ye. Chewah mcm ko retis org nk follow follow. .

Alhamdulillah walau pun berhenti menjahit sekejap sbb bersalin hari tu order tak putus putus. Terharu akak tau ada yg snggup tunggu smpi habis pantang. Mana tak putus putus, nk siapkn satu order sikit punya lama, dtg order baru bari hegeh hegeh nk siapkn. Maaf la aku ni mmg slow skit. hihihi.

Jom tengok picture. . .

Sling beg ni aku buat beberapa jam sebelum bersalin. Tak sempat nk siapkn tali dah datang tanda nk bersalin. Keluar darah. Gelabah time tu terus siap siap pi spital walaupun tak rasa sakit pun. Tak sempat nk siapkn talinya. Padahal nk buat tali tu perlukn sikit masa je lagi. Peram ler sampai pas abis pantang baru sambung jahit tali. Takpelah dah selamat smpai kt owner.



Backpack customer order untuk ank dia. Ni pun customer sanggup tunggu sampai aku habis pntg. Terharu. .


Yang ni order dari customer backpack td. Kawan dia yg nk katanya. Simple hand bag. Nak design luar tu guna kain love love. Last kopek kain tu. Cecukup tuk luar dalam guna kain corak lain. heee. . Memacam tau my customer punya feel. But i enjoy it. Challenging. .




Ni kakak aku nombor 2 yg request. 2 in 1 function. Boleh jadi sling beg atau pendekkan tali tu jadi la handbag.

Ok. Sekian show. Kalau nk tgk detail beg boleh jengok fb gallery jeans airis. for order mcm biasa email edyeda@gmail.com. :)


24 December 2013

Semua beg

Hai mak encik masih hidup lagi. kihkihkih.. Seminggu lebih tak update blog. Memula ingatkan nak update entry baru tahun depan saja. Tapi hari ni macam rajin setelah sabtu ahad dan semalam cuti/ Mood sekarang kata orang memang kelauttttttttt.. 

Badan penat. Serius weh penat ya rab. I need a rest. Bukan ke minggu lepas baru buat percutian budget. Itu pun belum story lagi kan. Cuaca sekarang tak menentu. Suara pun dah tak de. Sekarang bz dengan kerja, anak, suami, menjahit beg dan business bundle. Bundle ni ikutkan tak ada kena mengena dengan aku. Tapi kalau tak aku, sape lagi nak support suami sendiri... Mr. mama ni jenis yang cepat give up. Sentiasa memerlukan kata-kata perangsang dari bini. ececeh... So mak encik penat macam mana pun kena bagi semangat dan tolong jugak laki...  Sampaikan nak pegang mesin jahit pun tak sempat-sempat hah..

Banyak order pending nih!. Segan dengan orang yang order berbulan-bulan, beg tak siap-siap. Maaf mak encik memang tak sempat nak menjahit langsung sekarang. Banyak je benda nak disettlekan. 24 jam tolak makan minum berak canggung tido rasa masa tak cukup. Esok cuti pun ada benda nak kena buat. Nak settlekan sekolah tadika pia pulak. Pasal sekolah ni pun aku main tegeda je pilih. Dah nak sekolah yang betul-betul berkenan tutup pulak. Nanti dah settle betul-betul hal tadika aku up entry.

Bawah ni semua beg yang aku baru siap jahit. Ada dalam tiga empat orang dalam senarai menunggu. Thank you korang sebab sabar menanti.


 Tote beg ex opismate tempah. Nak terbang ke penang nih. From penang with love kata ko. Dah namanya pun sama dengan nama anak aku hah.


Sling beg sejiban sama macam kat SINI. Kain je corak lain.

-Pencil box-

Ni pun macam pencil box tapi besar dan tinggi. 
Nak letak buku bank ke makeup ke semua boleh campak dalam.

Promosi kecantikan kena ada.

Semua diatas oleh repeat customer. Dah dekat 3 bulan lebih order baru siap. Itu pun ada satu beg aku tak siap lagi. Dah siap sebenarnya tapi masalah button tak jumpa. So aku decide nak hantar yang ni dulu. Harapnya tuan punya diri sudi terima yang ini dulu. Mak encik dah malu sangat dah ni. Masa mula-mula terima order kata boleh siap cepat. Ini dah nak masuk tahun baru pun tak siap2 apa kejadah.. Tolong reply my email please...




- Sling beg saiz A4- 
Jangan memain tuan puteri perak pun order dari mak encik..

Dah selamat pos minggu lepas. Harap semua berpuas hati ye...

Cantik ke idok?

 



06 September 2013

#Order Customer : Mantin, N.9

 
Even aku specialize buat beg jeans tapi kalau ada yang nak order beg bunga-bunga pun aku buat jugak. Ekekek.. specialize kunon..

 

Measurement : 34cm width X 28cm height


31 July 2013

Kesedihan pada beg

Aku memang dah tak sabar-sabar nak publish gambar handbeg jeans ni tau even belum pos lagi kat empunya diri. Sebab bila aku publish kat FB ramai yang puji kata cantik. Kembang semangkuk ai... Ada yang nak order dua terus...

Haa.. lawa kan? Apa tak lawa. Cepuk kang. Serius aku rasa lawa.. pujilah diri sendiri tu.sapa lagi nak puji. Tapi malang empunya tuan beg tak mengharapkan beg sebegini. Sedihhh...


 
Beg tote ni pulak anak ex-opismate nak wat mengaji. Semalam dah bagi hari ni call suh outer bubuh rereben ke apa ke kat beg tu. Nak nampak cantik, comel lagi. Sayisss rasa nak nangis. Camna nak tambah. Kena bukak balik la jahitan tu. Aku tengah memikior cara terbaik untuk mencantikkan beg ini semula tanpa perlu membuka semua jahitan semula. Any idea??

Bila kita over confident rasa inilah beg the best yang pernah kita buat, rupanya kita syiok sendiri. Wallawei kecewa tak dapat penuhi keinginan pelanggan...


Selit sikit yang ni mr. mama request... Sling bag for hari raya. Upah dia jaga anak.. hahaha...


*tgh gigih siapkan tempahan sblm raya.


10 June 2013

1Set : Makeup & Tote Beg

Minggu ni berjaya siapkan one set beg orderan my opismate. Seminggu satu beg. Kalau macam ni sampai bila nak habis semua order yang berlambak tu. Aku target before puasa semua order mesti clear siap. Pada yang mengorder banyak bebanyak sabar eh..

Beg kali ni aku guna kain denim bukan daripada kain seluar jeans. Beli kat daiso

 
Measurement Tote Bag : 13" width X 12" height X 4"
Measurement Makeup Bag : 8" width X 5.5" height X 3"

 Tote Bag


 Makeup Bag

My sister kata setiap minggu masa aku terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Tapi sebenarnya dalam hati ni bergelodak rasa macam anak-anak makin terabai. Maknya asyik habiskan masa menjahit.

Setiap kali kaki aku melangkah masuk bilik menjahit confirm hakeem menangis. Maybe pas siap semua order yang dah aku amik, aku nak stop jahit seketika. Dengan ini dengan kata lain tempahan ditutup ler sementara ye. :-)


*esok ada interview, doa-doakan ler kita dapat jawatan tu, tak yah bersusah payah menjahit lagi.. heeee...