Mungkin ramai yang dah tahu kewujudan MYEG ni kan. Aku just nak share pengalaman aku dengan myeg. Actually dah lama tahu pasal kewujudan myeg. Dah mendaftar dengan myeg masa mula-mula start keje dengan government. See.. hampir 13 tahun kenal myeg. Tapi guna setakat nak tengok ada saman ke tak. Itu jer. Pastu macam lupa dah kewujudan myeg ni sebab setiap kali check memang tak ada saman pun. I is pemandu berhemah. (~.^).
Sehingga baru-baru ni roadtax kereta aku dah nak mampus hampir setahun. Ye bukan dah nak mati tapi dah lama mati. Bulan 3 ni dah nak setahun kereta tanpa roadtax. Ikutkan insuran kereta mati bulan 8/2015. Roadtax je mati bulan 3/2015. Sebab aku lambat renew roadtax lepas bayar insuran. Jadi bila nak renew roadtax satu tahun dah tak boleh. Boleh enam bulan saje. Tak cukup tempoh insuran. Kalau nak renew lagi kena bayar insuran balik. Pening.... Jadi aku biarkan je kereta tanpa roadtax. Bulan 8/2015 dah habis insurans pun aku tak renew sebab jarang guna kereta. Kalau jpj tahu mati.... :p. Setahun kereta atas jalan raya tak ada roadtax. Ini terpaksa renew sebab kalau lebih setahun susah pulak. Kena bawak kereta ke puspakom kan. Jadi nak taknak kenalah bayar.
Aku pakai insuran etiqa takaful. Renew online jer kat https://www.motortakaful.com/. Tak sampai sehari diorang dah hantar surat policy insuran kat email. Then dalam sebulan akan pos policy insuran kat rumah. Dah tiga tahun tak silap aku stick dengan etiqa takaful. Lepas bayar insuran pergi pulak pejabat pos untuk renew roadtax.
Sekarang kan aku pergi kerja tumpang kakak aku. Jadi susah nak pi pejabat pos tak de transport. So aku pun terfikir nak guna service dari myeg. Takut tak sempat nak renew roadtax sistem hang ke apa kat pejabat pos tu rugi je insuran satu tahun tu. Service myeg ni sememangnya diyakini. Tak akan kena tipu nyer.
Bukak je laman web myeg (klik SINI kalau korang pun berminat). Makesure daftar dulu. Tak kena bayar pun daftar. Untung lagi ada. Macam-macam service yang ditawarkan kat situ.
Klik kat jabatan pengangkutan jalan tu untuk renew roadtax. Tu ada banyak service yang ditawarkan dimyeg.
Boleh renew driving lesen, nak renew insurance kat sini pun boleh jugak. Banyak sikitlah pilihan syarikat insuran yang korang pilih. Aku stick ngan etiqa takaful. Dah biasa.
Pagi renew petang dah dapat. Kalau buat payment sebelum pukul satu akan dapat roadtax hari tu jugak. Lepas pukul satu dapat esoknya. Despatch myeg hantar sampai kedepan pintu rumah/opis korang. Mudahkan...
Tak de la jadi kes tak sempat renew roadtax sebab tak ada masa, tak ada transport. Ada service charge RM2 lebih dan delivery charges RM6. Berbaloi dari tunggu berjanggut kat pejabat pos or jpj kan.
5 comments:
senang cepat sampai rumah roadtax
Renew roadtax tanpa perlu bangun dari kerusi
wah, sangat bagus, nak kena renew roadtax dan dapat info berguna di sini =)
Saya baru nak re-new di MyEG. Tapi tak boleh sebab road tag dah mati lebih 30 hari. Undang2 baru
Salam nk tnya kalau renew insurans lebih tempoh, betul ke NCD burn?
Hello saya mahu Tanya kalau dapat renew insurans on time tapi lambat renew roadtax be berapa hari masih boleh ka?
Post a Comment