Korang ada akaun paypal tak? Selalu buat transaksi apa kat sana?
Aku dah lama daftar dengan paypal. Tak ingat bila daftar tapi dah bertahun dah. Orang daftar kita pun daftar. Tapi tak tahu nak guna macam mana. Siap buat dua akaun lagi. Nak buat apa ntah.
Aku ada join survey ipanel online. Cukup point hanya boleh tebus tunai guna paypal sahaja. Survey-survey lain yang aku join sebelum ni ada banyak option. Kalau tak nak tebus tunai boleh tebus baucar kertas seperti giant/aeon/parkson/etc. Coz tak ada pilihan terpaksalah tebus tunai melalui paypal jugak.
Last year punya transaction. Saje-saje gatal tebus tunai ipanel online. Dapat usd 2.01 ni bersamaan rm8 lebih jer. Duduklah duit tu diam-diam kat situ. Sebab tak tahu nak buat macam mana. Plus nak transfer ke bank kena ada baki minimum rm40 baru boleh transfer.
Sebelum ni masa daftar kat paypal tak silap kena verify email. Verify tu kena masukkan nombor kad kredit atau kad debit kot. Aku tak ada semua tu . Tu yang tersadai je akaun tu. Sekarang tak payah cuma isi nombor akaun bank kita je dah boleh transfer duit kita tu.
Baru-baru ni teringatkan duit kat paypal tu. Rasa sayang pulak duit tu duk terperam kat situ. Jadi aku try tebus tunai daripada survey toluna. Selalu tebus baucar giant. Lagi pun aku malas nak tebus baucer giant sebab baucer tu kena pos. Diorang pos by register pos. Jadi aku letak alamat opis. Par kat sini punya berkira nak amik kan surat tu. Main baling-baling masa nak bagi. Geram jer...
Duit dalam akaun paypal lepas tebus dari toluna survey sebanyak dua kali tambah dengan ipanel online survey punya ada rm47.05. Hari tu (14/07/17) duit masuk kat paypal hari tu jugak aku request terus transfer ke bank. Kena bayar rm3 servis caj. Jadi dapat rm44.05.
Dapat email dari paypal. Duit masuk kat dalam bank katanya dalam 2-3 hari waktu bekerja. 14/07/2017 tu hari jumaat. Aku request pagi.
Tengok statement 17/7/17 (isnin) duit dah masuk. Tak tahu pukul berapa. Hari selasa malam baru teringat nak check. Yeayyy lepas ni bolehla tebus baucar tunai jer. Mudah...