18 July 2017

Raya 2017 tanpa suami

Tajuk sesuatu sangat...

Dah raya ke 24 baru nak update pasal raya???. Actually sekarang nak update blog agak payah sebab ntah kenapa usb tak boleh detect my phone. Jadi tak boleh nak transfer gambar ke pc. Entry tanpa gambar apalah maknanya kan. 


Ini nasib pandai. Dapat idea download gambar dari fb. Buat secara senyap senyap waktu pagi. Sebab tak nak orang nampak gambar tu terpublish kat fb. Lepas download terus delete. Gambar-gambar kebanyaakan aku share kat instagram je. Ntah kenapa rasa macam malu lah nak share2 sangat pasal life sekarang. 


Kat ig tu followers tak sampai seratus. Memang yang betul-betul nak memolow je kat situ. Itu pun kejap naik kejap turun angka followersnya. I tak kisah. Aku upload gambar kat situ sebab nak abadikan kenangan jer. Kawan-kawan banyak yang follow ig beg jeans aku tu. Dulu memang itu ig personal sekarang dah jadi ig business dah.


Pastu bila aku create personal ig baru ramai kawan-kawan yang tak tahu/tak follow. So sape yang nak tengok gambar aku + anak-anak + life boleh follow ig aziazib tau. Macam kau retis nak suruh orang follow-follow. Ig ni aku private. Keseganan. Faktor usia kali. Yang ig aziazidah kalau follow memang gambar beg sesahaja okeh. 


Tahun ni raya kat kl. Last year pun kat kl. Tapi this year aku raya dengan anak-anak jer. Husband satu ramadhan hari tu dah balik kelantan sebab pak mertua sakit. Tak sedarkan diri masa tu. Now dah stabil. Tapi aku lawat sekejap je terus balik kl dengan anak-anak. Husband stay sana sampai seminggu lepas raya. 


Ramai yang tanya mesti sedih kan. Sejujurnya raya kl ok je. Sebab dari kecik lagi memang aku dah terbiasa macam tak raya. Jadi tak rasa apa sangat. Cuma kesian kat anak-anak lah. This year tak macam last year, raya pertama kami jalan jugak satu dua rumah. Last year kitaorang datang rumah orang, segan ramai sedara mara diorang. Jadi kali ni kitaorang decide duduk rumah je sepanjang hari.


Coz my husband pun tak ada. Nasi himpit ke apa semua tak buat. Kitaorang tak makan. My sister pun tak makan. Buat rendang ayam je malam tu. Buat tak pedas. Lite lite ... Supaya sofea boleh makan. Makan rendang tu dengan nasi. Kenyangggg... 

 My small family



 Dalam rumah

  Tepi rumah mak ngah
Anak-anak.. Jantung + nyawa

Bergambar-gambar sikit pagi raya tu. Pegi rumah kakak aku. Dia masak mee kari. Share-share je makanan. Raya kedua buat nasi ayam. Kemain suka bebudak. Pastu kitaorang pi mydin cari lauk. hahaha... Ko boleh raya-raya pi menapak ke mall. Lepas gi mydin pergi pulak kedai kasut cari kasut sekolah sofea yang dah rabak tu.


Heaven sangat jalan smooth. Orang tak ramai. Masa kat mydin tu terjumpa jiran selang dua buah rumah pun beli lauk untuk makan harian katanya. Kawasan rumah kitaorang ni jenis kampung jadi ramai je jiran-jiran yang ada. Tapi kitaorang dari form 1 duduk asrama memang tak berapa sangat dengan jiran. Pastu ramai yang dah jual separuh tanah diorang. Dah berbagi separuh orang kampung situ separuh orang luar. 


Raya ketiga aku buat laksa. My favorite and sofea... Gambar-gambar makanan tak snap ye. Tapi dijamin sedap. Kih3. Raya keempat aku dah start keje. Angkut bebudak g opis kamis & jumaat.


Sekianlah cerita raya kami yang simple je kan. #teamrayakl #teamrayaselangor #teamrayapuchong. Gitteww. Asal hati happy raya kat mana pun tak apa. 


Nanti i update jamuan-jamuan raya pula...

No comments: