Hi im back untuk bercerita mengenai barang-barang online yang aku beli. Kebanyakannya dari shopee ada jugak dari lazada dan 11street.
Dan juga mr diy. New place yang baru terjebak untuk kesenangan diri dan jugak keselamatan wang ringgit. Kenapa untuk keselamatan duit?. Aku rasa beli online lagi senang aku kawal duit dari aku pergi terus ke kedai. Pergi kedai tak kan nak pergi banyak kali. Jadi sekali pergi semua nak capai.
Fyi, kalau nak beli online wajib tiga web ni korang compare. Shopee, lazada dan 11street. Tapi I bid u shopee always the best price. Ada penghantaran percuma lagi untuk certain amaun.
Ada ke yang tak pernah beli lagi kat shopee. Kalau tak pernah membeli lagi sila sila lah ke web SHOPEE atau guna apps. Download kat google play store. Semua yang kita nak pasti ada. Murah pulak tu. Yang first time user ha guna code AZIAZ228 dapat RM7 off.
Tanpa melengahkan masa, jom tengok barang yang aku beli secara online. Setakat ni Alhamdulillah. Tak menyesal. Sebelum beli survey habis-habisan dulu. Jangan sebab nak sangat main beli jer. Selidik dulu harga barang, tengok review orang ramai. Then kalau ok barang beli.
Rak pinggan. Beli kat shopee under Giant store. Harga RM17.90 + postage RM 4.75. Tolak shopee coin dapatlah RM 21.51. Kalau kat fizikal store pergi jual harga RM 19.90 - RM21.90. So berbaloi. Material setandang harga. Nak besi tebal harga kena lagi mahallah.
Dish drainer. Beli kat mr diy. Rak atas tu aku bubuh pinggan yang dah kering. Yang ni untuk letak pinggan baru lepas basuh. Ikutkan rak giant tu boleh jugak jadi mcm dish drainer. Tapi sebab rak pinggan aku dah roboh tak ada rak nak letak pinggan kering. Besi dish drainer ni kukuh sangat. Tebal dan berat. Ada salur air tu yang suka sangat.
Hand grip. Ini pun beli kat mr diy. Coach sofea suruh beli untuk kuatkan tangan main hoki.
Dan ini jugak. Apa namanya. Dah lama aim nak beli benda ni. Harga RM 4 lebih. Kat giant jual RM6. Ada warna hijau je. Rumah i tema biru/cyan. Dish drainer atas tu terpaksa beli jugak sebab tak de warna lain. Disebabkan pembelian pertama kat diy dapatlah baucar RM5.00. Tak yah bayar shipping. Suka free-free gini. Huntung..
Cover kusyen. Beli kat 11street. Kat rumah aku ni kerusi terlebih-lebih. Marilah mendeko. Harga satu RM11 free shipping. Aku beli tiga. RM33 tolak point binfinite cuma bayar RM 29++. Lepas beli aku terjumpa kat shopee dalam RM5-6 satu. Dah cari sebelum tu tak jumpa. Saja tauuu...
Bekas beras. Dari 11street jugak. Kat shopee pun ada dari kedai yang sama jugak. Tapi beli kat 11street dapat RM 19++ lepas tolak dengan point binfinite. Satu yang aku suka beli kat 11street dia boleh guna point binfinite. Ikutkan barang kat 11street ni selalu lebih mahal dari shopee dan lazada.
Itu je sesi tayang menayang. Lazada memang dah jarang shopping. Kalau beli pun baucar photobook jer. Ikutkan banyak lagi aku beli. Kebanyakan dari shopee. Macam topup. Pun beli kat shopee. Huntung. Prepaid RM 50 bayar RM 45 sahaja. Lain-lain barang jahitan pun ada jugak beli kat.
Oh ye nak cerita langsir pun aku beli kat shopee. Sayis murah. Langsir sheer satu dalam RM 6 - 7 jer. Yang blackout cuma RM 12. Beli one set sheer dan blackout dapat RM 17+++. Kain not badlah. Nak tempah kat kedai pun satu keping dah RM8. Belum masuk beli kain lagi.
Hari tu aku beli 2 sheer, 2 blackout dan 2 one set dalam RM70. Gambar lupa plak nak snap. Tapi aku suka lah. Sampai kawan opis pun nak beli sama. Tapi apakan daya harga dah mahal. Memang dah rezeki aku agaknya sebab esoknya sehingga ke hari ni harga langsir yang sama aku beli tu dah jadi seganda mahal. Kena selalu survey harga kalau nak beli online ni. Kalau tetiba dia menjunam murah ko tak yahlah nak fikir panjang, terus je grab. Tak boleh nak tangguh-tangguh. Kang tak sampai sehari dah bertukar harga.
1 comment:
lepas baca blog ko. terus aku buka web mr.diy.. muahaha!!!
Post a Comment