Showing posts with label Cerita Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Cerita Ramadan. Show all posts

12 August 2010

eh ada orang minat nak kawan dengan saya ler!!

Citer ni berlaku pada hari selasa lepas masa semua umat islam nak sambut puasa. Dalam pukul 11.20 mlm telefon aku berdering dan naik nombor 019-6XXXXXX. Sekali tengok macam familiar nombor nih. Nama pemanggil tak terpampang maknanya aku tak save kat contact. Aku angkat dan perbualan kami berbunyi begini:

Dia: Siapa ni?
Aku: Awak siapa?
Dia: Ni siapa?
Aku: Ni sape?Nak cakap dengan siapa?
Dia: Ni siapa? Saya tak tahu macammana nombor telefon awak ada kat handfon saya
Aku: Azi
Dia: Ani?
Aku: Azi
Dia: Ady?
Aku: A . Z . I
Dia: Ooo..saya Ady. nama kita dekat-dekat la bunyinya. sebenarnya saya tak tahu cammana no telefon awak ada kat handfon saya
Aku: ermmm
Dia: Tak tahula nak ucap apa.
Aku: Tak yah cakap apa-apa.. Ucap Selamat berpuasa jer..Okla...bye...
Dia: Haah..Selamat Berpuasa awak. Jangan lupa bangun sahur esok.
Aku: Ok
Letak.
Tak dan berapa minit msg kat telefon berbunyi.

Sory kalo mengganggu, boleh tk kire nye sy nk b,kwn ngan awak he3 sempena bulan baik ni.

Serius mula-mula aku ingat mamat ni nak cakap ngan suami aku, sbb suami aku suka guna handphone aku untuk telefon kawan-kawan dia kalau time tak ada kredit.

Esoknya aku suruh suami aku call mamat ni guna telefon suami. Nak tahu jugak sape mamat nih, tapi mamat ni cam tak nak cakap sangat. Cepat-cepat je nak letak telefon. Ngan aku semalam kemain lagi nada suara mcm tak nak letak je telefon. Biarla....

Oh berkenaan msg tuh aku tak balas pun. Giler apa aku kan dah kawin, mula-mula memangla nak berkawan..

note : confius gak cammana mamat ni leh dapat nombor tepon aku..