Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

20 August 2014

Khasiat dan Kebaikan Daun Kari

Since kena cirit birit hari tu, apa-apa yang berkaitan dengan cirit birit pasti menarik minat aku nak baca. Ibarat mimpi ngeri betul kena cirit birit. Sakit giler ... Semalam malam perut tetiba asyik mengeras. Pastu sakit kat tang perut ngan pinggang. Sakit sesangat. Laki pulak tak balik keje lagi. Terus ingat macam nak kena cirit birit sekali lagi. Aptb...

Pagi ni nampak ada orang share share kat FB pasal khasiat daun kari. Berkaitan dengan cirit birit dan buasir. Juga pasal diabetes. Elok sangat ni untuk diamalkan. Mana tahu berkesan. Keluarga aku memang ada keturunan kencing manis pulak.... 

Jom baca khasiat daun kari ni....


Penawar cirit birit dan buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

Loya dan pening
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.
Diabetes
Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
Agar rambut panjang dan sihat
Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa
Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.
Lebam dan bengkak
Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.
Kecantikan dan kesihatan diri
Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.

*cam renyah je cam malas je nak apply.. 

Sumber : Bernama Radio24

05 September 2012

Petua anak pintar dan kulit cantik

Mesti semua ibu bapa mengidamkan anak yang pintar selain anak yang soleh dan solehan kan. Pastu ada baka anak lawa-lawa comel lote, lagilah suka kan.. kan......


Untuk mendapatkan kedua-dua pakej ni perlu sedikit usaha daripada anda yea. Ibu ibu bapa bapa jangan setakat duduk rumah pantau anak-anak sahaja.


Fyi, petua aku dapat daripada mak sedara mr. edy masa balik beraya di kampung tempoh hari. Keberkesanannya sudah terbukti tau.



Mak saudara mr. edy dengan rela hati perturunkan petua ni kepada mr. edy sebab nak bagi sofea jadi lebih pandai. Katanya sofea ni memang nampak cerdik dari usia sebenar. (",). Bukan puji anak sendiri ye tapi aku translate dari mulut mak sedara mr. edy sendiri. Kih kih kih.....



Anak-anak mak sedara mr. edy ni kulit diorang halus mulus, putih gebu baik perempuan mahupun lelaki. Nak tunjuk bukti, gambo tak ada sebab aku tak rapat dengan diorang.


Kengkadang memang anak kita ni masa kecik memanglah comel, cantik tapi bila menginjak ke usia remaja mulalah muka penuh dengan bulan gerhana. Bintik bintat sana sini. Dah datang mimpi katakan....


Pekerjaan sepupu-sepupu mr. edy pun quite ok. Glamour lagi mengharumkan negara. Diorang kalau bercakap speakang london sesaja. Orang kelantan tau taulah kalau cakap omputih memang kita tak boleh cam dah dalam mulut diorang penah makan budu. (",). Berabuk...


But actualy cerdik itu anugerah dari ALLAH. Tapi sebelum menyerah kepadaNYA kita wajib berusaha dengan petua-petua cam gini.


Oklah mukadimah panjang bebenor. Nah amik petua ni.



Bagi anak minum air TOMATO yang diblender. 



Senang kan? Ke korang dah tahu? Petua orang kampung. Murah dan jimat. Tak perlu pergi ke stokis atau toko jamu terpilih.  Beli je kat pasar masa korang pergi beli ikan.


Senang senang pun petua ni, jangan ko bagi anak minum satu kali pastu terus tak bagi langsung dah. Atau hari ini kau bagi sebulan kemudian baru kau bagi sekali lagi. Memang hasilnya non ada. Sikit pun tak berkesan ok. Kena bagi tiap-tiap hari barulah afdal.


*Mari kita sama-sama mencuba nak...

20 July 2010

Pantang larang Chicken Pox

  • Jangan mandi, lap-lap aje badan
  • Jangan masak makanan goreng-goreng dirumah kalau ada penghuninya yang kena Chicken Pop
  • Jangan makan kicap
  • Jangan kena hujan
  • Kalau yang dah kawin, CUTI dari tidor bersama...hi3...kalau dua-dua dah terkena...TERPULANG!!