Semalam terima call dari Bahagian Akaun dari Kak Norli :
Azi dah pukul 11.30 pagi ni, lagi setengah jam je nak pukul 12. Bila nak anta report bayaran RM 500.00 tu?
Aku yang sedari pagi memang sibuk buat keje terus tersentak dan tersentap dengan pertanyaan itu. Hah?? Report apa tu? Tak tahu pun. Nape tak ada orang nak remind. K.Norli kata serius susah nak berhubung dengan aku la ni, dia ade pesan kat orang lain. Aku kata mana ada aku dapat apa-apa pesanan. Rupanya bila ditanya orang tu kata dia tak faham apa pesanan yang K.Norli suruh sampaikan. Orang baru cam tu la.....
Jadi kerana misscommunication itu terpaksala aku mintak ihsan kat Bahagian Akaun bagi masa aku check dulu report sebelum nak run bayaran RM 500 tu. Kata aku sebelum waktu rehat aku akan hantar report tu sendiri ke Bahagian Akaun.
Alhamdulillah walaupun mengah, lelah dan penat aku berjaya jugak sampai ke Bahagian Akaun tepat kul 1 tengahari. Jadi dapat la warga KDN yang sepatutnya dan selayaknya dapat duit Bantuan Kewangan Khas Kedua dapat pada 1 Disember ni nanti.
Korang tahu ke Bayaran Bantuan Kewangan Khas Kedua Tahun 2010 adalah pada 1 Disember 2010??. Ramai dah tahun kot sebab pekeliling perkhidmatan pun dah dikeluarkan di laman web JPA. Aku je yang sering terlupa kalau hal perkaitan bayaran-bayaran seperti Bantuan Khas dan bonus confirm ada changes dan pelarasan yang kena dibuat.
Showing posts with label bayaran RM500 bulan disember. Show all posts
Showing posts with label bayaran RM500 bulan disember. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...