Showing posts with label contoh surat ctg. Show all posts
Showing posts with label contoh surat ctg. Show all posts

31 January 2013

Contoh surat Cuti Tanpa Gaji Kerana Menjaga Anak


Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas  cuti 60 / 90 hari bersalin uolls boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/98 dalam laman web JPA.

Hari yang ke 61 / 91 uolls tak boleh datang kerja. Kalau dah datang kerja uolls tak layak nikmati kemudahan cuti menjaga anak. Nak mohon atau nak sambung lagi cuti tanpa gaji kena mohon selewat-lewatnya sebulan sebelum tamat cuti bersalin.

Contoh surat boleh refer kat bawah ni. Ayat tak payah nak haibat sangat, sedap ke tak sedap ayat tu uolls confirm akan diluluskan cuti tanpa gaji.




Nama Anda 
Alamat Anda

Tarikh
______________________________________________________________________________ 

Melalui :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3 Blok D2 Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA


Kepada :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3 Blok D1 Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA


Tuan,

PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK BAGI PEGAWAI BERSALIN

Adalah dimaklumkan saya Nama Anda, No. K/P : No. I/C Anda ingin memohon kemudahan cuti menjaga anak bagi pegawai bersalin selama 150 hari (5 bulan) selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1998.

2.            Bersama-sama ini disertakan Lampiran A – Perakuan Bersalin dan Permohonan Cuti Bagi Pegawai Wanita (P.P Bil. 2/98) yang telah lengkap diisi untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

               
Yang Benar,



(Nama Anda)
Jawatan Anda


*Sila ubah perkataan yang di italic & di blod tu dan copycat dengan pantas dalam thumbdrive.

* Lampiran A boleh tengok di P.P Bil. 2/98