Showing posts with label free sms. Show all posts
Showing posts with label free sms. Show all posts

25 February 2012

Jom ber'sms' secara percuma

Sejak jadi fulltime housewife, kalau habis kredit memang jarang aku topup. Kengkadang pernah sampai dua bulan hp tak ada kredit. Siap dapat reminder dari celcom suh topup sebelum perkhidmatan ditamatkan. Selamba jer aku kalau jadi apa-apa kat rumah mahu menggagau dibuatnya.


Sebab kalau topup bukan aku yang guna sangat, mr.edy yang duk perabihkan kredit aku. Fyi, aku dan mr.edy jarang bersms2 bercalling2 ni. Bukan tak suka, aku suka je tapi dah dapat laki yang jenis camni nak wat camna.


Pernah juga ada yang sms tanya pasal lori kesian aku tak dapat nak reply. Bila reply lewat automatiklah diorang tak hingin dah guna my service. Nampak sangat kelembapannya kan.


Tapi sekarang kalau ada yang sms tanya apa-apa, aku dah tak ada masalah nak reply sejak dapat tahu ada laman web yang memberi perkhidmatan sms percuma. Cuma perlu ada line internet.


Untuk maklumat lanjut boleh jenguk kat laman web mostSMS. Daftar dan automatik dah boleh bersms sambil berblog. Seronok kan...