Showing posts with label hutang dengan courth mamounth. Show all posts
Showing posts with label hutang dengan courth mamounth. Show all posts

26 March 2014

Update perkembangan hutang dengan courth mamonth

Pukul 2.39pm semalam dapat sms begini :

NOTIS :-( MOHD ZAIDI BIN xxxxxx ) NO K/P 8xxxxxxxxxx) ANDA DIARAHKAN UTK MEMBUAT PEMBAYARAN COURTS MALAYSIA, JUMLAH RM (1,2XX.XX) KOS GUAMAN RM 38XX.XX. PD/SEBELUM 30/3/2014 & FAXKAN RESIT KE (03928xxxxx) KES DIBAWAH AKTA PENGHUTANG SEKSYEN (256), SURAT PERINTAH PENGHAKIMAN ENGKAR DAN TINDAKAN PROSES PENYITAN DAN LELONGAN AKAN DIJALANKAN DALAM MASA 24 JAM. NOTIS: KES DIBAWAH AKTA KONTRAK 1950 UNDANG2 SIVIL, DAN SEGALA PEMBEKUAN ACCOUNT/PASSPORT AKAN DILAKUKAN DALAM MASA 72JAM. PEMANTAUAN AKAN DILAKUKAN DIALAMAT KEDIAMAN..(KG ................... KELANTAN) HUBUNGI 03230XXXXX, pn kamar

Ok jomlah kita kaji pasal sms ni. Dah banyak kali diorang ni hantar sms-sms berbau ugutan dan menakutkan orang. Nombor yang diorang guna untuk hantar sms ni sama je macam nombor nombor kita. Tak delah pakai nombor lima angka tu. Pastu diakhir sms mesti letak nama dan nombor untuk dihubungi. Disitu pun nampak macam tak leh percaya. Tapi orang-orang suci macam aku bila dapat sms macam ni cuak jugaklah.

Terus rasa nak marah kat mr. mama apsal ler menjebakkan diri dengan courth. Sms ni dihantar sebanyak dua kali. Nasib baik time tu aku dah sampai rumah dari melaka. Kalau tidak confirm macam tak leh nak drive.

Perkara pertama yang aku buat lepas dapat sms ni aku pun google segoogle googlenya. Then aku jumpa satu treat kat Cari (klik untuk bacaan bagi orang yang bermasalah sangat dengan courth atau untuk yang nak menambahkan ilmu tentang keberhutangan). Pages 8 tu memang dah clearkan masalah aku.

Setelah habis khatam 9 pages meh aku simpulkan bagi yang malas nak baca.


  • Sape yang ada hutang lebih dari enam tahun kalau ada orang ugut nak saman tak payah risau nak bayar. Tak bayar satu sen pun tak apa. Diorang tak leh saman mengikut Limitation Act. Kalau ikut hukum agama hutang wajib bayar ye. Aku tak kaji apa tu limitation act penat nak baca semua dalam omputih. Nanti nantilah aku kaji pulak limitation act nih. Hutang aku dah lebih sepuluh tahun.

  • Kalau diorang nak sita rumah atau barang barang rumah kena ada surat dan dengan polis. Baru aku perasan selama aku cakap bodoh dalam phone, bazir ayaq liur aku. Tapi satu surat pun diorang tak bagi. Suruh aku stopkan process ke mahkamah la itulah ini lah tapi selama ni semua thru phone. Tak ada hitam putih langsung. Pastu siap nak rakam bagai.

  • Rata-rata komen dalam treat tu kata maybe yang call selama ini adalah debt collector bukannya peguam. Diorang memang diajar untuk bersikap rude/kurang ajar. Aku rasa nak call no (03928xxxxx) untuk mengetahui siapakah mereka ini dan call pn kamar untuk mintak surat yang mahkamah yang suruh aku bayar hutang court dan duit guaman. Hutang courth pun tak mampu bayar inikan pulak duit peguam. 

  • Ada yang dah pernah kena courth call nak datang sita rumah tapi tunggu punya tunggu haram batang hidung pun tak nampak. Selamat lah aku.... eh mek aku. Sian kalau barang dalam rumah mek kena sita. Nak dilelong pulak tu. Tak pe aku beli dalam lelongan itu nanti. kahkahkah...

  • Mengikut personal act kita tak boleh dedahkan maklumat/rahsia individu pada orang lain. Macam aku ni, hutang courth  dengan mr. mama tapi aku as  bini dia boleh dapat tahu. Ini dah kira bocorkan rahsia. Boleh sue balik. Lagi kes ni sudah sepuluh tahun berlalu, aku tak wujud lagi masa tu dalam kehidupan mr. mama.


Based on apa yang aku google walaupun takut takut, aku rasa courth tak boleh amik tindakan apa-apa kat mr. mama.



18 March 2014

Hutang dengan courth mamonth tak akan kena penjara

Aku tak tahu nak tulis tajuk apa tapi ini renteten entry sebelum ini.

Malasnya la hai sebenarnya nak tulis story ni. Tapi kena story jugak sebab aku geram sangat plus nak share kot-kot ada yang pernah terkena dengan Court Mamonth (cm) nasihat aku jangan cepat melatah dan gelabah. Walau pun bukan jadi kat aku tapi kat mr. mama seorang isteri mithali :-) wajiblah i backup suami kekdahnya. Ni ambil kata-kata peguam cm jugak. Apsal puan sibuk-sibuk nak jawab panggilan kami katanya. Mesti puan ni isteri en zaidi kan. Kami nak cakap ngan en zaidi bukan puan. Hai la wei kalau isteri ko pun ko back up jugak. Dah terang-terangan bukan salah laki aku. Wajib aku defence. Mr. mama tu kalau orang call dia semua cakap ok ok padahal tak ok. Dah ni cm tak nak call kitaorang dah katanya kes dah sampai ke peguam, nasiblah peguam yang kena sembur kan.

Ceritanya masa balik balik kampung hari tu, dekat sebulan lepas kalau tak silap. Dalam pukul enam petang peguam cm telepon mr. mama. Tengok tengok... pukul enam petang ko telefon. Jelas menunjukkan kes ni bukan satu priority kan. Hari tu diorang call waktu cuti. Ni call waktu dah habis opis hour. Ni tengah OT la ni.

Bermula peguam z tanya ada tak en. h call sebelum ni. Mr. Mama kata tak adalah. Setahu aku memang tak ada. Yang pernah telefon pasal kes cm ni, peguam Z dari pejabat peguam mana tah. Setiap kali diorang mention diorang dari Tetuan & Co ...... aku sokmo lupa nama tetuan mana. Actually aku tak pay attention pun masa dia bagitau dia punya company. Kalau dengan orang cm, pernah cakap dengan pn. A dari hq cm. Biaq pi la kan siapa yang aku berhubungan. Aku dah nekad tak mau bayar hutang tu.

Aku dah cakap ini kisah sepuluh tahun punya. Kenapa sekarang baru nak cari. Kenapa masa sebulan dua atau setahun dua lepas kitaorang stop payment cm tak cari pun. Kenapa sekarang.  Paksa kitaorang bayar hutang seribu dua ratus lebih tu. Bila aku tanya kalau hutang bayar tv tu dapat tak?. Peguam kata cm hanya jual barang promosi dari certain syarikat. Contoh kata tv aku tu brand sharp. Kalau rosak sharp yang repair. Not sure lah dah sepuluh tahun tv tu ada lagi ke tak. rasanya tak ada. Bulan rasa, sah lagi sohih tv tu dah lebur...

Peguam tanya brand apa tv tu. Aku cakap tak ingat. Macam mana nak ingat dah sepuluh tahun lepas punya cerita. Aku pun tak wujud dalam kehidupan mr. mama. Mr. mama kata sharp. Aku kata kan cm kan ada agreement kitaorang. Pi lah check sendiri brand apa tv tu. berapa inci, spec apa semua ada tulis kan. Terdiam peguam tu...

Aku cakap agreement kitaorang dah tak ada. Tahu jelah kelantan ni every year banjir. Semua dokumen hanyut dek banjir. Dah kalau cm boleh cari kitaorang pasti agreement pembelian tu ada lagi kat cm. Kat situ clearly tulis semuakan. Kalau nak kitaorang bayar, boleh... Tv tu kasi hantar balik. Rosak pun tak apa. Sekurang-kurang kita tak bayar sesuatu yang nothing.

Then banyaklah aku bertekak dengan peguam Z tu sampai dekat satu jam. Dia kata kalau aku tak bayar hutang tu nanti kena naik mahkamah jalan duta. Asyiklah mention mahkamah JALAN DUTA. Kalau naik mahkamah nanti kena bayar hutang sekali dengan bayaran peguam. Semua itu dekat lima ribu. Amboi senangnya nak caj bayaran peguam pada customer. Ingat confirm cm menang ke. Berpantang maut sebelum ajal tau. Eh betul ke? hihihi...

Peguam nak jugak cakap dengan mr. mama tapi aku tak bagi. Sebab mr. mama tu pun tak nak jawab. Malas nak layan peguam tu punya bebelan. Bini dia ni memanglah suka membebel. Jadi apa saja dicakap dek peguam tu aku menjawab. Dah tak ingat apa lagi ntah aku jawabkan. Semua dia kata aku smash. The point is penting yang aku duk tekan "pulang tv baru kita bayar". Mana ko nak cari tv sepuluh tahun punya. Memang tak ada ler...

Cm ni penipu. Orang suruh datang baiki tv yang rosak tak datang-datang. Bila orang stop payment pandai datang hantar orang tarik balik barang. Boleh pulak dan dan ada orang nak datang amik. Mek pun cakap katil yang dah patah pun diorang rampas kalau tak bayar. Dapur gas yang dah kena guna penghidup api tu pun dia amik. Tak kira barang rosak ke elok tak bayar rampas barang. Suruh baiki tak mahu datang. Kata kalau nak baiki kena hantar sendiri. Tahu tak orang yang beli barang cm ni semua orang kampungan, tak berkemampuan. Tak berpendidikan katanya. Senang-senang ditipu. Eh orang gomen pun ada yang kena tipu tau.

Cer fikir caner lah mek aku tu nak angkut tv besar gabak tu pi kedai. Nak keluar pi pekan kena naik prebet sapu tepi jalan tu. Mek dah lah duduk kat kawasan pulau. Zalim betul cm ni. Yang aku marah sangat selepas sepuluh tahun baru cari tu....

Lepas dah bertekak tekak dengan peguam z tu aku rasa tak de faedah aku cakap. Mr. mama pun dah geleng geleng kepala suruh stop. So aku letak telefon. You know what peguam z tu call dan call dan call lagi. Setiap kali dia call aku angkat tapi aku senyap and loudspeaker. Membebel mintak nak cakap ngan laki aku. Dah lepas lima kali aku tak cakap apa, aku dengar suara orang lain pulak cakap. Baik bunyinya.. I kan lembut hati. So keluar jugaklah suara merdu aku tu ke penasihat perunding bukan peguam katanya. En I nama diberi.

Aku cakap tak yah lah cakap ngan mr. mama sebab semua urusan keluar masuk duitn aku yang buat. Walaupun aku kuat bebel, mr. mama very the soft spoken tak semestinya cm akan dapat duit hutang tu kalau cakap ngan mr. mama pun. Lepas bincang dengan en. 1 dia mintak aku bayar enam ratus dulu kat cm untuk stop kes ke mahkamah.

Aku tanya adakah kalau aku tak bayar laki aku akan dipenjarakan. Dia kata ini kes keberhutangan tak boleh kena penjara puan. Kalau saya lawan boleh ke saya menang. Selalu tak puan sebab kes keberhutangan nak tak puan kena bayar. Yes! itu aje aku nak dengar.  Ayat yang melegakan. Tak menang tapi tak kena penjara ok what. Benda-benda lain aku tak nak amik tahu.

Aku cakap aku tak mampu nak bayar enam ratus tu. Banyak lagi benda lain yang aku boleh guna dengan duit enam ratus tu. Dahlah tengah sarat mengandung ni. Ku tipu je sarat mengandung padahal baru enam weeks time tu. ekekeke... En. I kata kalau tak mampu enam ratus tiga ratus pun tak pe. Just untuk tahan kes. Aku cakap tiga ratus pun tak mampu. Yang aku mampu lima puluh hinggit jer. Macam mana pun permulaan puan kena bayar tiga ratus jugak katanya. Pastu bulan-bulan bayar tiga puluh ringgit pun tak pe. Aku cakap aku tetap tak mampu.

Masa tu dah nak maghrib dah. Lama giler kitaorang cakap. Last-last en. I pun fedup kot. Dia cakap camnilah puan, puan cubalah jugak usahakan cari tiga ratus tu pastu bulan-bulan kita discuss lain. Biasanya kalau tak mampu tiga puluh hinggit setiap bulan cm benarkan. Aku cakap insyaalah . Malas dah aku nak teruskan perbualan. Dekat sejam setengah kot. Esok katanya dia nak call lagi. Esok tu sabtu uolls. Aku cakap jangan nak tepon waktu orang sibuk masak. Dalam kul dua keatas tu bolehla. Kalau gitu isnin je lah saya tepon katanya.

Isnin tu pukul 11pagi gitu nombor naik pun lain, peguam H telefon ye. Bukan en. I tu. Hari tu nombor mula dari 7 ni mula 2. Tu yang aku angkat. Kalau tak, confirm aku tak jawab. Aku dengar je nama peguam H terus aku senyap. Peguam H sikit punya berang sebab bila aku tanya siapa kat talian dia bagitau. Bila dia tanya mr. mama mana aku senyap. Then dia call balik dua kali aku tak angkat-angkat sampai kesudah.

Kesudahannya aku tak tahu apa status kes aku tu. Janji mr. mama tak masuk penjara aku dah lega. Sebab nanti kesian pulak kan anak dalam perut ni lahir tak dapat tengok muka papa dia. (^___^)

Oklah aku stop kat sini. Penat naip. Ni pun banyak aku short cut story. Kalau ada apa-apa news terbaru, kot kot dapat surat lawyer pulak, aku tulis lagi. Ramai kan yang bengang ngan cm ni kan.