Showing posts with label jawab survey. Show all posts
Showing posts with label jawab survey. Show all posts

18 January 2019

Hasil Survey Penghujung 2018

Entry macam ni insyaallah akan ada pada pada awal tahun dan pertengahan tahun sebab setahun aku akan redeem dua kali semua hasil survey. Satu masa raya dan satu lagi masa nak naik sekolah. Nak tengok performance. 


Hasil tahun lepas dapat RM 252.98... Tengok amaun yang RM tu jer. Aku dh convert dari $ (usd) dah tu. Dua kali transfer ke amaun bank setiap satu kena tolak RM3.00. Jadinya total bersih dapat RM 246.98 sahaja. Alhamdullillah rezeki buat beli baju sekolah anak-anak.
 
Semua ni hasil survey dari TOLUNA, YOUGOV, MOBROG dan GLOBALTESTMARKET.
 
Yang berminat boleh klik link setiap satu kat atas tu. Atau nak baca cash-cash yang telah aku redeem sebelum ni boleh klik kat label jana pendapatan sampingan kat tepi sidebar tu ye.

So siapa yang dah join? Dah dapat hasil ke?

07 December 2016

Tebus voucher aeon jusco dengan online survey

Baru-baru ni aku ada redeem voucher aeon jusco daripada jawab online survey.  Sebelum ni pernah tebus  voucher mcd dan voucher giant. Pernah jugak dapat cek. Cuma kali ni nak berubah ke aeon. Nak guna untuk beli barang sekolah sofea dan hakeem. 

Aku jawab online survey dari toluna, aiponline dan globaltestmarket. Antara ketiga-tiga online survey ni aku paling suka toluna survey. Sebab survey dia banyak yang sepadan dengan aku. Jadi cepat nak kumpul point dan tebus berbanding dua lagi online survey. Soalan dia jugak mudah dan tak berapa panjang. Paling lambat sekali nak dapat tebus ialah di aiponline. Walau pun point nak tebus dia tu sikit tapi susah nak dapat point. 

Baru-baru ni aku ada join satu lagi online survey tapi yang ni jarang ada survey. Belum dapat tebus lagi jadi tak leh nak cerita. Takut tipu ke apa. Just try dulu. 

Sebenarnya ada banyak lagi survey online lain tapi kebanyakannya kena tebus guna paypal. Aku tak reti paypal paypal ni. Nak kena masukkan no bank, no visa/mastercard..... Tak pandai. Kalau tak boleh dapat cash. Yang cek aku dapat dari globaltestmarket tu pun dah kena tebus pakai paypal sekarang. Inisiatifnya terpaksalah tebus voucher saja. 

kesabaran membuatkan hasil (^.^)

Dalam tangan sekarang ada rm100 voucher aeon. RM20 daripada aip online, RM20 daripada globaltestmarket dan RM60 daripada toluna.  Happy... 

13 May 2016

Jawab survey di TOLUNA, dapat lagi baucer giant

Sori.... cerita voucher, survey and redeem again. hiks...

Baru je kan hari tu macam terdetik kata survey dari toluna ni boleh percaya ke, tipu... Tetiba semalam cek peti surat ada surat dari toluna. Dah tahu dah isi kandungannya apa lagi baucer giant RM20 yang aku redeem tulah. Ni yang semangat nak jawab survey lagi ni. 

Actually aku mengenali toluna ni baru je dalam beberapa bulan. Toluna ni syarikat survey all over around the world tau. Kalau kita duduk kat luar negara lagi best sebab diorang ada program menguji produk. Toluna malaysia tak ada. 

Kebiasaannya survey-survey online ni memang akan hantar email bila ada kajian terbaru. Aku jenis yang just terus klik kat link yang diemail tu tanpa masuk dalam akaun toluna pun. Ntah bila ntah tengok point kat toluna dah 16000. Dah boleh redeem baucer. 

Sebelum ni toluna hanya bagi reward untuk dermakan point kita atau tukar ke wang tunai rm20 melalui paypal. Aku ada akaun paypal tapi belum verify sebab tak ada card debit. Tu yang macam al malas la sikit nak jawab survey dari toluna. Cuma baru-baru ni ada toluna tambah reward boleh redeem baucar giant, isetan dan aeon. Itu yang laju je jawab bila dapat email dari toluna. 

Yeayy dah ada rm40 dah baucer giant. Kali ni punya expired bulan Nov 2016. Ala tak dan bulan nov ni mesti dah habis. Nanti nak jawab laju-laju survey dari aip online dan toluna lagi. Mana tahu boleh shopping before raya pulak. Tapi itulah baucer dari toluna ni lambat sangat dapat compare dengan aip online dalam sebulan jer. Ini hampir dua bulan. Redeem 23 Mac. 12 Mei baru dapat. Fyi AIP online hantar baucer melalui pos register so that aku kena letak alamat opis sebab tak ada orang kat rumah. Toluna hantar guna pos biasa.

Setakat ni aku fokus jawab tiga jer laman web survey online iaitu AIP Online survey, Globaltestmarket dan TOLUNA itself. Banyak lagi survey online yang boleh buat duit tapi kebanyakannya guna paypal. Payahlah bagi aku. Now waiting cek from nuffnang pulak. (~.^).

11 May 2016

Redeem kali kedua di AIP Online Survey dapat Baucer Giant RM20

Hiks... Asyik cerita pasal survey and redeem je pulak kan. I is malas nak taip pasal kehidupan. Rasa dari dulu pun sama je. Bangun pagi, masak bf, siapkan anak ke sekolah, pergi opis, balik dari opis as usual kembali menguruskan hal rumah dan tangga. Gitulah ulang alik ceritanya setiap hari. Nothing yang menarik nak distorykan. Dengar macam bosan eh. Tapi aku ok jer... Begitulah kehidupan mak mak. Masa dan life tertumpu pada anak dan suami. Untuk diri sendiri tolak ke tepi. ececeh...


Beberapa minggu yang lepas baucer yang aku redeem dari aip online survey dah selamat terima di tangan. Kali ni aku redeem baucer giant RM20. Kali pertama redeem baucer mcd. Boleh baca kat sini. Kali ni aku rasa better redeem aku amik baucer giant. Kalau dulu tak suka sangat ke giant tapi sekarang tengok giant putra height selalu buat offer dan barang pun quiet ok. Aku makin kerap pulak pergi kat sana. Lagi pun sebelum ni aku ada redeem jugak baucer giant dalam program survey yang lain. Ingat bolehlah combine nanti. Tapi tulah dah hampir dua bulan baucer yang di tunggu tak kunjung tiba lagi. Tipu ker....

10 May 2016

Jawab survey dari globaltestmarket dan dapat cek luar negara

Alhamdulillah penat jawab survey dari Globaltestmarket akhirnya berbayar. Aku join globaltestmarket dah lamaaaaaaaaaaa sangat... Tak silap dari tahun 2013. Daftar, jawab dua tiga survey pastu stop. Sebab dia punya survey panjang nak mampps... 

Kadang dah separuh jawab aku X jer. Kadang semangat nak jawab, soalan berkaitan dengan interest kita sekali disaring keluar. Tak menepati kriteria yang dicari katanya. Kalau di saring keluar still dapat point 5 mata. Nak dapatkan cek ni kena ada 1200 point. 

Bayangkan.......Setiap kali pun banyak yang disaring. Dapatlah lima mata... lima mata... Berjanggut tu nak tunggu. Tu yang malas. Until 2015.... Datang semangat nak jawab semua survey yang diorang hantar by email sebab terbaca ada blog update dapat cek dari globaltest market ni. Gigihlah aku menjawabnya. Almost enam bulan plus minus dapat jugak aku redeem cek dari globaltestmarket. Cek dapat hampir sebulan selepas redeem. First time dapat surat dari oversea kata ko. Kali ni global test market bayar guna US Dollar. Tak convert siap-siap ke RM macam selalu. 



So agak payah nak cairkan cek ni. Tapi tak lah susah mana. Melalui pembacaan setiap bank akan kenakan service charge untuk cairkan cek dari luar negara dan rate dia berbeza-beza. Sebab bank cimb dekat dengan ofice jadi aku tanyalah kot boleh clearkan cek ni. Malangnya cek dari luar negara hanya boleh di bankin kat tempat di mana akaun bank kita dibuka sahaja. Dah satu keje pulak aku nak ke taipan usj. Situ parking payah. Sesak... Manakala maybank pulak ratenya antara paling tinggi. Ntah btul ke tidak sebab aku tak tanya. Jauh sikit dari opis.

Senang cerita aku bankin kat affin bank jer. Fyi aku tak ada akaun dengan affin bank dan tak pernah dalam kotak fikiran nak buat urusniaga dengan diorang. Dah bank ni sebelah opis jer boleh laaa... Pening simpan cek luar negara lama-lama. hiks...

Disebabkan aku first time customer nak buka akaun hanya dikenakan bayaran serendah RM10. Aku masukkan RM50 sebab untuk proceed cek dari luar negara nanti kita kena bayar service charge dulu. Bayaran dalam RM 20++. 

Selepas sebulan convert ke duit malaysia dapatlah aku dapat RM 190++. Tolak service charge dapat total bersih RM170. Oklah kan buat tampung-tampung operasi pendekoran rumah. #hobi baru :)). 

23 September 2015

Jawab survey dapat voucher MC Donald percuma

Jawab survey kat internet, korang suka tak? Aku rasa hanya untuk orang yang bersabar sahaja kot. Yang tak bersabar bagilah reward apa sekali pun dah tak minat dan bersabar memang tak lah kan. Aku suka je benda benda macam ni. Mohon free free sample, jawab jawab survey, contest baru try nak berjinak. Contest memang aku tak minat tapi sedang memupuk minat. Sebab kalau survey sah sah akan dapat reward samaada ko rajin atau malas je nak dapatkan reward tu. Contest ada luck baru dapat. 

Mungkin bagi orang apalah sangat voucher dua puluh ringgit tu. But for me is satu kepuasan. Susahlah nak cakap dan gambarkan perasaan tu. Feeling dia macam dapat hadiah berjuta. Dah itu minat aku kan. Minat orang tak sama. Like tulis blog jugak, tak minat memang jadi bersawanglah blog tu.Pastinya usaha kita menjawab survey dihargai syarikat berkenaan. Banyak dah laman web online survey ni sebenarnya. Ada yang bayar dalam bentuk voucher dan duit samaada bayaran melalui cek atau pay pal. 

Baucar mcd 20hinggit ni, aku dapat dari AIP online survey. Baru je sampai semalam. Dihantar by pos daftar. Bagus company ni siap hantar email bagi tracking number. Aku daftar dengan aip online survey sejak 2010. Tapi tahun ni baru aku aktif menjawab. Ada banyak masa terluang pulak. hihi.. Korang yang ada masa terluang tu daripada main game online baiklah jawab survey ni. Tak rugi pun. Kalau rasa tak makan makanan fast food, my lecture kat uitm sampai sekarang terngiang ngiang kat telinga aku kata makanan fast food ni sampah. Kalau korang rasa bersalah makan sampah (^.~) boleh redeem baucar lain. Ada baucar AEON, parkson dan banyak lagi. Nak chariety pun boleh. 

Search je aip online survey malaysia atau klik SINI terus. Soalan survey dari aip online ni aku suka sebab mudah dan simple. Tak delah meleret leret sangat. Ada tu 30 minit tak habis lagi. Ko sabar ke. Aku sabar je dah alang alang jawab biar habis. Lagi lama jawab lagi banyak point, lagi cepat boleh redeem. heheh. Actually aku ada join dua tiga survey online lagi tapi tak leh nak share dengan korang lagi sebab belum cukup point nak redeem. Tak de bukti itu online survey boleh dipercayai ke tidak. Tak nak lah share benda yang belum pasti takut takut kena tipu macam ensurvey hari tu. Menipu orang ramai especially blogger kan. Ada survey yang aku join boleh dapat USD. Hoi tak sabar tu nak tunggu cukup point..... 

Cuti dua bulan ni memang beri peluang aku jalankan aktiviti meredeem, mengcashout, menyopping dan banyak lagi yang me me.... lah. Sebab opis baru semua personal parcel/letter kena amik sendiri kat kaunter bawah. Haku malas..... Ni dah ada peluang surat sampai depan muka pintu. Lepas ni tak tau bila pulak boleh redeem lagi. Dasar..... Lepas ni tengah tunggu redeemtion dari drypers dan cek nuffnang pulak. Tak sabarnyaaa....

18 August 2014

Baucer KFC Percuma daripada My Survey


Alhamdulillah minggu lepas baucar KFC yang ditunggu-tunggu tiba. Dekat tiga bulan aku tunggu baucar ni. Baucar ni aku dapat sebab jawab survey kat MY SURVEY.

Bila dah cukup point kita boleh redem dengan baucar atau nak buat charity. Bukan setakat baucar KFC, Pizza je ada baucar dari parkson, AEON dan macam-macam lagi.

Since KFC yang paling mudah dan paling anak-anak suka so kita tukar je dengan baucar KFC. Selama berjawaban selama hampir tiga empat bulan dapatlah baucar KFC bernilai RM20.00. Sapa nak bagi kan... Dah selamat pun ayam-ayam KFC tu masuk dalam perut kami sekeluarga.

Pada sesiapa yang nak join MY SURVEY boleh klik kat SINI ye .. Jawab survey ni kengkadang membosankan bagi sesetengah orang. Me too.

Pernah hampir setahun tak bukak MY SURVEY ni tapi bila dapat reward macam ni seronok tak terkata. Terus semangat. Ni point aku dah cukup tuk redeem sekali lagi.

Iyelah daripada aku duk bukak facebook, twitter baca je status orang, tak dapat pe faedah baik jawab survey sebegini.

Ada banyak laman survey yang kita boleh join sebenarnya. Boleh dapat duit pun ada. But banyak yang guna paypal. Aku tak pandai plus tak yakin. La ni aku layan MY SURVEY ni je ngan satu lagi laman web survey. Yang tu nanti aku bagitau sebab belum dapat hasil lagi...