Showing posts with label my shopping. Show all posts
Showing posts with label my shopping. Show all posts

02 May 2013

Cerita Weekend kami : Jenjalan IOI MALL

Sabtu lepas aku, sofea, hakeem dan my sister jenjalan kat IOI Mall, Puchong. Amboi mementang orang gomen baru gaji kamis lepas. Terus nak ada cerita jenjalan perabih duit.

Kalau pergi IOI Mall tempat yang wajib diterjah adalah Jaya Jusco @ AEON. Ada sales 15% untuk JJ member card. (until 1 Mei). My sis nak beli kasut. Dari hari tu duk mengidam nak kasut CR2.

Design-design from CR2. Apa itu CR2? My sis kata macam tak glamour brand ni. CR2 adalah adik beradik Carlo Rino ye. Glamour apa. Berjenama tuuuuuu...

Mai mai pilih satu yang berkenan dihati.

Em em kasut yang diaim sudah ditemui dikebanyakan kasut yang ada.

sesi mentry kasut pilihan hati. Bukak sarung bukak sarung. Ngadap cermin.

Santik tak? santik tak? Kasut ni kasut display. Last kopek. Berkenan punya pasal display pun display la...
Masa nak bayar my sis siap pinjam kad JJ kat salesman yang serve kitaorang sbb bengang dapat kasut display. Sekali masa bayar cashier cakap kalau beli barang harga lebih 69hinggit baru ada diskaun 15% tu. Pffttt... Udahlah tebal muka pi pinjam card orang pastu tak dapat pulak diskaun tu...

Aku jadi model kasut je lah. Nak beli tak cukup duit. Aku lom gaji lagi. Tak tahu bila boleh dapat. Kew8 pun tak nampak bayang lagi. Orang baru masuk keje kurang-kurang dua bulan baru ada gaji.

Sofea dan hakeem sudah boring tunggu mak ngah dia lama sangat memilih. Tu yang duduk tepojok kat tepi dinding.

Siap beli kasut my sis ajak pulak pi popular nak beli novel "Aku suka dia" dan OAT diet dia kat Caring.
Masa kat caring tu yang nampak clown ni. Terus ajak sofea join reramai orang.

Dapatlah side kitaorang hanya pedang ini. Orang tak ada gaji . (^o^)

Sofea again :-).
Makin pandai bergaya depan camera budak ni.



31 May 2012

Brooch Pilihan Masa Kini

Sekarang orang tak main brooch batu-batu. Dah tak musim. Brooch batu pun tak tahan lama. Asyik tanggal jer batunya.

Sekarang musim felt. Orang berlumba-lumba belajar/buat/jual homemade craft berasaskan kain felt ni. Aku je yang jari tak berseni. huhuhu...

Macam tudung bawal yang dah tak diminati ramai. Ramai yang suka pakai shawl. Tapi sekarang kembali balik bawal jenis printed/bercorak. Betul ke? 

Aku tak ikuti perkembangan fesyen sangat. Almaklum suri rumah tangga sepenuh masa. Serius memang fulltime housewife. Jarang sangat aku keluar rumah.

Adalah mr. edy bawak sekali dua bawak ke uptown Puchong dan Shah Alam. Tapi tak dapat nak ronda lelama, anak masih kecik tu.

Nak shopping online pulak aku tak berani. Bukan masalah tak berani tapi aku mengaku aku memang sedikit fussy. Banyak sebenarnya. Kalau baju memang aku tak akan beli online. 

But brooch... yeayy aku dah berjaya keluar dari kepompong kekampungan. Pertama kalinya beli secara online.

Antara brooch yang aku order online. Semalam pos hari ni dah dapat. Pos laju memang laju.

Cantik tak u all?

Kalau u all berminat nak dapatkan brooch yang comel lote macam aku bolehlah jengah laman web Trendysite http://craftcantik2u.blogspot.com/ atau facebook : Trendysite. Bukan brooch sahaja yang dijual di Trendysite tapi ada sepit/aligator/headband &  macam-macam lagi.