Pesanan untuk diri sendiri dan rakan-rakan, jangan beli online time musim perayaan. Sebab apa last week aku ada beli barang kat satu blogshop ni. Aku order hari ahad malam, pagi isnin dapat reply *efficient*, pagi tu jugak aku buat pembayaran, tengahari dah dapat tracking number. Kalau ikut perkiraan aku selasa parcel dah boleh sampai. Tak pun paling lewat rabu kalau seller pos lepas pukul tiga.
Tunggu punya tunggu sampai hari rabu pun tak terima lagi parcel. Bila check kat Track & Trace pos laju pukul 10:31am hari rabu tu kata parcel ada kat PPL Puchong dalam process delivery. Bila petang dalam pukul 17:30pm tertulis pulak unable to delivery due to.... Tergantung macam tu tanpa reason. Risau aku. Takut pos laju dah hantar tapi aku tak dengar ker....
Bila telefon ke PPL Puchong tak berangkat-angkat. Esok pagi dalam kul 11:00am terus pi PPL Puchong nak tuntut parcel. Punya tak sabar tuan parcel. Bangun pukul 10:00am, 11:00am terus gerak pi PPL. Sampai kat PPL Puchong orang kaunter kata parcel on the way ke rumah. Sekarang banyak parcel nak kena hantar tu yang lewat hantar.
Balik dari PPL Puchong tak dan 5 minit panas punggung dapat call dari abang posmen tanya rumah kat mana. Padahal baru sabtu lepas abang posmen yang sama datang antar parcel. Cepatnya abang posmen lupa ye.
Kemudian masa terima parcel sempat borak-borak dengan abang posmen :
I : Apsal lambat sangat antar parcel ni. Dah masuk hari ketiga ni.
Abang posmen : Haah lambatkan. Barang dari USJ je tapi sampai tiga hari baru dapat.
I : Raya cina banyak orang pos barang yea?
Abang posmen : Errrrkkk... (teragak-agak nak cakap)
Abang posmen : Saya dah datang semalam tapi patah balik sebab hujan. Tu yang datang pagi-pagi ni. Kan selalu datang petang.
I : Ermm... takpelah terima kasih (sambil beri senyuman paling comel tanda kelegaan parcel dah terima)
Abang posmen : Sama-sama.
* Dah save no. fon abang pos laju, nanti kalau parcel tak terima tak yah pi PPL, boleh call je abang posmen :-)
Showing posts with label online shop. Show all posts
Showing posts with label online shop. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...