Showing posts with label tadika islam. Show all posts
Showing posts with label tadika islam. Show all posts

02 December 2015

Majlis Kecemerlangan dan Graduasi Sofea 6 Tahun

Hari ni dua-dua member unit terimaan bercuti. Jadi iolls ada lebih masa nak publish dua entri. Bukan sebab member cuti kita pun cuti kerja. Mana boleh tak berkat rezeki tu nanti tau. Cuma kerja aku ni tak banyak dan bermusim. Sib baik pilih jadi pembantu akauntan dari PTKew dulu. Tak silap keputusan kita. Kita suka dah duduk kat kastam ni. Dulu masa kat kawalan filem rasa nak mati keje setiap hari kejar masa. Kena tanggung kerja cc lagi. 

Pengalaman lalu mendewasakan diri ini. Jangan tunjuk pandai dan rajin sangat nanti bila rerajin semua keje orang hambat kat kita. Now.. i am no body, no body., no body no.... Cer teka lagu apa tu? ?? Walau pun begitu bila bos suruh cover keje aku ok je nak belajar. Aku bukan pekerja derhaka. Belajar hari tu setengah hari jer. Amik amik nota apa yang patut pastu isnin semalam terkial-kial buat. Nak tanya orang lain pun tak de siapa tahu. Itu semalam hari ni pukul sebelas dah siap. Expert dah. Petang nanti baru nak sambung skit lagi. Matching matching penyesuaian pulak. Sementara tunggu petang, ada masa terluang tak tau nak buat apa, bosan giler so taiplah entri ni. Yang sorang lagi punya keje aku tak buat. 

15 November hari tu ada majlis kecemerlangan dan graduasi tadika pia dan hakeem. Sebenarnya tak ingat pun tarikh tu tapi sib baik je nampak kat gambar hakeem tu.

Altamat sudah sofea dua tahun sekolah tadika amali falah. Keputusan periksa akhir tahun hari tu still dalam lingkungan dua puluh-an daripada hampir 60 orang murid.





Gitulah serba sedikit gambaran suasananya sebelum naik pentas amik sijil dan goodies. Bila dah dua kali lalui benda macam ni mood nak amik gambo pun kurang. Lebih-lebih lagi ada anak kecik.

Ootd. :-) hehheh heh


Budak empat tahun dan lima tahun pun dapat jugak beg dan naik pentas. Dalam beg yang besar tu cuma ada sepeket kecil gula-gula jer. Itu pun dah buat hakeem kemain happy. Tak lepas pegang beg tu. Hakeem periksa dapat no 5 daripada 12 orang murid empat tahun. 

Ok, itu saja cerita dimajlis ini. Pintu belakang aku ni asyik bukak tutup bukak tutup taulah orang aku tulis blog nanti. Chow....

19 November 2014

Keputusan peperiksaan tadika akhir tahun sofea


Actually sofea amik periksa akhir tahun ni berasingan dengan pelajar lain. Periksa hari tu 27/10 selama seminggu tapi kan sofea sebulan tak datang tadika. Ikut aku balik kampung pantang.

Jadi sofea amik minggu lepas seharian dengan dua tiga orang pelajar yang tak datang periksa. Kalau tengok result tu sama je markah keseluruhan mata pelajaran dengan periksa pertengahan tahun hari tu. Kedudukan dalam kelas pun tak banyak beza tp ada peningkatan, oklah.

Seharian amik periksa berbanding 5hari yang sepatutnya dah kira bagus dengan result mcm tu. Kalau amik sama sama dengan pelajar lain mgkin lg elok kot result tu. (Ayat nk sedapkan hati). Tengok kt situ ada jugak subjek yg dah menurun markahnya. Tahun depan dah 6 tahun pastu nk masuk darjah satu dah tak boleh main main ye pia.



20 June 2014

Keputusan peperiksaan tadika pertengahan tahun sofea

Masa exam hari tu aku sikit pun tak tahu. Tadika tak bagitahu pun. Alih alih petang aku nak amik pukul lima, pia sesi petang habis kul 5.30. Tiap hari memang amik awal setengah jam. Setengah jam last tu selalu diorang dengar2 cerita dari cikgu, kalau hari rabu ada sukan (pendidikan jasmani kata orang) memang sofea tak pernah join. Apa ada hal... Cikgu kata pia tengah exam belum habis lagi. Boleh tunggu... Eh boleh.... Tak kan aku jawab tak boleh. Dua minggu exam tu aku gi amik hakeem dulu, beli beli jajan sementara tunggu sofea, main kat taman tadika. Bahagia hakeem...

Dua hari lepas result exam keluar... Mama yang ok ok ni ada sikitla kecewa. Ibu mana yang tak harap anak dapat nombor satu kannnn... hahaha. Expection tinggi....

Matematik tu... Memang anak mama. Subjek kreatif tu subjek mewarna... Lepas ni weekend kena lebih belajar colouring.. Silibus Tauhid/fekah ni macam mana eh. Aku tak habis semak lagi kertas exam pia tu...Tak kira balik lagi betul ke tak markah tu. Mana tahu cikgu salah kira kan. Macam kita exam dulu dulu pun kita kira balik kan... 

Berminat dengan subjek sains pun tak dapat 90 keatas lagi. Jawi pun mama kena tekan kan lagi ni... Exam hujung tahun kena dapat lagi bagus tau pia. 

*ahad ni sport day. Tak sabar....

03 January 2014

First day real school

Asyik citer pasal school je la minggu ni ye. Dah namanya anak baru nak sekolah. Mama excited.. Excited ke pening kepala?.  Semalam sepatutnya semua orang first day gi sekolah anak aku duduk rumah melepak, minum susu, tengok tv segala.. Adoiiiiii

Pagi semalam kemain aku mandikan pia 6.45pagi. Siap pakai uniform pass kat mr. mama. Petang semalam balik aku tengok semua tengah kroohh krooohh depan tv. Idak ler tergamak nak mengejutkan walaupun dalam hati tak sabar nak tanya pergi sekolah tak, macam mana sekolah.

Walaupun sebelum ni dah pergi sekolah start 26 dis, itu cuma dua jam. Yang tu lebih pada main-main block, plaster sin. Semalamlah the realnya... Tak pe sementara mereka tido mama cepat-cepat basuh pinggan kemas rumah. Kang bangun hakeem tak dapat dah nak buat kerja dah. Asyik nak nens je. Cun-cun siap kerja didapur semua bangun. Dan ayat pertama keluar dari mulut mr. mama "papa jatuh dalam bilik air, pia tak pergi sekolah.". haaa....

So hari kedua yang menjadi hari pertama sofea pergi sekolah aku hantar. Tadika dalam lima enam tujuh minit dari rumah. tak leh nak agakla. tapi dekatla cuma pepagi jalan nak masuk tadika tu sesak. Sebab klinik kesihatan le kat situ, masjid kat situ, giat mara disitu, sekolah rendah agama pun disitu. Nasib aku pandai masuk lorong lain. Take note ye makngah nanti lepas ni makngah kena hantar everyday. Aku mana boleh hantar. Masuk keje pun kul 7.30. Tadi pun sampai sharp sharp kul 8.00. But aku masih dalam perkiraan lagi ni samaada nak hantar kat rumah ustazah pagi-pagi atau nak kakak aku yang hantar. Kalau hantar pagi pagi kesian pulak sofea kena melangut kat rumah orang.

Pagi tadi hantar pia kat tadika dia ok. Excited. Tak dak nangis-nangis. Aku hantar tadi tak ramai budak yang datang lg. Pintu tadika pun belum bukak. Pintu gate je dah bukak. Cikgu dah ada dua orang. Maybe pintu tadika ustazah (owner tadika) yang pegang kot. Aku dah siap bawak toto, susu, baju dan towel. Hari ni hantar dull day lah. Tak taula kot tengahari mr. mama nak amik.

Aku tunggu dalam lima minit then tak boleh jadi kalau tunggu sampai belajar lambatla sampai opis. Sampai lambat tak pe sebab dah memang sedia lambat cuma kalau lambat sangat parking tak de. Jalan pun jem. Tadi nak masuk perkarangan opis sikit punya panjang beratur. Memang tak bolehla nak hantar dan masuk wp2. Dengan tolnya queue baik smart tag touch n go panjang giler. Itu belum lagi card tng tak leh baca. Tadi pagi satu lorong ada kereta yang card dia tak leh baca, kereta belakang siap bagi guna card dia lagi. Untung...

Cakap kat sofea mama nak pergi keje pia ok je. Lepas salam terus aku masuk kereta dan intai dari dalam kereta tengok pia berlegar-legar kat tepi playground. Aim nak main la tu. Tapi tak main. Pastu peluk tiang. Alahai sedih mama tengok. Semua aksi tak dapat dirakam sebab cari handphone tak jumpa. Pesanan sesiapa nak call call nombor opis handset tertinggal. :(.  Mungkin pia tak biasa lagi dengan kawan-kawan tu yang tak duduk dengan budak-budak lain. Tapi aku yakin sikit hari lain mesti dia ada ramai kawan tu. Pia jenis yang pandai berkawan.

Isnin depan tak tahu macam mana pulak. Baru melega pasal tadika, sekarang kembali rungsing hal nak hantar pulak. Semalam dah timbul hal yang nak kena fikir. Darjah satu nak sekolah mana ni hoiii.. Putrajaya ke puchong. Enam tahun nanti nak sekolah pra ke tadika. Hoih hal sekolah anak-anak sokmo mak mak yang kena fikir lebih...